New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

11 November 2009

Umar Ibnu Khatab, Harimau Takut Isteri?

Assalamualaikum.....

Umar Ibnu Khatab terkenal dikalangan kaum Quraisy, seorang lelaki yang sangat garang sehingga beliau digelar sebagai harimau. Menurut ceritanya, Umar bukan sahaja ditakuti oleh manusia, malah beliau juga ditakuti oleh kalangan jin & syaitan.

Bagaimanapun disebalik garangnya Umar, beliau memiliki jiwa yang halus, lembut dan amat prihatin terhadap orang lain. 

Semasa menjadi Khalifah, Umar sangat mengambil berat terhadap rakyat dibawah pemerintahannya sehingga sanggup mencekang mata dengan menyamar diri meninjau kehidupan rakyat.

Seorang lelaki pernah menuduh Umar sebagai lelaki yang takutkan isteri, kerana dia mendengar Umar dimarah dan dileter oleh isterinya, namun Umar hanya membisu seribu bahasa.

Kisah ini terjadi, ketika lelaki itu ingin mendapatkan nasihat Umar mengenai masalah dirinya yang selalu dileteri isteri. Sebaliknya dia mendengar sendiri isteri Umar sendiri meleteri Umar.

Lelaki itu telah datang kerumah Umar pada suatu hari untuk mengadu halnya yang selalu dimarahi isterinya & bermacam lagi kejahatan isterinya yang menyakitkan hatinya. Apabila tiba dirumah Umar, diapun berhenti dimuka pintu sambil menunggu Umar keluar. 

Maka terdengarlah olehnya leteran isteri Umar memarahinya dengan perkataan yang menyakitkan hati. Sedangkan Umar diam saja, tidak menjawab perkataan isterinya itu walaupun sepatah.

Lelaki itu berpaling dengan niat mahu pergi dari rumah Umar sambil berkata " sedangkan seorang Amirul Mukminin pun dileteri isterinya, betapa pula halnya aku".

Ketika dia mahu melangkah pergi  Umar tiba2 keluar dari rumahnya dan memanggil lelaki tadi sambil bertanya " mengapa engkau mahu pergi? Bukankah kau datang kerana mahu berjumpa aku. Apa sebenarnya hajatmu?"

Jawab lelaki itu, " wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya aku datang ingin mengadukan hal diriku atas kejahatan perangai isteriku yang suka berleter & memarahiku dengan perkataan yang menyakitkan hati. "

" Tetapi setelah mendengar isterimu juga tidak kurang hebatnya dengan perangai isteriku, maka aku bercadang hendak pulang. Kalau sudah Amirul Mukminin sendiri berhadapan dengan isteri yang demikian, betapa pula halnya aku ".

Maka berkatalah Umar " Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku berdiam diri dengan leteran isteriku kerana beberapa hak baginya diatasku. Dia memasakkan makanan bagiku, membakarkan roti buatku, membasuhkan pakaianku, melahir & memberi susu kepada anak2ku. Padahal semuanya itu adalah wajib keatas ku dan tidak wajib keatasnya. Lagipun dia menetapkan hatiku dengannya daripada mengerjakan yang haram dan dia sanggup menanggungnya ".

Berkata pula lelaki itu " Hai Amirul Mukminin, sebenarnya begitu jugalah halnya dengan isteriku ".

" Kalau begitu kata Umar, tanggunglah olehmu akan dia. Bahawa sesungguhnya dia mempunyai masa yang amat sedikit ".

Maksudnya isteri lelaki itu terlalu sibuk menguruskan pekerjaannya sehingga tidak mempunyai waktu yang banyak untuk dirinya sendiri. Kerana itu dia menjadi begitu penat dan marah2.

Setelah mendengar keterangan Umar, insaflah lelaki itu bahawa Umar bukanlah lelaki yang takutkan isteri, sebaliknya Umar merasa terhutang budi kepada isterinya yang berpenat lelah menguruskan rumahtangga dan anak2 disamping melayan suami zahir &  batin.

Umar juga menyedari hakikat bahawa sebagai suami, tanggungjawabnya amat berat. Segala apa yang dilakukan isteri, penat lelahnya menguruskan rumahtangga, memasak, membasuh malah  menyusukan anak sendiri bukanlah kewajipan isteri, sebaliknya kewajipan suami yang dipikulkan kepada isteri sebagai satu tanggungjawab mentaati suami.

Isteri hanya wajib melayan suami agar suami tidak melakukan perbuatan yang haram. Lelaki itupun pulang kerumahnya dan berazam untuk memperbaiki hubungan dengan isterinya. 

Amat hebat insan bernama Umar ini. Walau begitu garang memerintah rakyatnya, tetapi Umar begitu bersikap baik dengan isterinya walaupun isterinya begitu garang meleterinya.

Betapa kerat suami zaman sekarang yang bersikap begitu. Dahlah semua keperluan perlu disediakan dihadapan mata. Makan berhidang, setiap suapan makanan kemulut perlu ditemani, kain baju perlu disedia & digosok penuh almari, malah layanan ditempat tidur wajib walau dalam keadaan apapun siisteri.

Tetapi bagaimana pula layanan mereka pada isteri. Luahan & keluhan isteri dilayan hendak tak hendak, sedikit kesilapan & kesalahan isteri diperbesar2kan. Marah bila kerja2 rutin isteri tidak dapat disiapkan mengikut waktu, tapi bila datang bab layanan ditempat tidur mula guna hukum agama.

Mula keluar fatwa " isteri perlu layan suami walaupun ketika berada dibelakang unta" . Mula keluar hukum " isteri dilaknat malaikat sepanjang malam jika tidak melayan kehendak suami ditempat tidur ".

Sedangkan baru sebentar isteri disakiti dengan perkataan & perbuatan, rajuk isteri belum dipujuk sudah minta dilayan. Mula guna hukum hakam bila kesilapan dilakukan pihak isteri. Mula guna sunah Nabi bila keperluan berpoligami tidak dipenuhi.

Tetapi hal2 kebaikan Nabi & Para Sahabat yang lain, menjahit baju&kasut sendiri, berlemah lembut dengan isteri ditolak ketepi. Kenapa tidak mengambil semua kebaikan Nabi & Para Sahabat sebagai panduan. 

Wahai para suami, sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Jangan mengharapkan isteri seperti Saiyidatina Fatimah RA....kalau peribadi belum lagi seperti Saiyidina Ali RA.

Tak perlu mencari teman secantik Balqis.....andai  diri tak sehebat Sulaiman.

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusoof.....jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibarahim....andai  diri tak sekuat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak  sesempurna Rasulullah SAW.

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai satu keunikan, carilah kebaikan pada dirinya lebih banyak dari keburukannya yang sedikit. Dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu.

 

2 ulasan:

hentian berkata...

Untuk jadi sehebat Umar, bukan sedikit didikan jiwa yang perlu kita selami....

Tanpa Nama berkata...

lichtenstein belkin brygge equivalently streamlined carriers restaurants deeply unfulfilled dhanwantri treasuries
semelokertes marchimundui