Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, hari ini 11 Disember 2009 genap setahun umur blog Mama Moden. 11 Disember 2008 ianya lahir dalam keadaan yang serba tidak tahu. Namun berkat bantuan insan2 sekeliling akhirnya terhasillah apa yang ada sekarang ini.
Berbagai pengalaman pahit manis, suka duka yang telah Mama Moden lalui sepanjang setahun ini.
Berbagai kata2 pujian, kritikan membina, rasa marah, rasa tidak puas hati pada hasil tulisan kisah suka duka Mama Moden.
Tidak kurang juga ada yang turut sama menangis ketika kisah duka Mama Moden paparkan. Malah ada juga yang turut sama merasai rasa bahagia & gembira ketika kisah suka Mama Moden catatkan.
Orang kata apalah yang ada pada sebuah nukilan seorang bloggers seperti Mama Moden yang hanya menyandang status seorang surirumah.
Setiap kita punya cerita masing2. Punya kisah & kenangan yang tersendiri. Kehadiran pengunjung ke laman Mama Moden amat dialu2kan, tetapi jika apa yang dicari tidak dijumpai dilaman ini, saya tidak kisah & tidak berkecil hati jika anda beralih ke blog lain yang lebih berpendidikan & lebih seronok untuk dibaca.
Inilah wajah blog Mama Moden setahun yang lalu. Rasanya memang banyak kekurangan pada blog ini berbanding blog2 yang lain. Tetapi saya bangga dengan kewujudan blog kesayangan saya ini.
Dengan keadaan saya yang amat kekurangan ini, saya cukup puas hati dengan hasil kerja saya. Biarlah apapun anggapan orang tetapi saya bersyukur kerana telah diberi peluang & kesempatan untuk mempunyai sebuah laman yang boleh saya lahirkan perasaan hati saya.
Walaupun tidak semuanya saya postkan untuk tatapan, sekurang2nya dengan menulis disini saya dapat melapangkan sedikit apa yang terbuku dihati walaupun hanya untuk didrafkan.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi melawati blog Mama Moden ini. ALhamdulillah, ramai pengunjung2 yang telah saya iktiraf sebagai sahabat dialam maya. Walaupun mereka hanya sahabat2 walau dialam maya, adalah diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita ini akan diberkati.
Maaflah jika terdapat apa2 yang mengguris hati & perasaan. Maaf jika ada catatan di blog Mama Moden ini mengganggu ketenteraman hati & perasaan sesiapa. Maaf juga andai Mama Moden terlupa menyapa, berkunjung balas ke blog kalian tanpa disedari. Maaf juga andai Mama Moden terlewat mengucapkan terima kasih atas kunjungan kalian.
Untuk kesekian kalinya ucapan terima kasih buat Suami tercinta kerana sudi mengizinkan Mama Moden berkarya disini dalam suka mahupun duka. Terima kasih juga buat anak2 tersayang kerana memahami kekurangan Mama Moden yang mungkin juga mereka inilah yang antara menjadi pengunjung Mama Moden.
Semoga blog Mama Moden kesayangan saya ini akan terus bernafas jika terus diberi ruang & kesempatan, I'ALLAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.
Silalah Tinggalkan Komentar Anda.
Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan