Assalamualaikum…..
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
PERKARA2 SUNAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM
DOA AKHIR TAHUN :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."
DOA AWAL TAHUN :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
AMALAN2 SUNAT :
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
PERISTIWA 2 PENTING :
Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
assalammualaikum
BalasPadamsalam maal hijrah
semoga sentiasa dalam rahmat Allah sekeluarga
salafi bertanya : nak tanya ek..yg peristiwa2 penting tu sumbernya daripada hadis mana?
BalasPadam~moga kekhilafan diri ini diampunkan oleh Allah dan diberi hidayah olehNYA di dalam mencari kebenaran~
Salam Cikgu KL,
BalasPadamSalam maal hijrah juga dari mama sekeluarga buat cikgu & keluarga.
I'ALLAH smoga tahun baru ni membawa kita kearah yg lebih baik dr tahun2 sebelum ini...
Salam Tanpa Nama,
BalasPadamMama mohon ampun dr ALLAH andai apa yg mama kata ni silaf..
perkara2 sunat yg kita lakukan, jika tidak mendatangkan kemudaratan pd Agama, tak salah jika kita lakukan jika bkemampuan. kenapa perlu dipertikaikan jika ramai alim ulama' yg laksanakan.
mengapa kita tak pertikaikan perkara2 mungkar yg pemimpin & rakyat 1 MALAYSIA buat ketika menyambut tahun baru masihi seperti konsert yg malalaikan!!!
harap Tanpa Nama boleh rujuk dgn lebih detail lagi kepada para Ustaz & orang yg lebih arif dari mama ok...
Assalammualaikum..
BalasPadamMoga Allah berkati anda insyaAllah..tetapi di dalam beragama perlu mengikut nas dan kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak, hadis dan Quran...ingat apabila Rasullullah bersabda bahawa "sesiapa yang membuat suatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan tersebut". Dan ingat seperti apa yang dikatakan oleh Imam Syafie di dalam Ar-Risalah bahawa "Bersangka baik (terhadap sesuatu perkara yang direka-reka di dalam beribadat) sesungguhnya telah mencipta satu syariat dan sesiapa yang telah emncipta syariat maka ia kafir (sila rujuk dalam Al-risalah)
yang peristiwa penting tu, saya minta andai ada nas serta hadis yang shahih berkenaan dengannya sebab sepanjang pembelajaran saya hadis yang diutarakan tersebut merupakan hadis maudhu yang mana penyakitnya adalah daripada Musa bin Abdur-Rahman kerana dia adalahs eorang pembuat Hadith. Demikian yang dikatakan oleh Ibnu Iraq. Kata Az-Zahabi: Musa ini ialah Musa bin Abdur-Rahman ath_thaqafi Ash-Shan'ani yang menurut Ibn Hibban adalah seorang dajal(penipu) yang membuat sebuah kitab tafsir yang dimaudhukan ke atas Ibnu Juraij dari Atha dari Ibn Abbas r.a dan dalam sanadnya pula terdapat Muqatil bin Sulaiman Al-Balkhi yang terkenal pembohong dan pembuat hadis.
Al-Imam An-Nasai berkata : "Para pembohong yang masyhur membuat hadith ialah empat orang iaitu : Ibnu Abi Yahya di Madinah, Al-Waqidi di baghdad, Muqatil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Sa'id Almashlub di Syam.
Kebanyakan para Ulama dan imam Hadith menghukum orang yang meriwayatjan Hadith Maudhu tanpa memberitahu akan maudhunya dan tidak memberi amaran keras kepada manusia menegnai hadith maudhu ini dengan hukuman ta'zir yang keras.
Rasululullah bersabda seperti yang diriwayatkan di dalam Hadis Muslim iaitu: Barangsiapa yang meriwayatkan sebuah hadith dariku yang dipandang sebagai dusta, maka termasuklah ia sebagai salah seorang pembohong,
semua ini boleh dirujuk di dalam kitab HImpunan Hadith Dhaif dan Maudhu oleh Drs Abd. Ghani Azmi bin Hj Idris
saya hanyalah hamba Allah yang sama-sama mencari kebenaran di atas jalan yang haq insyaAllah..moga-moga kita sebagai muslim dapat saling ingat-mengingati diantara satu sama lain.MOga Allah berkati anda amin..
wassalam
~salafi~
Salam Tanpa Nama,
BalasPadamAlhamdulillah, anda lebih arif beribu kali dari mama yg kerdil ini...
saya cuma menerangkan apa yang saya tahu dan pelajari agar sama2 dapat dijadikan panduan dan pedoman..tiada niat di hati untuk meninggi diri masyaAllah..saya sekadar menyampaikan dan hidayah itu urusan Allah..addinunnasihat..
BalasPadam~salafi~