New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

12 Oktober 2010

Sekelip Mata....Semuanya Bagaikan Mimpi...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tiba2 terasa rindu pada blog kesayangan saya Blog Mama Moden ni.. Terasa hidup ini bagaikan mimpi. Terasa apa yang berlaku sepanjang 2010 ini bagaikan satu mimpi tetapi dalam lena yang terlalu panjang...

Apapun yang berlaku, kuat atau tidak, mampu atau tidak menghadapinya namun kaki tetap melangkah selagi terdaya. Semakin hari nafasku seakan semakin menuju satu perhentian yang tiada penghujungnya...

Ramadhan & syawal yang baru berlalu adalah detik yang amat berbeza kulalui setelah 21 tahun bergelar isteri & 20 tahun bergelar mama. Suasana muram, sayu & pilu menyelubungi seluruh ramadhanku. Bersahur tanpa suami & anak2 seperti tahun2 yang telah sudah. Berterawih bersendirian hanya melakukankan dirumah, tidak dimasjid seperti tahun2 sebelum ini. Namun semuanya kulalui demi mencari sebuah kekuatan, ketabahan, ketenangan walaupun antara waktu itu maruah & harga diriku telah diinjak2 dengan penuh kurang ajar tanpa sedikitpun rasa belas kasihan.

Apapun Alhamdulillah, setelah 6 tahun berlalu aidilfitri tahun ini dapat juga kuraikan sekeluarga bersama keluargaku di Johor. Sudah terlalu lama kami sekeluarga tidak meraikan aidilfitri bersama kaum keluargaku di Johor. Kali terakhir beraya disana ketika semua anak2ku masih bergelar kanak2... Tetapi sekarang semuanya yang kanak2 dah bergelar anak2 dara. Tinggal dua sahaja yang masih boleh digelar kanak2...

Mereka sudah boleh bergelak ketawa, melawak & bergurau senda bersama mak2 saudara mereka. Mereka juga menjadi pengasuh, penjaga pada adik2 & sepupu2 mereka yang masih kecil. Boleh juga diharapkan untuk membantu2 didapor & mengemas2 rumah.

Masa yang padat, waktu yang suntuk ditambah dengan tragedi kenderaan kami yang rosak ketika konvoi beraya membantutkan banyak rancanganku untuk menziarahi saudara mara, guru2 & rakan taulan dikampung. Masa lebih banyak dihabiskan dirumah mak abah bersama suami & anak2ku sendiri lantaran terlalu rindu pada mereka setalah hampir sebulan tidak berjumpa.

Keputusan yang diambil untuk kembali ke utara demi suami & anak2 yang amat kusayangi & cintai adalah satu keputusan yang amat berat kuambil. Walaupun aku akur, namun aku tak mau lagi melalui suasana & keadaan seperti yg kulalui selama dua bulan itu. Aku tak mau lagi masuk dalam jurang yang sama.

Lantaran itulah akhirnya aku terdampar di TSI, Sungai Petani ini. Semoga langkah ku ini langkah yang terakhir, biarlah hidup matiku, masa tuaku dihabiskan disini bersama anak2 menantu2 & cucu2ku kelak walaupun tanpa yang kucintai sepenuh masa lagi. Biarpun banyak impian & cita2 kami menghadapi hari tua sudah musnah, namun aku tetap kan berdiri disini...demi sebuah kehidupan!!

P/S : Tiada gambar raya 2010 dalam simpananku untuk dikongsi, yang ada hanya gambar2 keluargaku di Johor yang diambil semasa kenduri sebelum Ramadhan...

bersama mak & abah

bersama adik, adik ipar, anak2 & anak2 saudara

kami 5 saudara perempuan mengelilingi adik lelaki kami


satu keluarga besar yang telah lama kulupa & abaikan lantaran tanggungjawab pada keluarga sendiri....

kami adik beradik bersama mak & abah

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i'm speechless.sebak.
semuga mama moden terus tabah dan rajin menulis di blog.
'YA ALLAH,jgn la kau biarkan aku hidup seorg diri di dunia dan akhirat.Engkau la waris ku yg PALING BAIK"

Ariff Budiman berkata...

Assalamualaikum Mama Moden
Setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya. Pada dasarnya memang terlalu berat untuk kita memikulnya. Tapi jikalau kita muhasabah diri kita semula baru kita akui bahawa ujian itu akan memantapkan lagi iman kita dan mendekatkan diri kita terhadap Allah yang selama ini kita. Semoga hari-hari yang mama moden tempuhi dapar diyakini bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.

kakcik berkata...

Salam June...

rasanya kakcik dapat mengesan sesuatu yang tersembunyi dalam catatan June ini. Biar apapun dugaan atau cubaan yang melingkari, kakcik doakan agar June tetap tabah menghadapinya. Sesungguhnya Dia sentiasa bersamamu - jangan lupakan hakikat itu. Dia tahu apa yang terbaik buat kita, kan? :)

MaMa MoDeN berkata...

terima kasih buat semua yg mberi kata2 semangat... apa yg blaku telah tetap blaku, hidup perlu diteruskan..