New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

14 Oktober 2010

Penuh Tandatanya....Ini Yang Sebenarnya!!


Assalamualaikum....

Hari ini sudah 108 hari berlalu sejak tarikh itu. Pelbagai persoalan, ragam yang telah kulalui & tempuhi. Suka duka, airmata, tangis sudah banyak yang melimpah. Kucuba tawa ria & pamerkan senyuman namun semuanya seakan kaku. Tidak redhalah aku pada apa yang telah Allah tentukan??...

Jika tidak redha, tidak menerima semua ini mampukah aku bertahan selama itu. Dan yang pastinya aku akan terus bertahan selagi hayat dikandung badan, selagi masih ada cinta yang bersisa & berbaki dihati ku ... dihati kami... Juga selagi Allah mahukan apa yg Dia mahukan...

Sejak sebelum ikatan itu berlaku, ramai pihak yang menyangkakan potret ini segalanya... Senyuman manis insan yg kusayang & cintai ini bersama anak saudara yang melangsungkan perkahwinan disangka ramai pihak insan yg menjadi 'maduku'... insan yang ditakdirkan Allah berkongsi sesuatu yang amat berharga bersamaku...

potret yang menjadi tandatanya selama ini, suamiku bersama anak saudaranya september tahun lepas

Tetapi hakikatnya inilah yang sebenarnya... Dimanakah kekuatan yang kudapat dalam hati & diri untuk berkongsi ini di Blog Mama Moden ini??? YaAllah hanya padaMu ku mohon segalanya...





kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami telah banyak merubah apa yang telah menjadi rutin selama 21 tahun ini... walau tidak mudah, namun aku amat berharap segalanya akan dipermudahkan. Aku sentiasa percaya pada kata2, Allah menduga & memberi ujian hanya pada hambaNya yang dirasakan mampu & layak menerimanya... jika benar aku insan terpilih, aku pasrah.....

9 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Sebenarnya Mama Moden merupakan orang yang paling bertuah kerana dipilih Allah untuk menerima ujian ini. Kadang-kadang kita rasa tidak adil kita diuji begini sedangkan orang lain tidak diuji. Kata ustaz sewaktu program kuliah yang saya hadiri. Allah memilih seseorang itu untuk menerima ujian sebab Allah sayang akan kita. Jadi kita perlu bersyukur dan redho dengan ujian walaupun terlalu berat untuk bahu kita memikulnya. Insyaallah pasti ada sesuatu yang kita akan temui selepas diberikan ujian ini. Semoga Allah permudahkan dan janganlah lupa doa..doa dan terus berdoa

MaMa MoDeN berkata...

salam
terima kasih atas nasihat & ingatan saudara budiman... walaupun berkata2 memang mudah, melaluinya pula sesuatu yg tidak mudah, apapun I'Allah mama moden sedang berusaha mencuba, Alhamdulillah Allah beri sedikit kkuatan untuk melaluinya....

Kakcik Seroja berkata...

Salam June...

berbalik kepada kata2 seorang ustaz yang pernah kakcik dengar, 'kalau sudah ditakdirkan bermadu, macamana pun ia akan berlaku juga. Kalau tidak, disuruh dan dicarikan pun tidak akan terjadi'. Semoga June terus kuat demi anak2 dan diri sendiri. Walaupun tidak terjadi pada diri kakcik, tapi kakcik dapat rasakan kesakitannya. Semoga June terus diberikan sinar olehNya. InsyaAllah.

F.Aminurrashidd berkata...

Payung Emas milik mama, Moga sentiasa dirahmati dan tabah menempuhi hari mendatang bersama keluarga ya.

Siti Ariffin berkata...

Salam kak,

Semoga kak tabah menghadapi ujian ini..

MaMa MoDeN berkata...

salam
terima kasih buat semua...
berat mata memandang berat bahu memikul.. apapun cuma mengharap keadaan menjadi lebih baik dari sekarang.. jika ini yg benar2 ditakdirkan, akan diterima juga. sedang mencuba sedikit demi sedikit...

aku seorang Temah berkata...

be strong mama moden..

cafepucino berkata...

salam mama moden (MM),

semoga MM sentiasa bersabar dan redha. Seandainya suami berlaku adil dengan sewajarnya, insyaAllah MM jgnlah risau. Tak kurang kasih sayang suami tu. Suami akan diuji tentang keadilan, dan MM akan diuji bimbang kekurangan dan kehilangan kasih sayang. Apa2 pun kembalilah kpd Allah. Kan Allah bersama kita...!!!

Tanpa Nama berkata...

salam dik,
camni la.. aku tengokmuka pempuan tu idok le cantik benor.. dunia ini bayar cash macam kat econsave tu. Kau kuat kan hati duduk bila bersedih kau zikir tiap ketika..
laillaha illallah tiap waktu malaikat ada disamping mu.
gini le, Alah tu dah tahu sebab tu dia putuskan semua itu.. maka engkau ada kelebihan untuk hidup denagn selesa masa tua terutama org macam ni bila dah tua nyanyuk masalah.. jadi Allah swt uji sekarang tapi utk kebaikan kamu. Duit epf tolak ye bulan bulan dan duit simpanan di tabung haji dan asb..sepoluh hinggit pun tak pe setiap bulan .utk hari tua bila sakit poning..
rumah sg petani tu mintak la harta sepencarian sbg hak kamu menjaga anak anak..
jumpa biro bantuan guaman ye minta khidmat harta sepencarian..
sekurangnya kamu ada sedikit bahagian rumah tu dibagi dua.. kmudianbelisimpan di asb.. esok dah tua ada lah duit bila dah sakit pening etc..
jg diri dan jaga makanminum