New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

08 Januari 2010

Pecutan Malam Jumaat.....


Assalamualaikum.....


20 tahun lalu, ketika sebelum berkahwin suami memilikinya. Hinggalah kami berkahwin & memiliki seorang anak, ianya masih milik kami. Tetapi lantaran menyambung pengajian di Maktab & susah lagi nak melaram dengannya setelah punya anak sorang, suami menolaknya & menukarnya dengan yang lebih kecil.


Setelah itu, kini sudah 20 tahun saya tidak menunggangnya. Cuma malam tadi, suami ajak saya memecut dengannya sambil pekena beriani di Tandori.


Sebenarnya ia hak milik Angah, cuma dibantu membelinya oleh Babanya. So, sementara masih di Penang ni saya berpeluang menunggangnya malam tadi. Tapi masih tak berani bawa. Walhal, 20 tahun dulu saya pernah membawanya ke KL. Pernah satu ketika saya memecut sehingga 120km, mujurlah suami menenangkannya supaya memperlahankan pecutan.


Bila membonceng RXZ Angah malam tadi saya terkenang nostalgia lama menunggang RXZ JBM 7494. Entah dimana ia berada sekarang...


12 ulasan:

ain fathihah fhm berkata...

letak la gmbar rxz..bru syokkk

Chik Na berkata...

mesti tgh tersenyum masa menulis blog tu.. yelah tgh mengenang nostagia lama-lama :-)

MaMa MoDeN berkata...

salam cik ain fathihah,
hehehe tak dan nak ambik gambar RXZ angah tu, nantilah klu dah ambik gambar mama masukkan.

hai igt angah je rindukan moto tu, tata pun rindu juga ke?

MaMa MoDeN berkata...

salam chik na,
hermmm kadang2 mengingati kenangan lama akan dapat menghangatkan suasana, lebih2 lagi malam2 jumaat.. hehehehe

ZOOL@TOD berkata...

Ex-minah rempit rupanya..... he.. he.. he..

Unknown berkata...

waaaa... ko merempit eiii

MaMa MoDeN berkata...

salam zool,
hehehehe bolehlah tahan mama moden ni masa muda2 dulu...

MaMa MoDeN berkata...

salam cikgu shifu,
hehehehe sesekali cik abang sayang tu preng preng juga RXZ tu. Jalan malam sunyi sepi, lengang berani ler pecut laju sikit, klu siang tak mana beraninya....

malam jumaat mat2 rempit tak merempit, alih2 ustaz rock ngan mama moden plak ambik alih.. hahahaha... sekali sekala lepas geram!

PadiL berkata...

mama ngan baba naik rxz? wah! kembali ke zaman remaja balik nih ;)

MaMa MoDeN berkata...

salam padil,
hehehe remaja purba. baba yg sakan melaram ngan RXZ tu, mama numpang jer!

ain fathihah fhm berkata...

takleh bayang.......haha

MaMa MoDeN berkata...

ehem ehem cik ain fathihah, apa yg tak boleh bayang tu? jgn jeles, dulu bolehlah tata dok tengah. lani dah tak boleh kot...