New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

03 Februari 2010

Sudah Masa Untuk Diri Sendiri....


Assalamualaikum.....


Sudah agak lama saya tidak memperdulikan kesihatan diri sendiri. Mungkin lantaran kesibukan & juga kekangan kewangan. Saya rasa lebih baik sumber kewangan yang ada digunakan untuk keperluan rumah & anak2 daripada membeli barang2 keperluan peribadi saya. Begitu juga dengan masa yang saya ada. Saya lebih menggunakan semua masa yang ada untuk keperluan suami & anak2 lebih dari untuk diri saya sendiri. Saya sudah terlalu lama mengabaikan diri saya.


Tetapi saya merasakan sikap saya itu merugikan diri & kesihatan saya sendiri. Kalau semasa zaman remaja dulu ( walau sebentar cuma saya sempat menikmati zaman itu ), saya boleh pergi ke salon seminggu sekali. Saya berganti pakaian peribadi 2,3 bulan sekali ( walaupun kakak saya yang belikan ). Saya ada set kecantikan diri.

Tetapi selepas berumahtangga & beranak pinak saya tidak berkesempatan untuk memiliki itu semua. Entah mengapa. Saya hanya menggunakan bedak baby untuk kegunaan. Minyak wangi kadang2 ada kadang tidak. Bukan tidak berkeinginan, tetapi saya merasakan keperluan lain lebih perlu. Pakaian peribadi juga begitu, demi menjimatkan penggunaannya saya pastikan saya beli jenis yang tahan lama. Biarlah lusuh selagi tidak koyak rabak saya akan pakai.


Ketika itu, selama 21 tahun ini saya lebih memikirkan keperluan suami & anak2. Saya hanya memikirkan untuk melengkapkan barang2 keperluan keluarga. Tetapi ternyata sikap saya itu merugikan diri saya. Merugikan tubuh badan saya.

Semakin lama saya semakin hilang semangat & yakin diri. Saya perlu berubah. Berubah untuk diri saya sendiri. Saya perlu sayangi diri saya dahulu sebelum saya boleh menyayangi insan2 disekeliling saya.


Kerana saya merasakan kita takkan mampu memuaskan hati sesiapapun sampai bila2. Jika saya merasakan menerima kekurangan & kelemahan orang lain satu kemestian dalam diri saya, tetapi hakikatnya orang sekeliling kita belum tentu akan puas dengan apa yang telah kita beri & korbankan.


Saya mesti memulihkan yakin diri dalam diri saya. Saya perlu berubah untuk mula menyayangi diri saya semula. Saya perlu memanjakan diri saya. Saya perlu merawat hati, perasaan & tubuh badan saya UNTUK diri saya sendiri.

Saya sudah tidak boleh lagi menggunakan kata2 biarlah saya susah asalkan mereka bahagia. Biarlah saya tidak punya apa2 asalkan mereka punya segalanya. Mungkin juga kata2 biar saya menjadi lilin, menerangi yang lain juga sudah tidak sesuai saya amalkan.


Saya perlu bahagiakan diri saya, merubah diri saya, menyihatkan diri saya, meyakinkan diri saya dahulu disamping saya terus memayungi insan2 tersayang disekeliling saya seadanya... semampu daya saya.


Terima kasih pada 'insan2' yang telah membantu saya memulakan langkah memulihkan keyakinan diri saya. Biarlah orang kata saya tak cantik, saya tak menarik dimata mereka tetapi hakikatnya saya sendiri tahu diri saya. Asal saya puas hati dengan diri saya itu sudah cukup.


Saya akan cuba mempositifkan diri saya HANYA UNTUK DIRI saya sendiri.


Hasil pemeriksaan kesihatan oleh dua anak saudara suami yang terlibat dengan sebuah produk kesihatan baru2 ini, saya telah menjadi lebih tua sebelum waktunya. Tahap kesihatan saya bukan pada tahap umur saya sekarang.

Saya perlu berubah! Walaupun bukan untuk sesiapa yang akan menghargai saya, tetapi saya perlu berubah, perbaiki, merawat diri saya untuk diri saya sendiri. Dalam keadaan sekarang, saya tidak pasti adakah tempat untuk saya bergantung jika sesuatu yang tidak diingini berlaku pada saya. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan menyusah & membebankan orang lain.






4 produk awal yang diperkenalkan oleh anak saudara kepada saya sebagai permulaan untuk menyihatkan diri saya. Produk Zhulian

"Maksu, Maksu guna je semua barang2 ni dulu. Takpa, Maksu tak payah bayar apa2 lagi, guna je dahulu!. Buktikan dahulu yang Maksu boleh buat. Adik & Tatah sayang Maksu sangat2, kami anggap Maksu lebih dari Mak Saudara sendiri."

Kata2 mereka ini yang membuatkan airmata saya mengalir laju...

Terima kasih, Siti Fatimah Yusro (Tatah) & Fadilah Huda (Adik).





Sudah lama saya tidak menggunakan barang2 seperti ini. Dah lama tiada dalam kamus hidup saya. Saya tidak menggunakannya walau dirumah apatah lagi keluar rumah. Tetapi ketika saya diajak masuk ke Watson baru2 ini, saya jadi terpinga2.


Ketika mereka memilihkan saya beberapa barang2 kecantikan diri seperti ini, Saya hanya mengekori mereka berdua. Betul2 seperti rancangan tangkap muat kelolaan Sarimah Ibrahim, Zulfadzli & Rizalman tu.


Mereka membelikan saya scrab, pencuci muka, bedak, pewangi, cologne, bedak compaq, lipstik & celak jenama silky girl & simple. Yusro kata barang2 ni akan sesuai dengan semua jenis kulit.


Ketika Yusro membayar harga barang2 tu semua sekali lagi airmata saya mengalir laju dihadapan kaunter.


Terima kasih wahai anak2 saudara ku sayang. Walaupun kalian bukan anak saudara Maksu sendiri, tetapi Maksu sayang kalian lebih dari darah daging sendiri. Maksu akan cuba perbaiki diri untuk diri Maksu sendiri. Maksu akan sentiasa berdoa kalian berdua akan terus mengecapi kebahagiaan yang berterusan didunia & akhirat.


3 ulasan:

ain fathihah fhm berkata...

haha...peewitt...
nanti balik Mama boleh ajar tata, kak uda dgn kak teh mekap2 plak noo..

jom3

MaMa MoDeN berkata...

salam ta,
ish! mama mana pandai. Dah puluh tahun tak guna benda2 ni. tapi yg tu sampingan je, yg penting mama nak sihatkan dalam dulu...

makeup2 tu mama kena pastikan mama pakai dalam umah yg penting, bukan kuar umah je. kalau tak dah jadi tabaruj plak...

setakat ni ok je....

psttt ta, mama pun dah semakin biasa pakai tudung selimpang kiri kanan tu... :)

Tanpa Nama berkata...

ermm produk pencerah sri mawar tu mmg mujarab.. ;) slamat mencuba!!