New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

15 November 2009

Jamuan Akhir Tahun

Assalamualaikum.....

Jika pagi tadi saya ke sekolah merai Hari Anugerah, tengaharinya pula saya sekeluarga diajak suami ke Majlis Jamuan Akhir Tahun SKTT di Hotel Evergreen, Gurney.

Jamuan bermula jam 12 - 3 petang. Cadangnya saya, Kak Teh, Kak Cik, Kakak & Nin jer yang ikut tapi sebab Kak Uda pun balik dari asrama minggu ni, dia pun ikut sama. Baba kena keluar bajet tambahanlah  untuk Kak Uda. Saya risau juga, dahlah dok mengira hari je ni. Dari haritu, masa baba ajak p, saya kata kalau tak ada duit tak payah p lah, abang je p. Tapi suami saya kata jomlah p semua, bukan selalu makan di hotel. 

Selalu memang macamtu, setiap kali ada jamuan jarang suami tak bawa kami ikut serta. Dia kata tak tergamak, dia makan sedap2 tapi isteri & anak dok dirumah. Kalau ada peluang & kesempatan memang kami ikut serta. Pernah masa group sepak takraw buat BBQ, kami ingat majlis bersama keluarga rupa2nya kami je yang hadir sekeluarga. Mulanya saya & anak2 dara saya malu2 nak join tapi sebab geng2 sepak takraw tu sempoi2 kami pun kuranglah sikit rasa malu tu. Terima kasih bang...

Punya tahan perut dari pagi tak makan apa. Disekolah pagi tadi pun saya hanya minum teh 0 & kuih sebiji. Rugi lah kalau tak makan sungguh2, RM40 satu kepala tu! Tapi saya, Kak Uda & Kak Teh je kena cas. Baba, Kak Cik, Kakak & Nin free.

Betul2 jadi macam kucing, meratah lauk je. Nasi sebiji pun tak masuk. Kakak & Nin pulun makan aiskrim.

Makanan bolehla tahan, tapi menurut Cikgu Mieja yang agak kerap makan di sana, makanan pada hari khamis lebih sedap. Mungkin tukang masak lain2 kot.

Apapun peluang sekali sekala makan di hotel tidak saya lepas. Lagipun biar berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Jom Layan Gambar.....














8 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

nampak menyelerakan....

MaMa MoDeN berkata...

salan zool,
memang menyelerakan, tapi zool tak boleh makan sembarangan lagi. baru operate, kena pantang sikit makan ok, biar cepat sembuh...

Guru berkata...

assalammualaikum

tengok aiskrim tu kecur air liur...

MaMa MoDeN berkata...

salam cikgu kl,
yum yum yum...
memang sedap cikgu, bermacam rasa & jenis perhiasan yg kita boleh boh... anak2 mama berulangkali ambik makan, mana taknya nampak aiskrim satu tong depan mata... pilih jer nak yg mana..

p/s: mama naik brapa kilo smalam tak tahulah!....

abu muaz berkata...

makan, makanlah sepuas-puasnya.Tapi hati-hati ...... kita di Terengganu dah diserang TAUN.

MaMa MoDeN berkata...

salam abu muaz,
yer saya risau juga anak saya masih disana.

saya doakan rakyat trengganu dilindungi dr musibah.

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Amboi, loving sungguh cikgu ya. Tak pernah makan di Evergreen Hotel. Besar sungguh udang goreng tepung tu. Ke udang tempura?

MaMa MoDeN berkata...

Salam PUPP,
Alhamdulillah smoga terus mengecap bahgia kurniaan Allah ni, sementara ada.

Memang besar udang tu. Goreng tepung tp udag tempura lah tu.. mama teruja ada otak2 tu tp syg tak sesedap johor punya otak2..