New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

28 November 2009

Hajat Yang Tak Kesampaian.....

Assalamualaikum.....

Perasaan syok sendiri saya berakhir seperti biasa. Bila mendapat panggilan telefon, mesej dari adik beradik saya di kampung, seolah2 memberi gambaran saya sekeluarga akan meraikan aidiladha dikampung lantaran cuti sekolah yang panjang.

Saya sendiri entah mengapa rasa teruja pula, walaupun sebenarnya saya sendiri tidak mahu mengharap lagi balik2 kampung ni.

Lantaran rasa teruja itu, saya memesan beberapa cenderahati dari sahabat cyber kononnya untuk dijadikan buah tangan pada mak & adik beradik saya.

Tetapi bila semakin hampir aidiladha, tiada tanda2 kami akan pulang kekampung. Saya nekad bertanya, adakah ada janji2 yang disuarakan semasa pulang sebentar kekampung tempohari? Sehingga mak, kakak2 & adik2 saya menyuarakan & menyimpan harapan kami akan pulang beraya. Jawapannya tentulah tiada. Mana mungkin ada perancangan balik kampung jika di 'kampung sana' sedia menanti kenduri kendara, sibuk dengan program percutian bersama rakan2, kursus2 & juga menjaga peperiksaan.

Akhirnya entah bila cenderahati ini akan saya sampaikan....

yang ini khusus buat mak saya, kerongsang tiger eye

yang ini buat kakak2, adik & ipar saya

4 ulasan:

neem berkata...

assalamualaikum wbt

ada rezeki boleh bagi nanti mama!

^^

memberi hadiah tu tentu gembira, sabar.

Unknown berkata...

waaa... kena balik kg la hujung tahun ni... tak kan nak pakai sendiri semua tu

MaMa MoDeN berkata...

Salam Neem,
I'ALLAH mama tak mharap lagi tapi mudah mudahan....

MaMa MoDeN berkata...

Salam cikgu shifu,
tak mungkin balik tahun ni :)
tapi hadiah tetap hadiah. Mama takkan pakai semua tu. simpan biar takdir penentu sgalanya, benda tu tak rosak biar beribu tahun...