Assalamualaikum.....
Pernahkah anda tiba2 tidak lagi merasa perasaan yang sama seperti anda alami sebelum ini. Misalnya, jika sebelum ini anda akan merasa marah, geram, benci, sakit hati, ingin menangis, bila mengalami perkara yang sama berulang2 kali. Malah anda akan masih merasai perasaan itu walau telah berulangkali mengalaminya.
Tiba2 satu ketika, bila perkara yang sama berlaku pada anda, anda mengetahui lagi perkara yang sama... jiwa & perasaan anda tidak lagi merasa perasaan itu. Hati anda jadi keras untuk merasa apa2 perasaan lagi.
Anda tidak lagi mempedulikan perkara itu. Anda tidak mahu lagi ambil tahu tentang apa yang berlaku. Hati anda menjadi kosong untuk merasa apa2 perasaan lagi.
Sekadar meluahkan lontaran perasaan pada sahabat dialam maya...
Adakah perasaan seperti ini satu perasaan yang positif atau negatif?
Adakah perasaan ini menuju kearah kebaikan atau keburukkan?
Atau adakah perasaan ini satu petanda............
3 ulasan:
Itu tanda nya dah tak de 'feel' he he he
Ada baik ada buruk, baik nya kita dah tak sakit hati, buruk nya org akan take a ride sebab tak ambil kisah lagi..
salam untie,
hermmm untie, klu tu boleh memuas & membahgiakan org, mungkin itu tindakan yg terbaikkan..
apapun hidup perlu diteruskan...
salam..
perasaan seperti itu perlu ada pada setiap insan..cuma kebijaksanaan kita yang dapat mengawalnya..
Catat Ulasan