New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

15 November 2009

Pengat Mee Siput

Assalamualaikum.....

Masa suami saya singgah di Kampung saya tempohari, saya minta dia belikan mee siput Johor. Dah lama tak makan, teringin pula.

Mee Siput Johor ni lain dari yang ada kat Penang ni. Lain bentuk & lain juga rasanya. Lebih dikenali dengan nama mee sanggul.  Selalunya saya suka goreng saja, makan dengan sambal kicap. 

Tapi saya teringin nak buat pengat, atau orang utara panggil serawa. Buat pengat macam Mak saya selalu buat di bulan puasa dulu2. Saya rasa dulu tiap2 hari Mak saya buat dibulan puasa. Sekarang dah 20 tahun saya tak makan pengat mee siput ni.

Saya buat pengat mee siput campur dengan pisang sikit. Masukkan sagu biji. Boleh tahan juga sedapnya. 

Masa tanya Atam saya aritu, camna nak lembutkan mee siput ni sebelum dimasak pengat, Atam kata kalau buat kirim sikit kat dia. Hah! Atam, ni Mama Jun dah post kat blog ni... Ambil lah ye... :)

pengat mee siput 

mee siput goreng

yang ni mee siput utara, lebih dikenali sebagai mee sanggul

12 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Salam, saya org utara, tapi tak reti makan me tuh..agak nya pasal arwah mak tak pernah buat..

maiyah berkata...

mee siput nmpak sdp tp takpernah mkn :)

Panglima Hitam berkata...

ermmmmmmmmmmmm....
cam sedap ja mama, bila leh nak rasa neh?..hehe,baba sehat?

MaMa MoDeN berkata...

salam untie & pn maiyah,
memang jarang org tahu tentang makanan ni. Tak famous sangat.. tapi mama pasti sekali cuba mesti nak lagi. :)

MaMa MoDeN berkata...

Salam helmi,
memang sedap pun. Alah nak ajak helmi mai umah mama jamu menu ni pun, stok dah habis. Kena dapatkan dulu dr kampung baru boleh buat lagi. Nantilah yer, lain kali mama buat mama ajak helmi mai makan.. :)

baba Alhamdulillah, sihat2 je..

abu muaz berkata...

Salam mama. resepinya mana?

MaMa MoDeN berkata...

salam abu muaz,
mee siput ni ada ke di trengganu?

mee siput 5 keping
pisang 5 biji
sagu biji segenggam
santan 1 kotak
gula merah & gula pasir secukup rasa

mee siput direndam dengan air panas smpai lembut. Masak gula smpai hancur, kemudian masukkan mee, pisang, santan, akhir sekali sagu biji...

p/s: ni resepi mama lah, mungkin org lain, lain cara masaknya..

selamat mencuba

abu muaz berkata...

Mama. Thanks. Mee siput ni kat mydin mall ada kut....

athirah hanafiah berkata...

salam mama..
tak tau pulak mee siput tu boleh buat masak pengat. kalau goreng tu selalulah.. sedap ke buat pengat?

dah duk tangkak baru tau wujudnyer mee siput ni.. makan dgn sambal tumis. sedap! hehe

MaMa MoDeN berkata...

salam tira,
hehehehe bagi mama membesar dgn makanan tu memang sedaplah mee siput tu dibuat pengat. Cubalah tgk, tu mama ada bg resepi.

dah lama tira dok ditangkak, entah bila kita dapat jumpa kan! mama ni asyik ttangguh je nak balik kampung. :(

athirah hanafiah berkata...

bagitau kat ibu pun ibu terkejut boleh buat pengat mee siput ni. hehe

kami tertunggu-tunggu jugak bila mama sekeluarga nak sampai ke tangkak. takpelah, ada rezeki nanti sampailah mama.. tapi lepas ni dah jauhlah sebab hujung tahun ni tira nak pindah ke parit raja dah. tunggu adik habis spm lepas tu pindahlah..

MaMa MoDeN berkata...

tira, klu buat pengat rupanya sebiji macam dlm gambar yg mama post tu... tu pengat betul, real punya tau, mesti xder dlm en google.. cubalah buat. tira buat sendiri pun boleeh, senang je..

tapi memang selalunya orang goreng je mee siput ni, makan ngan sambal kicap, sambal sos atau sambal tumis... yum yum yum memang sedap.

orang jarang2 buat makanan lain, tp sebab fam mama dulu susah so pelbagaikanlah makanan ni supaya nampak byk & ramai org boleh makan...