New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

27 Februari 2011

Nasi Ayam 3 Rasa Buat Adik2 IPSAH....


Assalamualaikum...



Semalam takde kaunter. Seharian dok kat frozen. Ada 2,3 orang anak2 remaja sebaya anak2 daraku...


Mula2 datang bertanya...

" Kakak ( rasa mudanyer masa tu, hati berbunga riang bila remaja sebaya anak sendiri panggil kakak.. hehehe)..

daun yang letak kat nasi ayam tu daun apa? "


" Daun yang letak kat mana dik?.. Dalam kuah sup ke nak lapik Ayam?.."


" Yang nak lapik ayam tu..."


" owhh daun salad.."


" terima kasih kakak..."


Sambil ikat daun sup, senyum je tak jawab sama2...


Lepas tu nampak anak2 remaja tu kesana kesini, malas nak tanya nanti kata menyibuk pulak!!!


Sambil berbisik2 sesama sendiri, mereka datang semula kearah saya...


" Kakak, daun salad yang mana satu?..."


Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya tunjukkan pada mereka...


" Terima kasih kakak.."


" Sama2...."


Tak lama lepas tu mereka datang lagi....


" Kakak... nak buat sos nasi ayam tu guna cabai apa?..."


" Cabai besar dik..."


" Cabai besar tu yang warna merah ke hijau?... Bukan cabai melaka tu ka? "...


Akhirnya dok bla bla bla bla... salah seorang dari mereka keluarkan buku nota IPSAH sambil menulis resepi Nasi Ayam 3 Rasa resepi tradisi keluarga saya selama ini....


Sambil mengucap terima kasih bertalu2 kepada saya mereka memberitahu tak pernah buat nasi ayam, saja cuti nak cuba memasak...


Saya katakan pada mereka tak apa dik, kakak dulu masa dah kahwin pun tak pandai masak. Mak mertua & suami yang banyak membantu & mengajar apa yang kakak tak tahu....


Selamat mencuba yer adik2 IPSAH... semoga berjaya dengan resepi tradisi kakak tu...




3 ulasan:

MaMa MoDeN berkata...

Tiba2 terasa sayu hati & rindu pada bonda mertua... Alfatihah

Insan Marhaen berkata...

IM lagi le tak tahu masak nasi ayam. bagi ayam makan nasi tau le. tu je yang mak IM ajar masa kecik dulu...

cafepucino berkata...

Asl'kum MM,

Rasulullah SAW ada bersabda, ” Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” (HR. Bukhari).

Tahniah MM, yok bangkit kembali sebagai mukminah berjiwa muda, dan InsyaAllah, segalanya akan muda kembali... :-)