Assalamualaikum…..
Jom kita kongsi artikel ini…
Artikel ini saya masukkan selepas saya membacanya dalam blog Laman Seri Maya Persada atas tajuk Lelaki Melayu 'Layu'?
Secara peribadi, saya sangat setuju, lelaki Melayu banyak kekurangannya.
Antara yang boleh disenaraikan di sini :
Kurang bertanggungjawab (tidak memenuhi nafkah zahir dan batin)
Kurang pengetahuan ilmu dunia dan akhirat (adeh… macamana nak jadi pemimpin nih?!)
Kurang romatik atau gentleman
Tidak bersifat penyayang
Tidak sabar
Kurang pandai melayan / mengambil hati / memujuk pasangan
Berlagak pandai walhal bodoh dan sombong pulak tu
Lebih pandai mengambil kesempatan (take things for granted)
Amat sukar meluahkan perasaan kasih (especially pada isteri, tetapi tidak pada temanita / matair)
Kurang berpegang teguh pada kata-katanya (cakap tak serupa bikin)
Lebih suka mungkir janji (ciri-ciri munafik ni weh!)
Kurang memberi sokongan pada pasangan
Kurang pendengaran/pemahaman (masuk telinga kiri keluar telinga kanan)
Kurang prihatin
Lebih cemburu
Lebih EGO
Panas baran atau tidak mampu menahan marah
Cepat kalut
Cerewet
Tidak jujur
Berat ‘pungkok’ a.k.a. takut reput tulang
Tidak mempunyai matlamat/fokus hidup
Lebih suka membuang masa melepak
Lebih suka buang duit beli rokok, aksesori kereta / motor dan lain-lain
Tidak kreatif atau bermasalah dalam komunikasi seperti suka berahsia, sukar berkongsi masalah atau sukar dibawa berbincang
Tidak tahu menabung atau tiada perancangan kewangan yang kukuh (parah nih!)
Waaahhh… jika lihat senarai, banyak betul kekurangan lelaki Melayu ini, ya! Maka, memang wajarlah kenyataan lelaki Melayu ini, ‘layu’. No hard feeling kepada pembaca lelaki, khususnya lelaki Melayu.
Jika ada dalam senarai di atas yang terkena batang hidung sendiri, ambil iktibar dan betulkan sikap kalian. Akuilah hakikat bahawa tiada manusia yang sempurna, jadi ambillah peluang perbetulkan diri dan naikkan saham lelaki Melayu.
Bukankah lelaki Melayu pantang dicabar? Anggaplah check list di atas satu cabaran untuk kalian meng‘up-grade’kan kualiti diri dan berubah menjadi seorang individu yang lebih dihormati.
Nampak sangat seolah-olah saya ni berat sebelah, tapi jangan salah faham. Sebenarnya, setiap individu ditetapkan oleh kebiasaan mereka yang unik dan tidak boleh dipencilkan secara khusus atau dipisah-pisahkan mengikut bangsa atau kewarga-negaraan. Jika sudah perangai seperti syaitan, tidak kira Melayu atau apa bangsa pun, macam itulah perangainya. Jika kita boleh buat senarai yang negatif tentang lelaki Melayu, tentu kita boleh buat senarai yang positif tentang mereka pula. Memang tidak kurang hebatnya kaum lelaki berbangsa Melayu, dan kehebatannya terpulang kepada individu yang benar-benar mahu memahami dan mencari kehebatan lelaki Melayu.
Saya amat bersimpati terhadap sebilangan wanita yang memandang rendah terhadap kaum lelaki Melayu sehingga memilih jejaka berbangsa asing sebagai pasangan hidup. Malah, ada yang mencebik, “Aaah, lelaki Melayu, apa yang ada pada mereka?”
Amat menyedihkan, apabila wanita Melayu itu akhirnya hampa dengan lelaki asing yang disangkakan lebih baik daripada lelaki Melayu. Namun, amatlah tidak adil jika kita membuat kesimpulan hanya wanita-wanita ini perlu disalahkan kerana tersalah buat pilihan, tetapi kaum lelaki umumnya, tidak kira apa bangsanya, sepatutnya turut dipersalahkan. Masih ramai yang mengahwini lelaki asing dan hidup bahagia, tidak kurang juga yang bernikah dengan lelaki Melayu menemui neraka dunia.
Mengapa masyarakat, khususnya Melayu begitu mudah menunding jari ke arah kaum wanita sahaja apabila terdapat permasalahan dalam rumahtangga? Jika pasangan lelaki tidak melaksanakan tanggungjawab, gagal pula melindungi keluarga dan tidak dapat memberikan kebahagiaan, selalunya si isteri juga yang dipersalahkan kerana dikatakan “dia sendiri yang telah membuat pilihan itu”. Bukankah ini satu sikap negatif dan tidak akan mengubah atau membaiki keadaan sesiapa pun?
Seharusnya, lelaki Melayu (dalam perlembagaan negara, Melayu itu Islam) sebagai ketua keluarga yang mempunyai kedudukan lebih mulia dan tinggi daripada wanita, sepatutnya kaum lelaki lebih peka dalam hal-hal yang membimbing isteri (dan anak-anak) ke arah kebahagiaan. Ini amat jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.” (Surah an-Nisaa’, ayat 34). Perhatikan perkataan yang sengaja saya ‘bold’kan.
Persoalan penting yang patut difokuskan dalam artikel asal ialah, apakah ciri-ciri yang ada pada lelaki Melayu yang seharusnya dijadikan idaman setiap wanita Melayu? Saya percaya, setiap lelaki mengimpikan untuk menjadi suami idaman bagi seorang isteri. Namun, untuk menjadi suami idaman bukanlah semudah yang disangkakan. Seorang suami perlu memenuhi beberapa kriteria untuk melayakkan dia menyandang status suami idaman.
Berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan :
Patuhi semua hak Allah SWT, berusahalah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah.
Melakukan solat berjemaah di masjid / surau atau bersama keluarga.
Bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
Menepati setiap janji yang dibuat.
Berusaha menambah ilmu yang ada dan mewujudkan suasana belajar di dalam rumah.
Sentiasa memainkan peranan sebagai suami – ketua keluarga, sahabat, penasihat, kekasih, pendengar, pendidik.
Memanggil isteri dengan panggilan manja yang disukainya.
Memberi hadiah pada hari-hari istimewa buat isteri.
Memahami karenah isteri dan banyak bersabar.
Memahami kehendak dan pengharapan isteri tanpa perlu disebut-sebut oleh isteri (lu pikirlah sendiri...)
Bergurau senda dengan isteri.
Sentiasa berhubung dengan isteri tanpa mengira tempat dan masa.
Mendidik isteri secara berhikmah dan penuh kasih sayang.
Memaafkan isteri dan orang lain setiap malam sebelum tidur.
Mendoakan isteri setiap masa.
Melakukan kerja-kerja rumahtangga bagi membantu meringankan beban isteri, tetapi tidak menjadi suami yang di‘queen-controlled’.
Memandang isteri dengan lemah lembut, senyuman dan kata-kata yang manis.
Sentiasa mengamalkan makan bersama isteri apabila ada kesempatan.
Melakukan riadah bersama isteri dan sekali-sekala mandi bersama.
Sentiasa memberi kata-kata positif sebagai perangsang kepada isteri
Menjauhi perbuatan bertegang leher dengan isteri, sebaliknya mengalahlah bagi perkara yang harus.
Menjadikan al-Quran sebagai teman dan mengajak isteri untuk bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran
Segala masalah yang brelaku dalam rumahtangga diselesaikan secara bersama.
Mengadu kepada Allah dalam menghadapi masalah, ketakutan dan kesakitan.
Sentiasa mengamalkan solat sunat Dhuha.
Menjauhi perasaan buruk sangka terhadap isteri kerana sangkaan itu satu doa.
Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan.
Bergaul dengan orang yang baik-baik dan berilmu.
Sentiasa melakukan taubat, istighfar, bersedekah, meminta maaf dan memaafkan orang lain.
Mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa. Dosa kecil yang diulang-ulang (berterusan melakukannya) akan manjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
Tidak membenarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga.
Malangnya, hari ini kita dapat lihat, kebanyakkan lelaki Melayu muslim menganggap posisi mereka sebagai satu tuntutan hak, bersikap terlalu ego dan pantang pula ditegur.
Kaum lelaki Melayu muslim hendaklah lebih peka dengan sunnah junjungan kita, Rasulullah SAW yang amat lemah-lembut dan lebih romantis. Sebaliknya lelaki asing lebih mendahului dan menerapkan sifat lemah lembut dan romantis Rasulullah SAW dalam melayan pasangan mereka dan inilah yang menarik perhatian wanita Melayu mendampingi mereka.
Jika lelaki Melayu muslim benar-benar beriman dan mahu mengikut jejak Rasulullah, sudah pasti wanita Melayu tergila-gilakan lelaki Melayu juga dan sudah tentulah rumahtangga aman bahagia, dapat mengecap kebahagiaan dunia dan akhirat, insya Allah!
Renung-renungkan!
2 ulasan:
Salam June..
Artikel yang sangat baik utk di war2kan kepada lelaki melayu agar lebih bersikap gentleman...lihatlah pada mat-mat dan minah2 salleh..mereka mengkaji al-quran tetapi tidak mengiktiraf islam sebagai agama mereka tapi mereka banyak mempraktikkan amalan2 yg diajarkan oleh islam didalam perhubungan kekeluargaan..perhatikan saja pada pasangan suami isteri mereka yang kalau hendak kemana2 saling berciuman mulut atau pipi dan akan sering mengungkapkan honey/dear dan I LOVE U..sebelum pergi kerja atau keluar kemana-mana dan tidak malu pula menunjukkan kasih sayang itu dihadapan keluarga dan orangramai..tak macam kita sebelum berkahwin tak malu utk berpimpinan tangan..dah kawin pulak terbalik..seorang didepan seorang dibelakang...
saya sampai sekarang berpimpin tangan tapi...... dalam rumah je.
Catat Ulasan