Hari ini 26 Disember 2009, genap 5 tahun bencana tsunami melanda. 26 Disember 2004 tsunami melanda sebahagian dunia & Malaysia antara yang terkena badainya.
Walaupun saya tidak menjadi mangsa tsunami tetapi kejadian itu tetap berada dalam ingatan, igauan & kenangan dalam hidup saya.
Ketika kejadian, saya yang ketika itu mengetuai Nisa' Pulau Pinang sedang membawa 100 remaja sebagai peserta Jambori & hampir 50 orang urusetia program. Jambori Pulau Pinang ketika itu diadakan di Sungai Tukun, Telok Bahang.
Ketika hari kejadian adalah hari terakhir kami berada disitu setelah berkhemah selama 2 hari. Sehari sebelum kejadian, Jambori Nisa Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YB Dr Lo'Lo' yang ketika itu menjadi Pengarah Nisa' Malaysia. Turut hadir adalah Puan Aida Rawa & Ustazah Rahmah Md Isa yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang.
Malah amat membuatkan bulu roma saya meremang apabila diingat2 semula adalah setengah jam sebelum kejadian ombak besar itu berlaku, sekumpulan peserta sedang melakukan aktivitu betul2 ditepi pantai. Hampir 20 orang yang memilih membuat aktiviti ketika itu. Tetapi kerana program kami mementingkan ketepatan waktu solat berjemaah, mereka diarahkan menamatkan aktiviti & menyiapkan diri untuk solat zohor.
Ketika masing2 sedang bersiap2 itulah tiba2 berlaku ombak yang begitu kuat hingga airnya melimpah betul2 dihadapan tempat kami berkumpul melalui alur yang bersambung dengan sungai yang berada ditempat perkhemahan. Saya dengan selamba memberitahu itu adalah fenomena air pasang. Tetapi saya merasa pelik juga melihat air pasang yang berlaku ketika itu. Selalunya air pasang laut naik sedikit demi sedikit tetapi yang ini berlaku dengan ombak yang kuat. 2 kali ombak itu berlaku yang membuatkan kami semua menumpukan pandangan pada kejadian itu tanpa ada rasa takut pada mulanya. Tetapi ketika kejadian ombak ketiga berlaku, ianya amat kuat hingga air melimpah ke khemah Unit Amal yang membantu menjaga keselamatan kami.
Kebetulan anak2 saya & beberapa orang lagi anak2 urusetia ketika itu berada diatas sebuah titi yang merintangi sungai di situ sedang memerhati kejadian ombak tsunami. Ketika kejadian kali ketiga itu barulah semua kelam kabut menyelamatkan diri, salah seorang anak saya telah terkena ombak ketika itu dikaki hingga selipar yang dipakai dibawa arus.
Mujurlah ombak yang paling besar & kuat itu adalah yang terakhir berlaku. Tiada lagi ombak yang berlaku & tempat perkhemahan kami tidak terkena ombak yang dasyat itu. Tetapi sejurus selepas itu saya menerima panggilan yang bertalu2 dari sahabat handai yang tahu kami berada disitu, juga waris2 peserta bertanya khabar & keadaan kami. Oleh kerana talian tidak memuaskan saya tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Saya masih belum dapat maklumat, apa yang berlaku sebenarnya ketika itu.
Bot yang kami sewa untuk membawa barang2 & juga untuk membawa kami berulang alik sepanjang dua hari itu juga memaklumkan tidak boleh datang ketempat kami kerana ombak yang kuat dilaut. Bot tidak boleh dikemudi. Mahu tidak mahu terpaksalah kami dengan dibantu oleh Unit Amal mengangkut barang2 secara berulang alik. Ketika itu beberapa orang urusetia yang terdiri dari AJK Dewan Muslimat yang agak berusia terpaksa ikut kami berjalan kaki keluar dari Sungai Tukun, sedangkan ketika masuk hari pertama tu mereka naik bot. Mujurlah mereka tetap bersemangat untuk tracking bersama kami.
Ketika keluar dari kawasan Sungai Tukun melalui denai2 yang disediakan dipersisir pantai itu, barulah kami semua terkejut dengan keadaan disepanjang jalan itu. Seperti gempa bumi, bagai dilanda garuda. Jalan2 telah dipenuhi dengan selut2, ranting2 kayu. Sepanjang jalan kami mengucapkan syukur sesama sendiri. Mujurlah tiada apa2 yang berlaku kepada kami ketika kejadian itu. Kerana jika difikirkan logik akal, tempat kami berkhemah lebih rendah kedudukannya dari jalan yang dilanda tsunami itu.
Bila kami sampai sahaja di Telok Bahang, begitu ramai yang sedang menunggu kami disitu. Orang2 kampung, ibu bapa peserta yang berada dalam keadaan risau. Barulah kami tahu apa yang berlaku. Ombak tsunami telah berlaku tepat ketika azan zohor berkumandang. Ombak yang melanda sekitar pantai Telok Bahang lebih kuat sebenarnya dari apa yang kami lihat ditempat perkhemahan.
Bergerak keluar dari Telok Bahang, kereta berpusu2 dalam keadaan tak tentu arah sepanjang Batu Feringghi hingga Sekitar Pantai Miami kerana disitu antara yang teruk ditimpa bencana ombak tsunami. Kenderaan bergerak perlahan. Sampai sahaja di Tanjong Bungah banyak jalan ditutup. Kedengaran bunyi kereta bomba, polis & ambulan disana sini. Jalan Tanjong Tokong ditutup sepenuhnya. Terdapat beberapa berada diatas jalan raya kerana ditolak ombak tsunami yang amat kuat & dasyat itu. Jalan alternatif lain diambil. Ada pengangkutan yang mahu mengambil para peserta kami di Telok Bahang terpaksa melalui jalan Balik Pulau ke Telok Bahang.
Sepanjang seminggu itu keadaan disekitar penempatan saya ini memang tidak tenteram. Saya juga turut sama membantu apa yang perlu. Ketika ini proses menyelamat & mencari mangsa2 yang berkelah ditepi pantai masih diteruskan. Bunyi siren masih kedengaran disana sini. Saya juga turut berulang alik membantu jemaah membantu mangsa2 sekitar Balik Pulau yang turut ditimpa bencana.
Sepanjang sebulan itu, kami di pihak PAS masih terus membantu mangsa2 dari segi kewangan & tenaga membantu apa yang perlu. Melihat tempat2 kejadian memang menakutkan. Bayangkanlah selut boleh dilihat diatas pokok kelapa yang begitu tinggi. Maknanya ombak itu begitu tinggi hingga tidak dapat kita bayangkan melainkan mereka yang ditimpa kejadian yang akan terigau2. Kami juga turut melawat keluarga2 mangsa yang kehilangan ahli keluarga yang ramai secara serentak.
Dan hari ini setelah 5 tahun tsunami berlaku, banyak keadaan yang telah dipulihkan. Mungkin trauma mangsa2 juga sudah berkurangan walaupun ianya takkan mungkin akan diluputkan dari ingatan mereka yang mengalaminya.
Semoga tiada lagi tsunami seperti itu menimpa kita. Diminta Lindungan dari Allah minta dijauhkan segala bencana.
Dua buah sampan terdampar di tengah-tengah Jalan Tanjung Tokong akibat ombak besar atau `tsunami' di kawasan pantai sekitar Batu Feringghi di Pulau Pinang ketika tsunami 2004
Pantai Pasir Panjang Balik Pulau antara tempat yang meragut nyawa mangsa tsunami
Pantai yang indah ini menjadi tempat kehilangan insan2 tersayang
lagi cerita mama moden tentang tsunami klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan