New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

03 April 2011

Sudah Dapat Kunci....



Assalamualaikum....



Orang kata usia 21 adalah usia untuk mendapat kunci... kunci apa?.. kunci kehidupan, kunci kebebasan, kunci melangkah dengan lebih jauh, kunci menuju kehidupan yang lebih bermakna.

Pada usia ini dikatakan seseorang insan itu telah matang dalam membuat keputusan. Pada usia ini dikatakan seseorang itu mampu berfikir buruk baik sesuatu dalam menimbang balik sesuatu perkara.

Semoga anak sulungku ini Nurul Ain Fathihah binti Mohd Roshidan juga akan semakin matang, bijak, mampu menangani apa juga masalah yang mendatang dengan lebih baik & semakin baik selari dengan usianya....

Selamat ulangtahun kelahiran sayang, semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam study & kerjayamu. Tiada apa yang mampu mama berikan hanya sepotong doa sebagai mama yang mengandung & melahirkanmu kedunia agar Allah sentiasa memeliharamu, melindungimu... semoga sedikit rasa bahagia, suka yang ada pada mama Allah berikan padamu rasa itu ketika dirimu dilanda duka... jika ada!!!





6 ulasan:

ain fathihah berkata...

terima kasih

Insan Marhaen berkata...

hu.. dah besar Ain yer..

azza_irah berkata...

..selamat ulangtahun juga utk Ain Fatihah..moga semakin dewasa menilai segala..

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah semoga Nurul Ain Fathihah dikurniakan kekuatan dalaman yang tinggi dan ketenangan dalam mengharumi kehidupan yang mendatang.

Semoga menjadi kebanggan ayah dan ibu selalu.

Pakcik pun ada 2 anak remaja sebaya dengan Nurul.

a kl citizen berkata...

Selamat menyambut ulang tahun buat ain

MaMa MoDeN berkata...

heheheh dah dewasa ler permata hati sulung MM ni, dah terbau2 nasi minyak kulim-penang...:)