New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

06 Mac 2011

Catatan Terakhir Buat Suamiku....


Assalamualaikum....

Apa khabar abang ketika & saat ini?. Semoga abang berada dalam keadaan sihat & sejahtera selalu. Sebelum ayang memulakan kata bicara, terlebih dahulu ayang mohon jutaan maaf jika catatan ini mengganggu ketenteraman abang. Bukan niat dihati mengganggu bahagia kalian, cuma sekadar membuat bingkisan ringkas buat abang... bingkisan terakhir ayang sebagai isteri abang....

Abang, terlebih dahulu jutaan terima kasih ayang ucapkan diatas kesudian abang untuk setuju dengan permintaan ayang. Walau abang pernah berkata takkan lepaskan ayang walau apapun yang terjadi, Alhamdulillah akhirnya hati abang terbuka untuk melepaskan ayang dengan cara baik. Malah terima kasih juga ayang ucapkan abang sudi menyediakan segala dokumen yang berkaitan untuk ayang hantar ke Mahkamah Syariah tempohari sehingga ayang dipuji segala dokumen yang ayang sediakan lengkap. Lembu punya susu sapi dapat nama. Terima kasih juga sudi temankan ayang sama2 menghantar borang itu sehingga urusan menyerahkan surat tuntutan pada abang dapat disegerakan & kita dapat tarikh yang cepat untuk memasuki kamar keramat itu.

Abang, ayang mengaku kita pernah berjanji untuk sehidup semati... bersama hingga akhirnya. Bahagia didunia juga bersama bahagia diakhirat. Sama2 berusaha untuk menikmati keindahan syurga Ilahi. Kita didik keluarga kita dalam nur islam yang dapat membina keluarga bahagia, bahagia dengan cara kita.... seadanya, serba sederhana... tidak kaya, tidak juga merempat...

Abang, sebagai isteri & mama anak2 abang, ayang bahagia selama 21 tahun ini. Bahagia dengan apa yang abang berikan, gembira dengan anak2 kita, permata2 hati tanda cinta kita selama 23 tahun. Malah tidak keterlaluan jika ayang katakan ayanglah wanita yang paling bahagia dimuka bumi Allah ini. Itu sesuatu yang tidak pernah ayang nafikan.

Abang, disebalik semua kebahagian & kegembiraan itu kita lebih tau suka duka, asam garam, pahit manis yang kita tempuhi sepanjang berumahtangga. Apa saja dugaan yang tidak pernah kita hadapi. Dugaan keluarga kedua belah pihak, kewangan yang sentiasa meruncing, anak2, masyarakat malah dugaan hati & perasaan kita sendiri. Tapi entah dari mana kekuatan yang ada antara kita, kita mampu hadapi semuanya walau selepas melalui gelombang & gelora. Benarlah mungkin kita ada satu kekuatan yang membantu kita menghadapi semua dugaan itu... masihkah abang ingat kekuatan apakah yang abang selalu katakan?... itulah kekuatan cinta, cinta kita.... cinta yang kita termeteraikan tanggal 3 jun 1989 dengan ikatan akad nikah, ijab & qabul...

Abang, meniarap menelan pasir, menelentang menadah embun menjadi kata2 semangat untuk kita lalui segala suka suka. Kita susah & senang bersama2. Walau ayang tak punya gaji tetap ribuan angka ayang cuba membantu keluarga kita dari segi kewangan dengan berbagai cara yang boleh. Ayang cuba mendidik anak2 agar faham keadaan ekonomi keluarga kita yang tak sekaya mana. Tapi bersyukurlah akhirnya kita sekeluarga dapat juga keluar makan sekali sebulan, shoping sekali sebulan, dapat bercuti sekali sekala bersama. Itulah kita, keluarga yang serba sederhana.

Abang, sememangnya dugaan kali ini, mungkin dugaan terakhir kita sebagai suami isteri. Dugaan yang amat hebat. Bermula pahit, manis & kemudian pahit akhirnya. Abang suami terbaik, terhebat yang ayang ada. Sedikit kekurangan, kesilapan yang ada ayang tutup dengan segala jutaan kebaikan, kelebihan yang abang ada. Insan sebaik abang memang berhak & lebih layak bersama seseorang yang jauh lebih baik, lebih sempurna, lebih punyai segalanya dari ayang. Insan sebaik abang lebih layak mendapat layanan, kasih sayang & cinta sejati dari seseorang yang amat sayang & menyintai abang.

Abang, ayang minta maaf sebab tak dapat lagi pertahankan tanda kekuatan kita selama ini, iaitu CINTA kita. Entah kenapa tanda kekuatan itu telah beransur hilang sedikit demi sedikit dari hati ayang dari apa yang berlaku hari demi hari. Hingga akhirnya ianya hilang lenyap dari hati ayang hingga tiada lagi rasa rindu & mengharap macam selalu. Bermula dari hilangnya semua rasa itulah, ayang minta belas ihsan abang supaya kita selesaikan masalah kita dengan cara baik. Janji abang untuk kita menjadi sahabat yang baik semoga akan terlaksana selepas tarikh itu. Kalaupun kita tak dapat menjadi suami isteri yang baik, mungkin kita akan dapat jadi sahabat yang baik, sahabat yang benar2 sahabat.

Abang, sebelum ini memang ayang takut, risau, bimbang untuk hidup sendiri tanpa abang. Ayang selalu beranggapan bahawa tanpa abang ayang tak mampu meneruskan kehidupan. Tanpa abang hidup ayang kosong. Tanpa abang hidup ayang tak ada maknanya. Bayangkanlah abang menjaga ayang sejak ayang berusia 14 tahun. Ayang abang sunting dijambangan keluarga ketika masih berputik. Ketika ayang masih baru menjadi rebung. Sejak itulah ayang abang bentuk mengikut acuan abang. Ayang abang lentur dengan gaya lenturan abang. Walaupun mungkin abang kecewa ayang tidak menjadi seperti yang abang mahu & idamkan tetapi ayang bangga ayang begini dengan hasil didikan abang. Walaupun ayang bukan yang terbaik tetapi ayang bersyukur dengan apa yang ayang ada & perolehi.

Tapi perpisahan sementara ini banyak mengajar ayang erti hidup. Banyak yang telah ayang pelajari untuk memulakan & melakukan sesuatu dengan sendiri tanpa bantuan abang lagi. Kalau selama ini ayang berdiri atas kaki abang, Alhamdulillah setakat ini ayang telah mampu berdiri atas kaki ayang sendiri. Berbulan ayang tidak abang & anak2 jengok cukup untuk ayang mula belajar untuk hadapi semuanya sendiri. Mungkin diperingkat awal agak susah tetapi akan ayang harunginya juga. Ini telah takdir yang Allah tetapkan. Ayang tau Allah sentiasa ada untuk membantu ayang...

Abang, sayangilah & cintailah isteri abang satu2nya itu dengan sesungguh hati selepas ini, ataupun mungkin telah abang mulai. Lupakanlah cinta kita dari sudut hati abang. Hormati & hargailah dia yang sesungguh hati menyayangi & menyintai abang hingga sanggup berkorban & buat apa saja untuk abang. Jika selepas ini ada perjumpaan antara kita pun, ayang minta ukhwah antara kita tetap utuh demi anak2 kita, demi permata hati kita. Ayang amat berharap tiada halangan dari abang & isteri untuk ayang bersama anak2 bila ada masa terluang.

Abang, ayang takkan tuntut apa2 pun dari abang. Setelah 7 permata hati, harta ayang yang paling berharga bagi ayang selama 21 tahun ini ayang serahkan hak penjagaannya pada abang, apalah lagi harta yang ayang perlukan untuk dituntut dari abang. Ayang cuma berharap segala tuntutan ini akan tamat dengan segera pada 17 mac 2011 ini nanti. Agar selepas dari itu kita dapat membentuk hidup kita masing2 dengan cara yang diredhai Allah. Ayang tak terbelenggu lagi atas redha abang...

Abang, satu ayang pinta sayangilah anak2 kita seperti apa yang ayang tahu abang sayangi mereka selama ini. Fahamilah hati anak2 kita mengikut gerak hati abang. Tunaikan janji abang bahawa abang akan selalu pilih, utamakan anak2 lebih dari isteri. Tunaikan janji abang bahawa isteri mana2 abang boleh cari tetapi anak tetap anak selama2nya. Ayang tahu ayang bukan mama yang baik buat mereka, tetapi yang ayang pasti abang baba terbaik yang mereka ada.

Abang, diakhir kata... ayang mohon jutaan kemaafan dari abang dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala salah silap ayang sebagai isteri abang sepanjang kita bersama 21 tahun sebagai suami isteri ini. Ayang tahu memang terlalu banyak kesilapan ayang pada abang. Halalkan makan minum, duit ringgit, ilmu didikan yang abang beri pada ayang. Halalkan segalanya didunia & akhirat. Ayang juga pohon dari abang, jika abang bermunajat pada Allah jika masih sudi panjatkan sedikit doa dari abang untuk ayang. Ayang minta jika tiada keberatan dipihak abang, jangan hentikan doa abang pada ayang untuk ayang meneruskan kehidupan didepan yang ayang sendiri tak tahu apa dugaan yang mendatang.

Sampaikan salam ayang buat isteri abang. Sampaikan ucapan terima kasih kerana sudi menerima anak2 yang ayang lahirkan dengan baik. Harapnya kasih sayang, cinta dia pada anak2 akan setanding cintanya pada abang. Walaupun dia tak mampu melahirkan, tiada kenikmatan yang Allah kurniakan untuk dia menjadi seorang ibu harapnya dengan kehadiran anak2 abang dalam hidupnya akan diterima dengan sepenuh hati.

Abang, cukuplah setakat ini catatan terakhir ayang untuk abang sebagai isteri abang. Sama2lah kita berdoa semoga diberi lebih kekuatan untuk memasuki kamar keramat itu pada 17 mac 2011 nanti. Ayang berharap tiada perasaan saling membenci antara kita selepas ini. Sekarang pun jauh disudut hati ayang tiada perasaan benci atau marah pada abang. Sejak dahulu kita saling maaf memaafkan, namun memaaf & melupakan satu perkara yang berbeza....

Jaga diri abang, kesihatan abang dengan baik. Jangan lupa makan ubat yang doktor bekalkan, sentiasa ke hospital mengikut tarikh yang ditetapkan untuk memantau tahap kesihatan abang. Kalau makan ubat2 sampingan pastikan ianya tidak mengganggu kesihatan yang lain....

Sekian dahulu dari ayang...

6 mac 2011
1.15 tengahari
Sungai Petani, Kedah

Tinggal kenangan.....
Bermula tarikh keramat 17 mac ini, bermula tahun ini tiada lagi sambutan ulangtahun perkahwinan setiap 4 jun...
Tiada lagi ucapan selamat... cukuplah sekadar 21 tahun ucapan selamat itu..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan pada kami melalui suka duka, bahagia gembira selama 21 tahun membina mahligai....








18 ulasan:

azah_rohaizah berkata...

meleleh airmata saya membaca catatan ini..blog Ain pun saya baca juga..dua hati yang terluka...

sesungguh nya saya juga mengalami nasib yang sama..cuma saya masih bertahan...

semoga ketabahan bersama mu selalu..amiiin

MaMa MoDeN berkata...

salam...
hati terluka itu semakin tenang...
semoga Allah permudahkan segala urusan, nasib kita memang tak sama.. bila kita merasa kita susah & menderita sebenarnya ada insan lain yg lebih teruk nasibnya dari kita... cuma kita yang tahu jalan kluar dr semua rasa itu... jika kita pilih btahan, btahanlah.. jika tidak jalan keluarnya pasti ada...

ckLah berkata...

Salam MM...
Semoga pilihan MM adalah pilihan yang dibantu olehNya. ckLah doakan kesudahan yang terbaik, dan MM diberi kebahagiaan yang hakiki... sudah ckLah baca semua jalan cerita, ckLah faham mengapa MM tidak mampu bertahan.....kerana memang bukan mudah, meski ckLah hanya memandang...


Semoga ustaz membaca surat ini....

sally berkata...

Salam,

moga ketenangan dan kekuatan akan sentiasa menjadi milik puan..

a kl citizen berkata...

moga Allah memberikan kekuatan dan ketenangan pada mama

juga saya doakan agar Allah menguatkan hati anak2 mama.

MaMa MoDeN berkata...

salam..
terima kasih atas doa semua sahabat2..
I'Allah semoga ini yg terbaik, hingga ketahap ini MM yakin pilihan ini tepat.. MM tak mungkin berpaling lagi...

nurinhanny berkata...

sdey ye...smoga lg kuat,,k chaiyok kaum hawa...

Makbonda berkata...

Assalamualaikum MM,

Saya hanya mampu menitipkan Firman Allah yang bermaksud.

"Maha suci Allah yang menguasai segala kerajaan. Dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. (Surah Al-Mulk:1-2)

Izinkan saya kongsikan kisah kamu kepada sahabat saya dalam http://makbonda61.blogspot.com/2011/02/kami.html

Sesungguhnya Allah memilih kamu untuk dijadikan iktibar kepada semua.

MaMa MoDeN berkata...

salam mak bonda..
silalah mak bonda..
yg baik jdkan tauladan, yg buruk jdkan sempadan..
saya tidak sempurna...
saya amat lemah...
saya tidak berdaya...

mohon doa dari yg menyayangi anak2 permata hati saya, doakan mereka seperti kalian mendoakan anak2 kalian... mohon supaya mereka kuat, lebih kuat dari saya...

dgn kejadian ini, dgn tarikh 17mac ini tiada siapapun dapat menafikan kasih sayang saya pada 7 permata hati saya.. tapi sungguh saya tak mampu lagi.. berpaling kebelakang, berpatah balik dr keptusan nekad saya bermakna saya menjunamkan semula diri saya dlm jurang yg amat dalam itu, jurang yg saya bngun, saya naik smula dgn susah payah...
fahamilah saya, saya hnya wanita biasa yang amat lemah...

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka itu keputusan akak..tp rasanya mas faham kesakitan yg akak lalui n rasai.mmg perit tp andai itu kebaikan utk kita, teruskanlah dan percaya yg sinar kebahagiaan sentiasa ada dimana2 saja andai kita sentiasa mencariNya.

Mas doakan akak di beri kekuatan utk hadapinya, amin.

Tanpa Nama berkata...

Puan,

Andainya perpisahan benar-benar terjadi nanti, moga puan tidak terus meratapinya. Segala momen indah yang dulu itu tidak perlu lagi dikenangi. Puan harus bangkit dengan satu semangat baru yakni untuk berjaya dalam kehidupan mendatang.

Jangan lagi hendaknya puan cuba menarik 'simpati' dari insan yang telah hilang kasih cintanya pada kita.

Saya kata begitu, sebab saya juga pernah 'kehilangan' suatu masa dulu. Selepas dia berlalu, saya berusaha memadamkan segala memori tentang 'dia' dari minda saya dan walaupun saya menangis, saya tidak pernah nampakkan pada sesiapa walaupun pada keluarga. Alhamdulillah, walaupun cukup pahit, tapi saya saya dapat melupakan segalanya dalam waktu yang singkat.

Sari

MaMa MoDeN berkata...

Salam Mas, I'Allah... hidup perlu diteruskan.. pilihan yg dibuat setelah diyakini, kalau diteruskan semakin banyak hati yg terluka...

MaMa MoDeN berkata...

Salam Tanpa Nama..
I'Allah kenangan tetap kenangan.. walau indah, walau pahit kan tetap tersimpan dihati, namun MM akan pastikan ianya berada disudut hati yg paling dalam agar ianya tak mengganggu kehidupan baru MM & juga kehidupan insan lain...

cafepucino berkata...

Apa yang kita hadapi adalah takdir Allah, bagaimana kita menghadapi adalah ujian Allah...Semoga kita menjadi hamba yg bertawakkal, sabar, redha, syukur dan bertaqwa kepada Allah...

srikandi_kasih berkata...

Mama,
Banyakkkan bersabar ya! Semoga mama tabah dan dapat melalui hidup dengan baik.

MaMa MoDeN berkata...

thanks cafepucino..
takdir kita memang telah ditentukan..

MaMa MoDeN berkata...

salam srkandi kasih,
lama tak jumpa kan.. puas mama nak ingatkan nama bieb..
apa citer skrg, jd cikgu kat mana?..
sabahan ke semenanjung?..

ermmm I'Allah mama dah terima smua ni sebagai ketentuan takdir, hidup kita ibarat roda kan...

ibnu marzuki al firdaus berkata...

GARA2 ERA YAHUDI BERKUASA DI SELURUH DUNIA... TUNGGULAH PERANG DUNIA KETIGA. MASA TUH BEREBUT2 BERPOLIGAMI CAM BERNIAGA ORANG BENCI DULU. SEKIAN MAL PUTRAJAYA