17 Disember 2009

Dimadu & Bermadu!.....

Assalamualaikum.....
Sanggupkah Anda Dimadu atau Bermadu?

Lewat tengahari tadi ketika sedang memasak bersama suami, entah bagaimana timbul perbualan tentang poligami. Entah bagaimana mula perbualannya tiba2 entah mengapa mulut saya lancar bertanya betul ke abang nak kahwin lagi? Seperti selalu suami saya akan menjawab boleh juga. ( kadang2 saya sampai tak tahu bila mana serius, bila mana hanya gurauan dari suami saya tentang dia nak kahwin lagi ni…).

Tiba2 saya katakan pada dia, saya baru kenal seorang kawan dialam maya yang sedang mencari2 calon suami. Saya tanya pada suami, mahu ke? Dia kata boleh…  

Selepas solat zuhur, biasalah cuti2 ni tak ada benda apa nak buat asyik memerap dalam bilik je kami … . Dalam berbual2 suami bertanya lagi tentang teman yang saya tawarkan tadi. Aik! Serius ke ni… Saya tanya semula pada suami, betul ke mahu ni? Saya kata tak sayang Ayang lagi ke? Suami kata sayanglah.. Saya kata dah tu, nak kahwin lagi? Suami kata nak bagi kawan kat Ayang….. bagi Abang kenal2 dulu, sambil ketawa…

Saya kadang2, ada ketikanya memang mahu mencari ‘adik’ buat teman saya memikul tanggungjawab dalam rumahtangga. Bila membaca kisah wanita2 yang bahagia kerana berpoligami saya kadang2 rasa teruja. Bahagianya mereka kerana memikul tanggungjawab dalam rumahtangga bersama2. Ada masa untuk diri sendiri bila giliran suami bersama isteri2 lain.

Tapi bila memikirkan huru haranya sebilangan orang yang berpoligami saya jadi takut pula. Bagaimana jika selepas mendapat cinta baru, isteri baru, saya & anak2 dilupakan suami? Bagaimana jika cinta baru membutakan, membekukan kasih sayang suami pada saya & anak2? 

Mengapa ya, saya seperti memberi peluang & ruang pada suami untuk cinta baru? Sedangkan hakikatnya saya seorang yang cemburu orangnya. Lebih2 lagi jika mendapat tahu suami punya teman diluar pengetahuan saya, walaupun dialam maya ni. Tapi dalam masa yang sama saya pernah melamar 2 wanita untuk suami, tetapi telah ditolak.

Bila difikirkan, rupanya saya bukan marah, cemburu dengan perempuan lain. Cuma saya hanya marah jika dibelakangi suami. Saya tak mahu cinta baru suami saya tanpa pengetahuan saya. Saya tak mahu suami menduakan saya tanpa saya ketahui. 

Sebab bila saya bersembang dengan sahabat2 yang sedang mencari calon suami, tambahan lagi bila mereka itu sudah agak lewat usianya saya akan rasa kasihan pada mereka. Serta merta ketika itu saya teringatkan suami yang masih ada 3 kuota.

Tetapi bila difikirkan semula, mampukah suami saya berkeluarga lebih dari satu. Dari segi batin mungkin mampu, dari segi material? Kewangan? Sara hidup? Bagaimana?


Mari kita gariskan mengapa para isteri menolak poligami….
 
Kenapa Wanita Enggan Berpoligami? 

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami. 

Kenapa para isteri menolak poligami? 

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat. 

Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa. 

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain. 

Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia. 

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama. Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati. 

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.  

Kesimpulannya: 

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju. 

Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah. Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya. 

Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah. 

Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat. 

Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.
mampukah kasih sayang & cinta 20 tahun kami ini terus dipertahankan dengan kehadiran cinta baru suami?...



7 ulasan:

  1. saya rasanya tak sanggup hidup bermadu, kerana dr pemerhatian saya ramai yg menderita dari yg bahagia..

    BalasPadam
  2. kak..disebabkan saya takde adik beradik perempuan...pernah juga saya terfikir macam akak....kira dapat 'adik' atau 'teman baru' jika ditakdirkan itu berlaku...hmm..boleh pulak saya terfikir macam tu...mungkin sebab belum kahwin lagi..kalau dah kahwen x tau la macam mana...harapaannnya kita terima kehendak ALLAH itu seadannya...siapa tahu ada hikmah sebalik kejadian kan?

    BalasPadam
  3. Salam cik limau manis.
    tiada seorang wanita bernama isteri didalam dunia ni yg benar2 rela dimadukan. Mungkin ramai yg sanggup bermadu, kerana hadir kemudian. Tetapi sbagai wanita yg mengaku beriman, mengaku sayangkan suaminya kita tak dapat mngelak jika itu sudah ditakdirkan olehNya untuk kita.

    Redho menerima takdir adalah ubat yg paling mujarab untuk menenangkan hati&berdoa mohon kekuatan pd Allah adalah senjata yg paling mustajab untuk membina kekuatan hati...

    Akak percaya, hati suami kita cukup untuk membahagi kasih sayang.. setiap isteri2nya mempunyai tempat yg berbeza dihati mereka...

    I'ALLAH, tlg doakan akak kuat, tabah, hati akak tidak dibolak balikkan untuk menerima ketentuan Ilahi...

    BalasPadam
  4. Salam, saya tak faham perangai puan. Takda penyakit cari penyakit. Sifat lelaki memang suka mengatal, tak payahlah nak suruh kahwin lagi atau nak cari calun lain utk suami. Utk apa? Apa faedah yg dapat? Puan tu bukan malaikat...kenapa suka menyuruh suami mencari penganti yg lebih baik? Hakikatnya tiada siapa yang baik... kita semua ada kekurangan.

    Nah...bila suami dah gila dgn perempuan dan berkhawin puan tak blh terima hakikat dimadu. Puan sanggup duduk berasingan sebelum bercerai apa hukumnya? Kerasnya hati puan...tinggalkan anak-anak dibawah jagaan suami. Dlm hukum anda dikira berdosa! Sayu hati saya melihat anak-anak puan yang kecil hidup tanpa ibu disisi! Amat tersentuh jiwa saya semata-mata puan memikirkan cinta yg gagal dipupuk oleh suami puan.

    Bila masih bersama suami puan langsung tak pandai berhias diri...tiada langsung penampilan diri...sedangkan usia masih muda tidak hairan suami puan blh terpikat dgb perempuan lain wpun madu puan lebih tua dari puan. Pelik juga bila bersendirian boleh pulak puan bergaya!

    Puan, ramai wanita hidup dimadu...mereka tidak pernah meminta jauh sekali untuk menyebutnya...ada yang redha kerana kasihkan anak-anak. Untuk adil mmg jauh sekali...tapi kalau suami bertanggungjawab pd anak2 alhamdulillah itulah keutamaan yg kita hendak. Tolaklah pasal kasih sayang. Puan mestilah ingat itulah ujian untuk meningkatkan keimanan kita.

    Untuk apa puan menjela2 menulis ttg perhbangan mesra dimahkamah. Ramai pasangan bercerai dgn baik dan bersahabat.Hakikatnya puan skg kesepian kerana mengikut hati yg keras....Puan jgn terlalu mengharap bekas suami puan menghantar anak puan bila cuti sekolah. Skg suami puan bertanggungjawab sepenuhnya keatas anak puan. Cuma saya bimbang jangan sampai anak puan dingin dan menanya pada puan kenapa ibu tak jaga kami!

    BalasPadam
  5. salam tanpa nama:
    HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI...
    ANDA TAK TAHU APA!!!
    TERIMA KASIH, SEMUANYA SUDAH BERAKHIR...

    BalasPadam
  6. Salam,
    Maaf menyelit sedikit. Saya cuma nak memberitahu kepada wanita yg takut bermadu, kerana kepahaman bahawa jika bermadu isteri pertama akan teraniaya. Bukan semua begitu, ada juga kes poligami, isteri kedua yg banyak menderita dan teraniaya kerana sikap isteri pertama yg tamak haloba, hasad dengki, dan tak pernah puas hati dlm segala hal, dimana si suami sentiasa sedaya upaya ingin menjaga hati yg pertama. Akibatnya, isteri kedua yg byk berendam air mata... Harus ingat kita hanya hamba pda yg Allah yg esa, kita tiada hak mempersoalkan qada & qadar kita. Isteri pertama sering menuduh isteri kedua perampas, tanpa dia sedar, dia juga tidak mampu menentukan masa depan dia sendiri. Kita hanya merancang, Allah juga yg menentukan segala..

    BalasPadam
  7. KASIHSAYANG ADALAH RAHSIA TERSEMBUNYI TIDAK DAPAT DICERNA DALAM BENTUK ILMIAH WALAU SEINDAH MANA SEKALIPUN CURAHAN ILLUSI........

    HANYA YANG BIBIRNYA SENTIASA BASAH DENGAN
    ISTIGHFAR
    SELAWAT
    DAN ZIKIRULLAH........
    YNG DICURAHKAN RAHMATNYA DARI ARAH DAN RUANG YANG TIDK DISANGKA SANGKA........
    YANG NIAAMATNYA
    TIDAK DAPAT DISEBUT DENGAN KATA2....
    PUN DNGAN ISYARAT MATA....
    BAHKAN WALAU DENGAN HATI MEWAJA...

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan