31 Disember 2009

Pak Gus Dur Kembali ke Rahmatullah


Assalamualaikum.....


Bekas presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih popular dengan gelaran Gus Dur meninggal dunia di hospital setelah jatuh sakit. 

Gus Dur yang berumur 69 tahun ialah Presiden Indonesia keempat dan memerintah pada 1999 setelah negara berkenaan mengadakan pilihan raya umum pertama selepas Suharto meletakkan jawatan sebagai Presiden pada tahun 1998.

Semasa menjadi Presiden Indonesia, Gus Dur mengalami masalah penglihatan dan komplikasi kesihatan termasuk kencing manis.

Menurut Pengarah Hospital Cipto Mangunkusumo, Akmal Taher, Gus Dur meninggal dunia selepas mengalami komplikasi yang disebabkan oleh penyakit jantung, buah pinggang dan diabetes selama bertahun-tahun.

Beliau meninggal dunia pada pukul 6.40 petang pada waktu Indonesia Barat. Seorang ulama berfahaman sederhana, kepimpinan Gus Dur dikritik hebat dan beliau disingkirkan oleh Parlimen Indonesia yang dikenali sebagai Majlis Permesyuaratan (MPR) pada 2001 selepas terdapat dakwaan bahawa pentadbirannya kurang cekap dan dicemari rasuah.

Setahun sebelum itu, beliau dituduh menyeleweng wang agensi logistik kerajaan (Bulog) sebanyak AS$4 juta (RM13.7 juta) dan menggelapkan wang AS$2 juta (RM6.8 juta) yang didermakan Sultan Brunei untuk bantuan di Aceh.

Selain itu, Gus Dur turut terjebak dalam kontroversi apabila sekeping gambar beliau yang berseluar pendek, memeluk seorang wanita yang telah berkahwin, Ariyanti Boru Sitepu sambil duduk di kerusi tersebar dengan meluas.


Selepas beliau berundur, jawatan Presiden dipegang oleh Megawati Sukarnoputri iaitu anak perempuan pengasas negara Indonesia, Jeneral Sukarno.


Menurut laporan Bernama, ratusan orang yang terdiri daripada pemimpin dan rakyat Indonesia telah datang ke kediaman Gus Dur di Ciganjur, Jakarta Selatan untuk menziarahi jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada beliau.




Sementara itu, menurut laporan agensi berita, Gus Dur jatuh sakit semasa menziarahi makam bapanya di Jombang, Jawa Timur dan dihantar ke sebuah hospital. Pada Sabtu lalu, beliau dihantar ke Hospital Cipto Mangunkusumo. Menurut seorang saudara bekas presiden itu, kesihatan Gus Dur semakin merosot selepas beliau menjalani rawatan pergigian pada Isnin lalu.

Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Alfatihah


26 Disember 2009

TIPS BERGUNA DARI PDRM

Assalamualaikum.....

Ketika membelek2 blog sahabat2 maya tadi, saya terjumpa artikel dari blog seorang Cikgu, yang amat berguna kepada kita sebagai peringatan.

klik sini jom!

Mengenang Lima Tahun Bencana Tsunami

Assalamualaikum.....


Hari ini 26 Disember 2009, genap 5 tahun bencana tsunami melanda. 26 Disember 2004 tsunami melanda sebahagian dunia & Malaysia antara yang terkena badainya.


Walaupun saya tidak menjadi mangsa tsunami tetapi kejadian itu tetap berada dalam ingatan, igauan & kenangan dalam hidup saya.


Ketika kejadian, saya yang ketika itu mengetuai Nisa' Pulau Pinang sedang membawa 100 remaja sebagai peserta Jambori & hampir 50 orang urusetia program. Jambori Pulau Pinang ketika itu diadakan di Sungai Tukun, Telok Bahang.


Ketika hari kejadian adalah hari terakhir kami berada disitu setelah berkhemah selama 2 hari. Sehari sebelum kejadian, Jambori Nisa Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YB Dr Lo'Lo' yang ketika itu menjadi Pengarah Nisa' Malaysia. Turut hadir adalah Puan Aida Rawa & Ustazah Rahmah Md Isa yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang.


Malah amat membuatkan bulu roma saya meremang apabila diingat2 semula adalah setengah jam sebelum kejadian ombak besar itu berlaku, sekumpulan peserta sedang melakukan aktivitu betul2 ditepi pantai. Hampir 20 orang yang memilih membuat aktiviti ketika itu. Tetapi kerana program kami mementingkan ketepatan waktu solat berjemaah, mereka diarahkan menamatkan aktiviti & menyiapkan diri untuk solat zohor.


Ketika masing2 sedang bersiap2 itulah tiba2 berlaku ombak yang begitu kuat hingga airnya melimpah betul2 dihadapan tempat kami berkumpul melalui alur yang bersambung dengan sungai yang berada ditempat perkhemahan. Saya dengan selamba memberitahu itu adalah fenomena air pasang. Tetapi saya merasa pelik juga melihat air pasang yang berlaku ketika itu. Selalunya air pasang laut naik sedikit demi sedikit tetapi yang ini berlaku dengan ombak yang kuat. 2 kali ombak itu berlaku yang membuatkan kami semua menumpukan pandangan pada kejadian itu tanpa ada rasa takut pada mulanya. Tetapi ketika kejadian ombak ketiga berlaku, ianya amat kuat hingga air melimpah ke khemah Unit Amal yang membantu menjaga keselamatan kami.


Kebetulan anak2 saya & beberapa orang lagi anak2 urusetia ketika itu berada diatas sebuah titi yang merintangi sungai di situ sedang memerhati kejadian ombak tsunami. Ketika kejadian kali ketiga itu barulah semua kelam kabut menyelamatkan diri, salah seorang anak saya telah terkena ombak ketika itu dikaki hingga selipar yang dipakai dibawa arus.



Mujurlah ombak yang paling besar & kuat itu adalah yang terakhir berlaku. Tiada lagi ombak yang berlaku & tempat perkhemahan kami tidak terkena ombak yang dasyat itu. Tetapi sejurus selepas itu saya menerima panggilan yang bertalu2 dari sahabat handai yang tahu kami berada disitu, juga waris2 peserta bertanya khabar & keadaan kami. Oleh kerana talian tidak memuaskan saya tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Saya masih belum dapat maklumat, apa yang berlaku sebenarnya ketika itu.


Bot yang kami sewa untuk membawa barang2 & juga untuk membawa kami berulang alik sepanjang dua hari itu juga memaklumkan tidak boleh datang ketempat kami kerana ombak yang kuat dilaut. Bot tidak boleh dikemudi. Mahu tidak mahu terpaksalah kami dengan dibantu oleh Unit Amal mengangkut barang2 secara berulang alik. Ketika itu beberapa orang urusetia yang terdiri dari AJK Dewan Muslimat yang agak berusia terpaksa ikut kami berjalan kaki keluar dari Sungai Tukun, sedangkan ketika masuk hari pertama tu mereka naik bot. Mujurlah mereka tetap bersemangat untuk tracking bersama kami.


Ketika keluar dari kawasan Sungai Tukun melalui denai2 yang disediakan dipersisir pantai itu, barulah kami semua terkejut dengan keadaan disepanjang jalan itu. Seperti gempa bumi, bagai dilanda garuda. Jalan2 telah dipenuhi dengan selut2, ranting2 kayu. Sepanjang jalan kami mengucapkan syukur sesama sendiri. Mujurlah tiada apa2 yang berlaku kepada kami ketika kejadian itu. Kerana jika difikirkan logik akal, tempat kami berkhemah lebih rendah kedudukannya dari jalan yang dilanda tsunami itu.


Bila kami sampai sahaja di Telok Bahang, begitu ramai yang sedang menunggu kami disitu. Orang2 kampung, ibu bapa peserta yang berada dalam keadaan risau. Barulah kami tahu apa yang berlaku. Ombak tsunami telah berlaku tepat ketika azan zohor berkumandang. Ombak yang melanda sekitar pantai Telok Bahang lebih kuat sebenarnya dari apa yang kami lihat ditempat perkhemahan.


Bergerak keluar dari Telok Bahang, kereta berpusu2 dalam keadaan tak tentu arah sepanjang Batu Feringghi hingga Sekitar Pantai Miami kerana disitu antara yang teruk ditimpa bencana ombak tsunami. Kenderaan bergerak perlahan. Sampai sahaja di Tanjong Bungah banyak jalan ditutup. Kedengaran bunyi kereta bomba, polis & ambulan disana sini. Jalan Tanjong Tokong ditutup sepenuhnya. Terdapat beberapa berada diatas jalan raya kerana ditolak ombak tsunami yang amat kuat & dasyat itu. Jalan alternatif lain diambil. Ada pengangkutan yang mahu mengambil para peserta kami di Telok Bahang terpaksa melalui jalan Balik Pulau ke Telok Bahang.


Sepanjang seminggu itu keadaan disekitar penempatan saya ini memang tidak tenteram. Saya juga turut sama membantu apa yang perlu. Ketika ini proses menyelamat & mencari mangsa2 yang berkelah ditepi pantai masih diteruskan. Bunyi siren masih kedengaran disana sini. Saya juga turut berulang alik membantu jemaah membantu mangsa2 sekitar Balik Pulau yang turut ditimpa bencana.


Sepanjang sebulan itu, kami di pihak PAS masih terus membantu mangsa2 dari segi kewangan & tenaga membantu apa yang perlu. Melihat tempat2 kejadian memang menakutkan. Bayangkanlah selut boleh dilihat diatas pokok kelapa yang begitu tinggi. Maknanya ombak itu begitu tinggi hingga tidak dapat kita bayangkan melainkan mereka yang ditimpa kejadian yang akan terigau2. Kami juga turut melawat keluarga2 mangsa yang kehilangan ahli keluarga yang ramai secara serentak.


Dan hari ini setelah 5 tahun tsunami berlaku, banyak keadaan yang telah dipulihkan. Mungkin trauma mangsa2 juga sudah berkurangan walaupun ianya takkan mungkin akan diluputkan dari ingatan mereka yang mengalaminya. 


Semoga tiada lagi tsunami seperti itu menimpa kita. Diminta Lindungan dari Allah minta dijauhkan segala bencana.


Dua buah sampan terdampar di tengah-tengah Jalan Tanjung Tokong akibat ombak besar atau `tsunami' di kawasan pantai sekitar Batu Feringghi di Pulau Pinang ketika tsunami 2004 

Pantai Pasir Panjang Balik Pulau antara tempat yang meragut nyawa mangsa tsunami

Pantai yang indah ini menjadi tempat kehilangan insan2 tersayang

lagi cerita mama moden tentang tsunami klik sini


25 Disember 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 4

Assalamualaikum.....

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 4 buat anak saudara suami saya Hanim & suaminya Norimi. Semoga rumahtangga mereka sentiasa dilindungi kebahagian sehingga ke akhir hayat mereka.

hanim & imy dihari pernikahan mereka 25 disember 2005

hanim, imy, wafa & wafi semasa beraya bersama kami baru ni

Lagi cerita hanim... klik sini

                                       klik sini                          

Salam Tahniah Rosham Azlan

Assalamualaikum.....

Sekalung tahniah buat anak saudara saya Rosham Azlan yang telah mendapat 4A, 3B & 1C bagi keputusan PMR semalam.


Mungkin keputusannya tidak sebagus orang lain, tetapi bagi saya keputusannya itu amat berbaloi dengan situasi keluarga kami yang serba kekurangan dalam pelajaran.


Setakat ini, selain anak2 saya yang berpotensi dalam pelajaran belum ada lagi yang lain menunjukkan kemajuan dalam pelajaran kecuali anak saudara saya yang seorang ini. 


Sebagai mak saudara, saya bangga dengan pencapaiannya setakat ini. Semasa UPSR lalu, Alan mendapat 4A 1B.


Alan anak kepada seorang ibu tunggal yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Kata Atam saya, jika dirumah mereka ada beras & ikan bilis serta telur sudah ada sebagai lauk, itu sudah cukup bagi mereka.


Alan & adiknya juga jarang2 membawa duit belanja kesekolah. Tapi saya melihat Alan sebagai anak yang tahu membawa diri. Jika ada kesempatan diwaktu cuti sekolah dia akan ikut cina kekebun. Dengan upah yang tidak seberapa itu, dapatlah mereka membawa duit belanja ke sekolah.


Semoga Alan akan terus gigih belajar demi masa depan Mama & Adiknya. Semoga kejayaan dia dalam pelajaran nanti dapat mengubah keadaan hidup mereka sekeluarga.


Alan bersama Mama & Adiknya

hanya ini sahaja gambar lama mereka yang ada dalam simpanan saya, sekarang Alan dah besar

22 Disember 2009

Hanya Satu Persinggahan

Assalamualaikum.....

Di Sini Kasih Pernah Berbunga
Tiada Harum Tiada Warna
Di Sini Cinta Pernah Membara
Tanpa Bahang Dan Tanpa Apinya
Begini Yang Ku Rasa
Hidup Kita Berdua

Di Sini Langit Mendung Selalu
Tiada Cahaya Menyinariku
Di Sini Aku Tiada Berdaya
Mengikut Kata Tanpa Bicara
Kerana Engkau Tahu
Aku Tidak Sepadan Denganmu

Hubungan Kita Suatu Persinggahan
Bukan Pengabadian Yang Rela
Pemergianku Oh Kerana Terpaksa
Demi Hidup Yang Lebih Sempurna
Anggaplah Kehadiranku
Hanya Satu Persinggahan
Aku Tidak Menjanjikan
Mahligai Impian
Sebagaimana Kau Harapkan

Biarlah Jauh Dari Pandangan
Daripada Dekat Penuh Seksa
Biar Berduka Biar Melara
Dari Sengketa Sepanjang Masa
Janganlah Engkau Harapkan
Ku Menghambakan Diri

Nanti Kau Tahu Ertinya Sepi
Bagaikan Pisau Menghiris Api
Nanti Kau Tahu Ertinya Rindu
Bagai Tertusuk Duri Sembilu
Batin Akan Tersiksa
Jasad Pasti Merana


20 Disember 2009

Sekadar Rujukan di Hari Ahad....

Assalamualaikum.....
 

Nasihat2 ini adalah untuk kebaikan rumahtangga anda.. sama2 lah menjadi pelengkap bagi pasangan masing2.. :D 
Untuk Kaum Lelaki Bernama SUAMI & Rujukan Untuk Kaum ISTERI

Oleh : Dato' Dr. Fadhilah Kamsah  

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.  Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruhnya cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar tgk ASTRO dan kekenyangan macam maharaja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainyanya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga). Dah tau member nak datang suami kene la tolong kemas jugak!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? kalau isteri kentut depan suami mcm mana pulak?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah s.w.t. berfirman : "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Untuk Suami, Renungkanlah....


Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama. 

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya . 

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya. 

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya. 

Isteri adalah murid kamu mursyidnya. 

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya. 

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya. 

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. 

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. 

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT. Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana justeru membuat kamu akan tersentak dari alpa bahawa kamu bukanlah Rasulullah SAW, Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.  



Untuk Isteri Pula Renungkanlah....

 
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia.  Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W. Tidaklah setaqwa Ibrahim pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggun singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.


Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana justeru membuat kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga dan bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.


Tokoh Maal Hijrah 1431 Negeri Selangor

Assalamualaikum.....

Tahniah kepada Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hasan Shukri yang telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor.

Beliau yang merupakan pentadbir Sekolah Agama Darul Tarbiah, Gombak pernah memegang jawatan Senator selama enam tahun.

Penglibatan beliau dalam aktiviti persatuan, politik, dan program peringkat antarabangsa melayakkan beliau menerima anugerah itu.

Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan cenderahati. Ditanya apa yang akan dilakukan dengan wang saguhati yang diterima, beliau berkata,

"Bagi saya tiada apa insyallah itu perkara biasa dan saya syukur lah. Mudah-mudahan kita akan gunakan juga sedikit sebanyak akan saya sumbangkan," katanya.

IMBAUAN....

Ustaz Hassan Syukri, Dikenang Pejuang Terbilang
 

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali!

Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina Markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Nakhaei untuk mereka sama-sama membeli tanah dengan harga sekitar RM26,000 bagi meluaskan kawasan Markas sekitar tahun 1982.

Selain menerima sumbangan wang, Markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, Markas PAS Taman Melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik ianya menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KLIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Pejuang Islam Tidak Akan Susah...

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di pelusuk negara. Ya, Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan Markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan 'buku undang-undang PAS' yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

Walaupun usia telah menjangkau 70an', Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS dan wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu, terasa begitu singkat rasanya memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan saya pegun dan asyik dengan kisah lamanya.

"Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS.

"Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah," katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang 'berlangsung' di kediamannya sendiri baru-baru ini. Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

"Percayalah... sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan... Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," katanya sambil mecebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan, supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.


Semoga Ustaz Hassan akan terus diberi kekuatan & kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan Islam walau tanpa jawatan & pangkat.


18 Disember 2009

Tokoh Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum.....

Tahniah kepada Tan Sri Yusof Noor & Profesor Dr Yusof Qardawi kerana telah di anugerahkan tokoh Maal Hijrah 1431. 


Tan Sri Datuk Dr Yusof' bin Haji Md Noor 

Beliau lahir pada 1941 di Besut, Terengganu.

Pendidikan 
Beliau melanjutkan pelajar di Universiti Al-Azhar , Universiti Eins Shams dan Universiti Kaherah di Mesir dan pulang dengan Ijazah Doktor Falsafah. Beliau juga pernah mendapatkan pendidikan di Stratchlyde Business School di Scotland.

Kerjaya 
Beliau pernah menjadi guru di beberapa buah sekolah sehingga ke menara gading. Beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1970-1984. Di UKM beliau pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Naib Canselor UKM.Sekarang beliau menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM. 

 
 

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M.

 
Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

 Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya.

Yusuf melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Yusuf Qardhawi lahir di Shafth Turaab, sebuah desa kecil di Mesir, pada 9 September 1926.

Beliau tidak sempat mengenal ayah kandungnya dengan baik, kerana  saat usianya baru mencapai dua tahun, sang ayah meninggal dunia. Sepeninggalan ayahnya, beliau dibesarkan oleh ibu kandungnya. Akan tetapi pada saat beliau duduk di tahun keempat ibtida'iyah, ibunya pun dipanggil Yang Maha Kuasa. 

Beruntung, ibu yang dicintainya masih sempat menyaksikan putra tunggalnya ini hafal seluruh Al Quran dengan bacaan yang sangat fasih, karena pada usia sembilan tahun sepuluh bulan, ia telah hafal Al Quran. Kemampuannya dalam menghafal Al Quran itulah yang menyebabkan kaum kerabatnya kerap memanggil Qardhawi "syaikh". 

Pendidikan formalnya dimulai pada salah satu lembaga pendidikan Al-Azhar yang dekat dengan kampungnya. Di lembaga pendidikan inilah Qardhawi kecil mulai bergelut dengan kedalaman khazanah Islam. Setelah menyelesaikan pendidikannya di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi melanjutkan ke Fakultas Ushuluddin Universitas Al-Azhar, hingga lulus tahun 1952. 

Namun kerana dia sempat meninggalkan Mesir akibat kejamnya rezim yang berkuasa saat itu, gelar doktornya baru dia peroleh pada tahun 1972, dengan desertasi Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan. Desertasinya itu kemudian disempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat komprehensif dalam membahas persoalan zakat dengan nuansa modern. 

Kedalaman dan ketajamannya dalam menangkap ajaran Islam ini, sangat membantunya untuk selalu bersikap arif dan bijak. Dalam buku-buku yang ditulisnya, dia selalu mendengungkan kelebihan Islam dalam segala lini. Qardhawi dengan gencar mengedepankan Islam yang toleran serta kelebihan-kelebihannya yang tidak dimiliki oleh umat di luar Islam. 

Qardhawi juga amat selektif terhadap berbagai propaganda pemikiran Barat maupun Timur, termasuk dari kalangan umat Islam sendiri. Dia bukanlah pengikut buta dari mazhab atau gerakan Islam modern tertentu. Bahkan dia tidak segan-segan berbeda pendapat dengan senior-seniornya dalam pergerakan Islam.

Singkatnya, Qardhawi memiliki pendirian yang sangat kokoh terhadap apa yang dia yakini sebagai kebenaran dan prinsip Islam, walaupun seringkali mendapat tekanan dari berbagai pihak. 

 

 

MEMANTAPKAN UKHWAH, MEMPERKASAKAN UMMAH

Assalamualaikum.....
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan Semangat  Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum…..


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



PERKARA2 SUNAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM


DOA AKHIR TAHUN :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...


Waktu membacanya:Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."


DOA AWAL TAHUN :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...


Waktu membacanya:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."


AMALAN2 SUNAT :

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


PERISTIWA 2 PENTING :

Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:


Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit.


Dimadu & Bermadu!.....

Assalamualaikum.....
Sanggupkah Anda Dimadu atau Bermadu?

Lewat tengahari tadi ketika sedang memasak bersama suami, entah bagaimana timbul perbualan tentang poligami. Entah bagaimana mula perbualannya tiba2 entah mengapa mulut saya lancar bertanya betul ke abang nak kahwin lagi? Seperti selalu suami saya akan menjawab boleh juga. ( kadang2 saya sampai tak tahu bila mana serius, bila mana hanya gurauan dari suami saya tentang dia nak kahwin lagi ni…).

Tiba2 saya katakan pada dia, saya baru kenal seorang kawan dialam maya yang sedang mencari2 calon suami. Saya tanya pada suami, mahu ke? Dia kata boleh…  

Selepas solat zuhur, biasalah cuti2 ni tak ada benda apa nak buat asyik memerap dalam bilik je kami … . Dalam berbual2 suami bertanya lagi tentang teman yang saya tawarkan tadi. Aik! Serius ke ni… Saya tanya semula pada suami, betul ke mahu ni? Saya kata tak sayang Ayang lagi ke? Suami kata sayanglah.. Saya kata dah tu, nak kahwin lagi? Suami kata nak bagi kawan kat Ayang….. bagi Abang kenal2 dulu, sambil ketawa…

Saya kadang2, ada ketikanya memang mahu mencari ‘adik’ buat teman saya memikul tanggungjawab dalam rumahtangga. Bila membaca kisah wanita2 yang bahagia kerana berpoligami saya kadang2 rasa teruja. Bahagianya mereka kerana memikul tanggungjawab dalam rumahtangga bersama2. Ada masa untuk diri sendiri bila giliran suami bersama isteri2 lain.

Tapi bila memikirkan huru haranya sebilangan orang yang berpoligami saya jadi takut pula. Bagaimana jika selepas mendapat cinta baru, isteri baru, saya & anak2 dilupakan suami? Bagaimana jika cinta baru membutakan, membekukan kasih sayang suami pada saya & anak2? 

Mengapa ya, saya seperti memberi peluang & ruang pada suami untuk cinta baru? Sedangkan hakikatnya saya seorang yang cemburu orangnya. Lebih2 lagi jika mendapat tahu suami punya teman diluar pengetahuan saya, walaupun dialam maya ni. Tapi dalam masa yang sama saya pernah melamar 2 wanita untuk suami, tetapi telah ditolak.

Bila difikirkan, rupanya saya bukan marah, cemburu dengan perempuan lain. Cuma saya hanya marah jika dibelakangi suami. Saya tak mahu cinta baru suami saya tanpa pengetahuan saya. Saya tak mahu suami menduakan saya tanpa saya ketahui. 

Sebab bila saya bersembang dengan sahabat2 yang sedang mencari calon suami, tambahan lagi bila mereka itu sudah agak lewat usianya saya akan rasa kasihan pada mereka. Serta merta ketika itu saya teringatkan suami yang masih ada 3 kuota.

Tetapi bila difikirkan semula, mampukah suami saya berkeluarga lebih dari satu. Dari segi batin mungkin mampu, dari segi material? Kewangan? Sara hidup? Bagaimana?


Mari kita gariskan mengapa para isteri menolak poligami….
 
Kenapa Wanita Enggan Berpoligami? 

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami. 

Kenapa para isteri menolak poligami? 

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat. 

Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa. 

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain. 

Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia. 

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama. Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati. 

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.  

Kesimpulannya: 

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju. 

Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah. Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya. 

Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah. 

Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat. 

Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.
mampukah kasih sayang & cinta 20 tahun kami ini terus dipertahankan dengan kehadiran cinta baru suami?...



15 Disember 2009

Daftar Kak Cik Sekolah Menengah

Assalamualaikum.....

Hari ni kami sekeluarga menemani Kak Cik ke SMK Telok Bahang untuk pendaftaran sekolah menengah. Yang sebetulnya semua ikut ni nak mandi manda di Taman Rimba.

Suami saya sedang berusaha untuk menempatkan Kak Cik di KAA Sek Men Dato' Haji Kadir bersama Kak Uda. Harap permohonan kami berjaya.

Tarikh keputusan rayuan hanya akan diketahui pada 28 disember ni. Harap rayuan ni berjaya. Kami agak keberatan menempatkan Kak Cik di SMK Telok Bahang ni. Selain itu agak mudah jika dia bersekolah sama dengan Kak Uda. selain senang kami mengambil atau melawat mereka disatu sekolah, manalah tahu kami pindah awak ke Sungai Petani nanti jadi senang tak perlu buat pertukaran lagi.

12 Disember 2009

Program Gempadah Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong

Assalamualaikum.....

Kami Benci Dadah....

Kami Benci Padamu....

Saya telah menghadiri program Agensi Anti Dadah Kebangsaan anjuran bersama Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong. Program yang berlangsung sejak pagi hingga kemalam itu diberi nama GEMPADAH. Iaitu Gerak Gempur Dadah.

Ada pameran dari AADK & juga dari pelbagai badan dipersekitaran Masjid. Kerajaan mensasarkan Malaysia sifar dadah menjelang 2015. Usaha AADK & Masjid Tuan Guru ini amatlah dipuji. Tetapi saya merasakan program ini tidak menepati sasaran yang ditetapkan. Amat kurang para remaja yang hadir. Mungkin promosinya tidak menyeluruh.

Ada juga ceramah dari pihak AADK & bekas penagih yang diadakan, tetapi sayang ceramahnya diadakan ditempat tertutup. Sedangkan ketika itu para pengunjung sedang berkeliaran diruang legar pameran. Saya rasa lebih elok jika ceramah itu diadakan dipentas utama, tentu lebih ramai yang dapat manafaatnya.

Bekas penagih yang memberi ceramah adalah seorang bekas guru. Menagih selama 18 tahun & baru 8 tahun bebas dari dadah. Alhamdulillah, sekarang beliau sudah berjaya dalam hidup. Amat berkeyakinan dalam meneruskan sisa2 kehidupan. Pengalamannya yang dicurahkan pada hari itu amat bermakna. Hingga sekarang setelah 8 tahun beliau bebas dadah, rokok pun beliau tak hisap.

Cuma agak mendukacitakan, pada hari itu pengunjung termasuk 'orang kuat' Masjid tidak menghormati majlis yang dianjurkan AADK & juga di Masjid. Dalam mengendalikan majlis 'orang kuat' masjid masih menyepit & menghembus asap rokok di tempat awam. Sepatutnya hormatilah majlis AADK, janganlah menunjukkan contoh tauladan yang buruk & jelik pada orang ramai. Bukankah telah diketahui bahawa rokok adalah punca utama penglibatan penagihan dadah.

Apapun syabas & tahniah pada pihak penganjur kerana berusaha membantu kearah Malaysia bebas dadah.

acara perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah

pemeriksaan kesihatan percuma oleh misi KKIA Tanjong Tokong

pemeriksaan mata

pameran dari Jabatan Perhilitan Taman Negara, Telok Bahang

pameran dari LPPKN

pameran dari Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia

pameran Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Jom Shoping 

peraduan mewarna kanak2

ceramah kesedaran bahaya dadah

persembahan hebat seni Silat Gayong anak2 Tanjong Tokong untuk acara perasmian

ceramah agama selepas solat isyak oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan yang juga sahabat satu sekolah dengan suami saya di Maktab Mahmud, Alor Setar

Cik Abang saya ni segak berbaju melayu lengkap bersamping

masa saya sediakan baju ni, dia kata nak pakai baju melayu & kain pelekat je, saya kata takkan jadi pengerusi majlis nak pakai camtu!

dia kata nanti penceramah mai pakai kain pelekat je..

rupanya betul pengerusi majlis lagi bergaya dari penceramah, penceramah mai hanya berbaju melayu & berkain pelekat

Alhamdulillah, saya dapat hadir ke program ceramah ni satu keluarga bersama suami & 7 orang anak2 saya

p/s : terima kasih kepada Dr Jamnul Azhar kerana memberi peluang saya & suami bermalam dibilik hotel yang disediakan untuknya. Beliau tidak bermalam di Penang kerana bergegas balik ke Alor Setar selesai ceramah.

Terima kasih juga pada anak2 kerana memberi can pada mama & baba berbulan madu di Naza Hotel walaupun hanya satu malam.

Terima kasih juga pada Abang yang mengambil peluang ini. Samada di hotel atau dimahligai kita hatta dimanapun, ayang berharap kita akan saling sayang menyayangi selamanya walau apapun yang terjadi.

Dedikasi Buat Angah

Assalamualaikum.....

Hari ini Angah genap berusia 18 tahun. Sebagai anak lelaki sulung adalah diharapkan Angah dapat menjadi antara tulang belakang keluarga. Semoga Angah dapat menjadi pelindung Mama & Baba juga Kakak & Adik2nya.

Tidak saya nafikan Angah agak rapat dengan saya. Mungkin kerana ketika lahirnya Angah kedunia , saya sudah agak pandai menjaga & merawat anak kecil berbanding ketika kelahiran pertama dulu. 

Anak sulung saya lebih rapat dengan Babanya sejak kecil hingga sekarang ( jangan sesekali ada suara2 seakan2 mempertikaikan Babanya, pasti akan dibela samada betul atau tidak ). Berbanding dengan Angah masanya sejak dari kecil agak banyak dengan saya. Kebetulan pula Angah menyusu badan hingga saya mengandungkan anak ke 3.

Jika ada apa2 yang dirasanya, saya rasa Angah akan lebih dahulu memaklumkan saya berbanding dengan Babanya. Betullah orang2 tua berkata, anak lelaki akan lebih rapat dengan mak manakala anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah.

Sejak kecil, menjaga Angah sama juga seperti menjaga anak2 yang lain. Dari kecil Angah menghisap puting. Jika lapar Angah akan menghisap puting sebentar barulah Angah akan menyusu. Jika saya keluar sebentar kekedai, saya letakkan puting disebelah bantalnya. Nescaya apabila saya balik puting tersebut akan berada dimulutnya.

Ketika Angah dilahirkan, suami saya baru memulakan kerjaya perguruannya selepas tamat pengajian di Maktab. bagi membantu menjimatkan belanja keluarga, saya buatkan kain lapik plastik lampin Angah daripada plastik sampah yang berwarna hitam tu. Bila Angah berjalan dari jauh lagi dah dengar plastik tu berbunyi.

Zaman kanak2 Angah, membesar dikalangan adik beradik perempuan. Angah dikelilingi seorang Kakak & 3 adik perempuan. Mungkin kerana itu Angah tidak selasak budak2 lelaki yang lain. Tapi tidak pula menjadikan Angah tergolong dalam lelaki lembut. Disekolah juga Angah berkawan dengan lebih ramai budak2 perempuan berbanding lelaki. 

Ada kawan2 perempuannya yang sanggup menunggu Angah didepan rumah untuk pergi sekolah bersama2. 

Satu peristiwa yang saya tak dapat lupakan ketika berlaku sedikit krisis semasa kami tinggal di Selangor dahulu. Ketika memberi pilihan pada anak2 lebih sayangkan siapa, semua anak2 perempuan saya mengatakan mereka sayangkan saya. Tetapi Angah hanya mendiamkan diri ketika itu. Kerana tidak fikir panjang & berdarah muda saya kononnya menghalau Angah yang ketika itu baru berusia 5 tahun. Ketika melihat Angah mahu keluar dari rumah saya cepat2 menghalangnya.

Sesudah Angah besar baru saya tahu rupanya Angah tidak memberi jawapan pada saya ketika itu kerana Angah sayangkan Baba & Mama. Angah kata dia tak mahu buat pilihan kerana sayangkan kami berdua. Angah kata ketika itu dia tidak mahu jadi hipokrit, sedangkan anak2 saya yang lain pula ketika itu memberi jawapan lain ketika ditanya Baba mereka.

Saya cukup mengambil iktibar dari krisis itu. Sejak itu saya menjadi semakin kuat. Saya tidak akan biarkan anak saya berada dalam dilema lagi. Saya akan cuba menjadi setabah yang boleh walaupun terpaksa menjadi lilin membakar diri. Demi anak2 saya akan buat apa saja.

Satu lagi peristiwa yang tidak dapat saya lupakan mengenai Angah adalah ketika basikal kesayangannya musnah ditangan Babanya. Semasa sekolah rendah Angah amat suka memakup basikal. Angah akan kumpul satu persatu rangka2 basikal dan dicantumkan menjadi sebuah basikal yang agak pelik bentuknya. Saya antara yang turut sama menyaksikan Angah menyiapkan basikal itu. Kadang2 dia minta duit dari saya jika ada apa2 barang2 basikal yang dia hendak beli.

Hinggalah basikal itu siap menjadi basikal yang unik & cantik hasil dari kerja tangannya. Basikal itulah yang dia naik kesana sini. Hinggalah satu hari Angah balik agak lewat kerumah, sehingga azan maghrib. Babanya yang tengah marah terus mencapai basikal ciptaan Angah & dihempaskan dikaki tangga rumah hingga menjadi bengkok. Sambil itu Baba suruh Angah p buang basikal itu ke tempat buangan sampah.

Saya yang melihat kejadian itu memang amat sedih hingga tak terkata apa. Angah pula patuh & taat pada Babanya terus membawa basikal kesayangannya ketempat buangan sampah. Saya yang bukanlah sangat memproses basikal itu pun terasa sedih, tambahanlah lagi Angah ketika itu. Kerana saya tahu betapa susah payahnya Angah mencipta & mengusahakan basikal itu. Sampai sekarang saya masih merasa betapa kecewanya mungkin Angah ketika itu.

Pernah juga ketika Angah berusia sekitar 5 tahun, dia teringin pada kereta remote. Olah kerana belum ada duit, Babanya berjanji akan beli bila dah gaji. Babanya pula tunaikan janji & beli kereta itu sebaik dapat gaji. Sejak itu bila nak apa2, mesti Angah akan tanya dulu, Baba dah gaji ke belum.

Angah juga agak keberatan nak minta apa2 dari kami. Lebih2 lagi pada Baba. Angah akan tersenyum simpul, serba tak kena dalam keadaan berdiri atau duduk bila mahukan apa2. Selalunya kepada sayalah dahulu akan diberitahu & saya akan sampaikan pada Baba.

Harapan saya semoga Angah akan menjadi anak lelaki kami yang tahu dimana asal usulnya. Saya mengharapkan sebagai anak lelaki, Angah tidak akan lupa pada keluarga, pada saya bila sudah beristeri nanti. Walaupun saya tidak mengharapkan Angah melebihkan keluarga dari anak isterinya tetapi sebagai anak lelaki sulung saya mengharapkan dia tahu tanggungjawabnya pada saya, pada babanya & pada adik beradiknya.

Saya mungkin antara bakal ibu mertua moden. Saya juga berharap dapat menjalin hubungan yang mesra & erat dengan menantu2 saya dengan harapan saya akan disayangi, dihormati dengan baik oleh anak menantu.

Kepada Angah, selamat panjang umur mama ucapkan. Jadilah anak, abang, adik, suami, ayah & menantu yang soleh. Berjaya dunia & akhirat.

11 Disember 2009

Sudah Setahun Umurnya.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ini 11 Disember 2009 genap setahun umur blog Mama Moden. 11 Disember 2008 ianya lahir dalam keadaan yang serba tidak tahu. Namun berkat bantuan insan2 sekeliling akhirnya terhasillah apa yang ada sekarang ini.

Berbagai pengalaman pahit manis, suka duka yang telah Mama Moden lalui sepanjang setahun ini.

Berbagai kata2 pujian, kritikan membina, rasa marah, rasa tidak puas hati pada hasil tulisan kisah suka duka Mama Moden.

Tidak kurang juga ada yang turut sama menangis ketika kisah duka Mama Moden paparkan. Malah ada juga yang turut sama merasai rasa bahagia & gembira ketika kisah suka Mama Moden catatkan.

Orang kata apalah yang ada pada sebuah nukilan seorang bloggers seperti Mama Moden yang hanya menyandang status seorang surirumah. 

Setiap kita punya cerita masing2. Punya kisah & kenangan yang tersendiri. Kehadiran pengunjung ke laman Mama Moden amat dialu2kan, tetapi jika apa yang dicari tidak dijumpai dilaman ini, saya tidak kisah & tidak berkecil hati jika anda beralih ke blog lain yang lebih berpendidikan & lebih seronok untuk dibaca.

Inilah wajah blog Mama Moden setahun yang lalu. Rasanya memang banyak kekurangan pada blog ini berbanding blog2 yang lain. Tetapi saya bangga dengan kewujudan blog kesayangan saya ini.

Dengan keadaan saya yang amat kekurangan ini, saya cukup puas hati dengan hasil kerja saya. Biarlah apapun anggapan orang tetapi saya bersyukur kerana telah diberi peluang & kesempatan untuk mempunyai sebuah laman yang boleh saya lahirkan perasaan hati saya.

Walaupun tidak semuanya saya postkan untuk tatapan, sekurang2nya dengan menulis disini saya dapat melapangkan sedikit apa yang terbuku dihati walaupun hanya untuk didrafkan.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi melawati blog Mama Moden ini. ALhamdulillah, ramai pengunjung2 yang telah saya iktiraf sebagai sahabat dialam maya. Walaupun mereka hanya sahabat2 walau dialam maya, adalah diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita ini akan diberkati.

Maaflah jika terdapat apa2 yang mengguris hati & perasaan. Maaf jika ada catatan di blog Mama Moden ini mengganggu ketenteraman hati & perasaan sesiapa. Maaf juga andai Mama Moden terlupa menyapa, berkunjung balas ke blog kalian tanpa disedari. Maaf juga andai Mama Moden terlewat mengucapkan terima kasih atas kunjungan kalian.

Untuk kesekian kalinya ucapan terima kasih buat Suami tercinta kerana sudi mengizinkan Mama Moden berkarya disini dalam suka mahupun duka. Terima kasih juga buat anak2 tersayang kerana memahami kekurangan Mama Moden yang mungkin juga mereka inilah yang antara menjadi pengunjung Mama Moden.

Semoga blog Mama Moden kesayangan saya ini akan terus bernafas jika terus diberi ruang & kesempatan, I'ALLAH...

06 Disember 2009

Cemburu Tandanya Sayang?...

Assalamualaikum.....

Benarkah cemburu itu tandanya sayang? Mengapa kita harus merasa cemburu pada pasangan? Perlukah rasa cemburu itu dizahirkan atau patut dipendamkan sahaja....

Hmm... tidak tahu mengapa saya menulis tentang cemburu saat ini. Mungkin saya sedang merasainya.  

Cemburu... apa itu cemburu? Pada pandangan saya, cemburu itu adalah rasa ketidakselesaan apabila melihat orang yang kita sayangi rapat dengan orang lain. Hati ini bagai dicucuk-cucuk bila melihat kekasih hati begitu gembira berbicara dengan orang lain. Rasa macam hendak sahaja menghilangkan orang yang menyibuk itu dari muka bumi kala itu juga. Hehehe...

Apatah lagi bila kekasih hati itu tidak mengerti yang kita sedang dilanda cemburu. Hai, memang menyakitkan hati! Ada juga yang tahu kita sedang cemburu, tapi buat-buat tak tahu. Lagi haru!

Jadi, bagaimana untuk mengawal rasa cemburu ini? Entahlah, saya juga kurang pasti. Untuk pengetahuan, saya ni kuat cemburu orangnya. Hehehe... Namun saya dapat mengawalnya agar tidak ketara sangat. Yalah, siapa yang mahu orang tahu dia sedang dilanda cemburu?

Bila cemburu menerpa, hati ni rasa pedih sangat. Rasa macam kita ni tidak lagi disayangi. Rasa terpinggir. Dan apa yang saya lakukan untuk mengatasinya? Saya akan fikirkan saat-saat saya gembira bersama dengannya. Saya akan katakan pada diri saya agar percaya padanya. Yakin bahawa dia menyayangi saya setulusnya. Bukankah kepercayaan itu penting dalam setiap perhubungan?

Sewajarnya, kita harus bijak mengawal rasa cemburu itu agar tidak bertindak di luar batasan. Jangan jadi cemburu buta. Itu cemburu dari sudut cinta. Cemburu ni banyak cabangnya. Cemburu pada kekayaan seseorang, cemburu pada kepandaian seseorang, cemburu pada kebahagiaan seseorang dan banyak lagi. Pendek kata, cemburu pasti akan terbit tidak kira masanya. Cemburu itu satu perasaan yang indah sebenarnya. Bukankah cemburu itu tandanya sayang?

Cemburu itu hadir apabila seseorang takut kehilangan pasangannya, ketika dia merasakan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kekasihnya dan bila dia kurang yakin akan hubungan emosi dengan pasangannya.

Tetapi tahukah anda cemburu itu boleh menjadi tenaga positif khasnya dalam hubungan intim? Kalau cemburu yang berpatutan, ia boleh menjadi seronok kerana itu tandanya sayang.

Tapi ingat, hubungan seksual yang terasa lebih bergelora akibat dorongan rasa cemburu itu satu bonus. Sememangnya ia boleh memberi kelainan daripada kejenuhan rutin dalam hubungan intim antara pasangan. Walapun begitu, pada akhirnya, sanggama yang dilakukan atas dasar cinta dan melibatkan hati yang suci adalah yang paling memuaskan dan bernikmat.

Keupayaan mengolah rasa cemburu supaya menjadi tenaga positif bergantung pada diri seseorang. Kalau dia bersikap positif, maka cemburu boleh meningkatkan keghairahan. Kalau dia cenderung negatif melulu, tentu saja sikap itu akan menurunkan kegairahan.Namun, jika keterlaluan, cemburu itu boleh membakar hati.
Oleh itu, janganlah dibiarkan ke tahap cemburu buta kerana ia adalah cemburu yang melampau dan tidak lagi rasional. Cemburu buta boleh mematikan hubungan mesra dan intim kerana pasangan mungkin langsung enggan menyentuh si dia yang terlalu cemburu.Rasa cinta ini akan diungkapkan dalam bentuk hubungan intim. Bagi pasangan suami isteri, rasa cemburu ini boleh meningkatkan kegairahan mereka, menjanjikan kepuasan sanggama yang lebih baik daripada sebelum ini sebagai tanda sayang kepada pasangan.