Assalamualaikum...
Saya tergelak ketika membaca post terbaru anak sulung saya di blognya beberapa hari yang sudah. Saya, suami & Kak Teh gelak berdekah2 bila membaca catatan itu yang mengembalikan nostalgia lama. Memang nakal anak saya yang sorang ni..
Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah ayat2 nya yang menyatakan "Takutkan Mama. Hellooo, Mama saya masa saya kecik (masa dia muda), garang tau! Singa bunting pun takut kat Mama saya."
Bila difikir2kan semula memang dulu2 saya amat garang. Ialah umur muda lagi dah terpikul dengan amanah yang saya rasa amat besar. Tanggungjawab sebagai isteri & ibu muda saya rasa bukannya mudah.
Saya melahirkan anak selang setahun atau dua tahun saja. Anak sulung saya lahir 1990 hanya 10 bulan selepas perkahwinan kami..(bunting pelamin kata orang tua), anak kedua 1991, ketiga 1993, keempat 1996 & ketujuh 1997. Hanya anak ke enam & ketujuh saja lahir jauh sikit dari mereka berlima pada 2003&2006. Ketika kelahiran dua anak yang akhir ni saya rasa kurang terbeban sikit kerana anak2 yang lain sudah besar2 & boleh membantu...
Tetapi membesarkan 5 anak yang berderet2 kecil, satu demi satu memang mencabar. dengan usia yang masih muda... mujurlah suami banyak membantu. Tapi saya memang garang waktu membesarkan lima anak yang terdahulu. Masa mereka kecil terutamanya dari anak pertama hingga yang ketiga. Bukan setakat mulut yang bising, tangan saya juga cepat je. Mungkin saya masih tidak dapat mengawal rasa marah&tak sabar itu.
Baik dalam mengikuti pelajaran mereka, cara mereka bermain atau apa saja yang berkaitan dengan mereka. Mungkin masih bersemangat muda, saya mahu semuanya yang terbaik untuk mereka. Tetapi bila mereka semakin membesar, saya juga semakin tua... sikap sabar lebih, lebih menggunakan kaedah psikologi&diplomasi dalam mengajar&mendidik mereka.
Tetapi saya lihat kesannya pada mereka memang amat berbeza.. anak yang sulung hingga yang ketiga saya lihat lebih senang dididik&mendengar kata berbanding empat yang bawah ni. Kadang2 bila kakak2&abang mereka bercerita yang mama ni garang masa mereka kecil2 dahulu, adik2 yang bawah ni akan tercengang2. Macam tak percaya mama mereka ni garang dahulunya..
Seingat saya tiga anak saya yang awal masa sekolah rendah masih saya pukul lagi. Kadang2 hanger tu sampai patah saya kerjakan mereka kalau mereka buat salah. Kadang2 dengan bulu ayam atau rotan. Tapi masa tu rotan selalu hilang, bila jumpa semula tersembunyi disebalik almari. Sekarang ni selepas puluhan tahun, baru terdedah siapa yang menyorokkan rotan tu. Dahulu rotan sentiasa ada dalam rumah. Hilang atau rosak saya akan cepat2 beli yang baru.
Tetapi saya fikir balik, garang saya dahulu bertempat. Anak2 saya ni memang nakal masa kecil2 dahulu. Sebab sekarang ni baru pendedahan demi pendedahan yang mereka masing2 buat bila bercerita semula aktiviti2 yang mereka lakukan masa kecil dahulu yang mana masa tu bila ditanya semua tak mengaku buat. Sekarang nilah baru bercerita balik untuk dijadikan lawak santai ketika berborak2 sewaktu musim cuti. Bayangkanlah kalau saya tidak garang masa tu. Saya pula ambik pendekatan kalau siapapun tak mengaku kesalahan&kesilapan yang dibuat, semua sekali saya hukum.
Bayangkanlah, panjat dinding melintas dari satu bilik ke satu bilik, panjat atas almari, main telur katak dalam banjir selepas hujan, buat sampan kertas yang akhirnya jadi sampah, berselerak rumah jangan cakaplah, main api hingga terbakar payung sangkut baju saya yang penuh dengan kain baju, main & berpesta dalam bilik air sampai jatuh pecah singki hingga luka berjahit kaki dan macam2 lagi kenakalan zaman kanak2 mereka.
Sebab tu sekarang bila mereka berlima tu marah2 atau usik2 adik2 berdua yang kecil ni buaslah, lasaklah, tak reti dok diamlah.. saya akan kata samalah macam hangpa kecik2 dulu...
Bayangkanlah kalau sewaktu menghadapi kenakalan mereka ketika kecil dahulu saya tak garang sampai singa bunting pun takutkan saya... tentulah mereka tidak menjadi sebaik & sebijak sekarang. Tentulah mereka tidak menjadi anak2 kebanggaan saya...Tentulah saya tidak dapat berbangga bercerita kisah mereka, kejayaan mereka kepada kaum kerabat & rakan2.
Walau apapun mereka, walau siapapun mereka dahulu, sekarang atau akan datang... mereka tetap anak2 kebanggaan saya, anak2 yang terjadi hasil dari cinta saya & suami, anak2 yang saya kandungkan 9 bulan 10 hari, anak2 yang saya lahirkan dengan kudrat&nyawa, anak2 yang saya besarkan dengan peluh&keringat, anak2 yang saya sayangi hingga kehujung nyawa saya.....
Anak2ku... Nurul Ain Fathihah, Mohd Afnan Fathurrahman, Nurul Amirah Fatin, Nurul Adeebah Farzana, Nurul Atiqah Farhani, Nurul Adilah Farihah & Mohamad Adnin Firdaus... kalianlah buah hati pengarang jantung mama dan baba....
2 ulasan:
IM dulu masa kecil juga selalu kena cubit dengan mak. Terutama bila suka melopong dengar mak dengan jiran bersembang.
salam IM,
ahah kan IM, mama dulupun adik beradik masa kecil jangan sesekali melangok(melopong) depan orang tua kalau mereka tengah berborak...masa tetamu ada kena cubit pelan2, bila tetamu dah balik kena bantai ngan batang kayu ubi atau kayu api...
tapi lani zaman dah berubah, anak2 lani kena lebih diplomasi ngan mereka... turutkan kehendak mereka selagi tidak melanggar hukum & batas2 norma manusia...
Catat Ulasan