New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

29 November 2009

Uban oh! Uban.....

Assalamualaikum.....
Uban adalah gejala yang sering muncul pada orang yang sudah lanjut usia. Uban sering kali dikaitkan dengan datangnya usia lanjut bagi manusia. Pada saat ini, uban tidak hanya menjadi identiti kita sudah lanjut usia belaka, namun walau mudapun sudah banyak yang didera oleh uban ini. 


Munculnya rambut putih merupakan gejala adanya gangguan kekurangan protein. Sistem sel rambut tidak mampu lagi menghasilkan protein sehingga rambut menjadi kehilangan warna. Bila uban sudah muncul di rambut, terkadang tangan terasa gatal ingin mencabutinya. Padahal cara ini semakin membawa kesan buruk. Jika uban dicabut, hal itu akan merusak pori-pori rambut serta mengganggu saraf akar rambut.

Proses terjadinya uban seringkali dihubungkan dengan bertambahnya usia. Namun ada juga penyebab lain yang boleh mendorong munculnya uban walau usia masih muda. Faktor genetik merupakan faktor penyebab yang cukup kuat. Jika ayah atau ibu kita sudah beruban ketika menginjak usia 30-an, maka kemungkinan besar kita pun akan mengalami hal yang sama.

Baru2 ini ketika menyelak2 helaian rambut saya, saya juga melihat sudah ada 5, 6 helai uban yang menumpang menginap dikepala saya. Rasa teruja pula melihat ubat2 yang meliak lintuk dihelaian rambut saya. Selalu juga saya membelek2nya. Dalam hati berkata2, adakah saya semakin tua!

Namun ada juga yang risau dengan uban dikepala ini, hingga menggunakan segala macam krim, ubat bagi memutihkan semula uban menjadi hitam. Sebelum hitam sudah tentulah uban itu akan menjadi merah dahulu. Ada juga yang mencabut uban2 tadi. Adakah mereka yang bersikap begini takut pada hakikat yang umur semakin tua? 

Yang mana, sepatutnya bila uban sudah memutih dikepala, kita seharusnya membanyakkan amal ibadat, buang perangai2 yang buruk yang seringkali dilakukan berulang2, lebih prihatin pada suasana sekeliling, bukannya asyik memikirkan uban putih dikepala dengan menghitamkan semula uban tersebut dengan alas an supaya nampak lebih muda & bergaya.


Berikut saya ingin kongsikan kata bicara Dr H.M Tuah Iskandar berkaitan uban dikepala.

Uban yang Membahagiakan
 
Selagi usia belum sampai ke penamat, turun naik kehidupan akan tetap berlaku. Beberapa tahun dulu sudah berada di puncak, sekarang jatuh balik; sekejap dulu rasa macam sudah berjaya, sekarang rasa macam terjelepuk pula. 

Usah hairan, hidup memang macam tu. 

Selagi nafas masih ditarik dan dikeluarkan, turun naik kehidupan tetap mengambil tempat. Tidak ada orang yang sudah berada di puncak akan terus di situ selama-lamanya, ada ketikanya dia akan berada di bawah. Sama ada dia mahu mengakuinya ataupun tidak, pada ketika-ketika tertentu memang kehidupan akan memutarkan rodanya. Kalau ada orang berkata, “Tidak, saya tak pernah jatuh. Saya sudah memiliki segalanya sekarang. Harta saya banyak, pangkat saya besar. Saya tak mungkin ke bawah.” 

Tanyalah orang itu, apakah dia tidak pernah berasa seperti tidak dipedulikan? Ketika pergi ke pusat-pusat pentadbiran masih terpaksa beratur panjang meskipun dulunya boleh pintas sesiapa saja. Tatkala sedang memandu tiba-tiba sebuah kereta buruk memotong secara berbahaya lalu terpaksa membrek. 

Apakah ketika itu tidak terasa seperti diperkecil-kecilkan? Ketika berada di satu majlis, lantaran orang sudah tidak begitu kenal, lalu dibiarkan bersendirian. Ketika anak-anak telah dewasa lalu berpindah, orang gaji pula tiba-tiba sakit, terpaksalah menyediakan minuman pagi sendiri padahal selama ini benar-benar tuan besar. Kalau pun dia seorang yang sangat agung, sedari kecil hinggalah dewasa memiliki segala-galanya hingga tidak mungkin nyamuk pun hinggap, tatkala di Makkah apakah masih boleh berasa seperti itu? 

Katalah dengan kuasa dan hartanya dia boleh meletakkan dirinya ke tempat paling istimewa, tatkala melakukan tawaf dan melihat Kaabah apakah merasakan dirinya masih di atas? Nah, itu bukti menunjukkan putaran hidup sentiasa berlaku. 

Usah degil untuk tidak mahu mengakui usia yang semakin pendek. Usah hirau dengan uban yang semakin banyak. Usah terlalu ego asyik hendak bercerita tentang kejayaan masa muda sedangkan hari tua amalan semakin sedikit. Maklum, kekuatan sudah pudar, kesihatan juga hambar. Memang uban tidak boleh disinonimkan dengan ketuaan sebab bukankah pada usia 30-an sehelai dua uban mula mencelah-celah di sana sini? 

Kehidupan masakini menyebabkan stres lebih kerap berlaku, maka ini salah satu punca uban terjadi pada usia muda. Warna rambut juga berhubung dengan melanin, iaitu pigmen pewarna yang terhasil oleh sel melanosit di bawah akar rambut. Melanosit inilah yang menentukan apakah rambut seseorang itu berwarna coklat, emas ataupun hitam. 

Bagaimanapun, secara alamiah, uban akan tumbuh apabila usia mencecah 50 tahun ke atas kerana pada usia begini aktiviti dan kapasiti sel-sel tubuh menurun. Ketika itu terjadi, aktiviti sel melanosis ikut menurun dan pada satu tahap akan pencen terus. 

Ketika ia pencen, rambut yang asalnya hitam berkilat menjadi ‘salji’ seluruhnya. Tumbuhnya uban ibarat turunnya putaran roda. Ia dikatakan isyarat ghaib terhadap usia yang mungkin semakin pendek. Nisbahkan pada kehidupan dunia, ia ibarat juruingat dan jurunasihat bahawa setiap detik adalah usia dan apa yang dilakukan dalam usia – turun dan naik, turun dan naik. Sekurang-kurangnya ada dua perkara penting untuk diberi perhatian pada keadaan seperti ini: 

1. Semak diri dan tanya hati; siapa aku, hendak ke mana aku, di mana aku, apa yang boleh aku lakukan untuk ‘besok’. 

2. Kenang-kenang masa yang telah dilalui dan berbahagia serta berbanggalah dengan semua pencapaian serta kongsikan dengan orang lain mana-mana yang boleh. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “ALLAH berfirman, Demi kemuliaan-KU dan kebesaran-KU tidak akan AKU himpun pada hamba-KU dua kali takut dan dua kali aman. Jika dia takut kepada-KU di dunia AKU beri aman di Hari Kiamat dan jika dia berasa aman dari-KU di dunia AKU takutkan dia di akhirat (hari Kiamat).  Riwayat Ibn Hibban 

Jika uban telah datang tetapi sejarah silam hanyalah hitam atau putih yang rasanya tidak pernah kelam walau sekali, uban hari ini adalah detik mula untuk muhasabah diri. Meniti usia berbaki bukan mesti miskin bakti dan kecil wawasan. Selagi usia masih ada ia perlu digembeleng untuk kecemerlangan. 

-DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj- 



4 ulasan:

maiyah berkata...

umr sy 38 tapi uban dah penuh huhuu

Shifu67 berkata...

cakap je, uban tu cahaya iman.... hehehe

MaMa MoDeN berkata...

Salam pn maiyah,
takpe, tak ada masalah pun uban ni, mama cukup pelik pada orang yg takut bila uban memutih. takut tua! terimalah hakikat yg kita memang semakin tua..

MaMa MoDeN berkata...

Salam cikgu shifu,
baguslah kalau ada yg bfikiran begitu.. masalahnya ada yg tak boleh terima uban tu tanda kematangan, tanda usia semakin lanjut untuk kita muhasabah diri menuju kearah yg lebih baik...

bukannya masa untuk cuba memutihkan rambut yg sudah mula memutih...

boleh terima ke alasan putihkan rambut untuk nampak kacak, bgaya, handsome dimata isteri atau untuk nampak cantik, bgaya & lebih muda dimata suami...

sedangkan suami atau isteri tak kisah pun ngan uban dikepala masing2...

kot2 guna untuk pikat hati org lain....