Assalamualaikum.....
Saya ingin berkongsi kisah ini buat semua pejuang2 Islam yang menegakkan daulah Islamiah dimuka bumi ini. Berjuanglah dengan ikhlas tanpa mempunyai niat yang boleh merosakkan keutuhan jemaah.
Sebenarnya ada dua kisah yang saya ingin kongsikan melalu blog Setitis Embun Semarak Api ini, tetapi saya hanya memaparkan kisah Ustaz Hasan Sukri sahaja disini kerana saya biasa bertemu dengan beliau. Saya pernah hadir seminar2 yang dihadiri beliau. Secara peribadi saya amat bersetuju dengan catatan dib log blogger ini. Jika hendak mengetahu kisah selanjutnya sila klik sini.
Saya hendak berkongsi kisah dua vateran Pas ini. Ustaz Hasan terlibat dengan Pas di bawah lebih 5 presiden dan pernah menjawat jawatan setiausaha agung yang cemerlang. Dia juga pernah sepenggal menjadi timbalan presiden dan 5 atau 6 penggal sebagai naib presiden.
Kerjanya banyak melibatkan pengurusan parti bahkan sampai ke hari ini apabila timbul isu membabitkan perlembagaan Pas, maka dialah akan dirujuk. Dia juga sebagai pendamai di mana2 kawasan @ negeri yang berkonflik.di luar parti dia pernah sepenggal menjadi senator dewan negara.
Dia dilihat berhenti atau dihentikan daripada menjadi pemain politik dalam parti setelah tewas sebagai timbalan presiden 3 penggal yg lalu. Namun dia masih sebagai ahli majlis syura ulama Pas.
Selepas tidak memegang jawatan besar dalam parti, beliau tetap menjadi penjaga setia Markaz PAS Taman Melewar dan tetap menghadiri dan dijemput ke program2 parti dipelbagai peringkat.
Us Hasan dirai dengan sangat baik oleh pendokong dan pimpinan Pas atas ketokohannya. Namun di satu sudut Ustaz Hasan memahami dia bukan lagi pemain utama dalam parti. bahkan pemimpin lebih muda dan junior daripadanya memegang jawatan lebih besar daripadanya.
Ust Nasa, Mat Sabu, Husam, Dr Hatta, Ustaz Bakar Chik dan lain2 memegang jawatan besar daripadanya selepas itu. Ustaz Hasan tidak cuba meletakkan dirinya sebagai pemain utama parti atas nama orang lama kerana dia faham organisasi.
Dia menghormati Timbalan Presiden, Naib Presiden yang pangkat anak sahaja dengannya. Saya pernah melihat sekali bagaimana Ustaz Hasan berkomunukasi dengan Mat Sabu sebagai Naib Presiden dalam menanyakan bebarapa hal dan pandangan tentang keadaan terkini isu2 semasa.
Dia tekun mendengar Mat Sabu menerangkan dan memberi pandangan sebagaimana dia bercakap dengan Naib Presiden. Tetapi Hj Mat Sabu teatp menghormati beliau sebagai orang tua dan orang lama. Us Hasan menerima pandangan Mat Sabu yang kini lebih besar jawatannya dalam parti berbanding beliau.
Keduanya pengalaman mengendalikan beberapa ceramah di Taman Melewar. Pertamanya ketika ceramah dua Naib Presiden Ustaz Tuan Ibrahim, Yb Salahudin dan Sivakumar. Ustaz Hasan menghadirinya dan kami menjemput beliau ke pentas. Beliau berkeras menolak walaupun banyak kali dipujuk. Alasannya, di atas pentas itu pimpinannya dan lebih tinggi daripada beliau. Jadi beliau duduk di bawah menjadi pendengar.
Ceramah kedua saya kendalikan Dato Nizar MB Perak. Kami menjemput Ustaz Hasan ke pentas. Beliau senang hati menerima dan naik ke pentas. Saya membuat andaian, Nizar adalah ajk Pas Pusat dan Ustaz Hasan ajk Syura yang mana jawatan mereka mungkin setaraf atau Ustaz Hasan lebih tinggi atas kapasiti syura ulama.
Maknanya di sini Ustaz Hasan sangat memahami organisasi, berjiwa besar dan natijahnya dia sangat dihormati oleh ahli2 Pas. Setakat ini belum saya dengar ahli Pas mengaibkan atau menghina Ustaz Hasan.
Saranan lain yang boleh diambil :
i) kita perlu menghormati semua taraf kepimpinan dalam jemaah dan pandangan mereka- bukan sekadar yang veteren tapi termasuk pemuda, muslimat, cawangan dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman ada yang memandang title YB, CEO, Ir, Dr, Lawyer, anak Tuan Guru dan lain-lain itu yang lebih utama berbanding statusnya dalam parti. Maka mereka akan diletakkan di depan berbanding yang berjawatan dalam parti dalam majlis parti termasuk pandangan mereka diagung-agungkan.
ii)Kita tidak perlu beri pandangan kalau kita bukan orang yang berautoriti khususnya yang akan menimbulkan kontroversi dan fitnah kepada jemaah dan pimpinan
iii) kepimpinan perlu bertanggungjawab dan berani ke depan apabila diminta terutama bagi menjelaskan kekeliruan atau isu.
Apabila jawatankuasa disiplin parti diperkasakan harap ramai ahli-ahli UKP yang tampil beri bukti dan saksi apabila dipanggil. Jangan jadi hebat di blog, egroup dan facebook je tapi penakut untuk tampil jadi saksi. Jadilah pejuang kebenaran dan keadilan, bukan barua individu dan kroni....

Buat para pejuang, sahabat2 khususnya para pimpinan, jika sayangkan jemaah letaklah diri kita ditempatnya. Yang dulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Kita tidak akan dihina jika sentiasa merendah diri.... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....
6 ulasan:
Salam. Susun atur kedudukan dalam organisai pun kita kurang faham Sebab itulah timbul pelbagai isu kini. kalau presiden pun nak dicanggah apa makna ketaatan dalam jemaah. Mungkin usul 20 yg ditinggalkan oleh alBanna tidak habis lagi dikhatam tiba-tiba sudah dilantik jadi pimpinan.
Salam Mama,
Teringat waktu Ustaz Hassan menjadi Timbalan Presiden Pas. Waktu itu Pas ditinggalkan oleh DAP kerana Dokumen Negara Islam yang dinukilkan oleh Datuk Harun Din. Terkapai-kapai juga Pas buat seketika. Bintang Ustaz Hassan Shukri juga tidak menyerlah dan ditewaskan oleh kumpulan Husam yang mencadangkan nama Ustaz Nasharudin Mad Isa sebagai Timbalan Presiden baru.
Waktu itu kesetiaan dan wala' menjadi pegangan ahli Pas. Malangnya kini kepimpinan utama Pas tidak lagi dihormati oleh ahli parti dek kerana fitnah dahsyat yang melanda.
Mungkin ujian dari Tuhan kerana Pas mulai tersasar dari arah perjuangan yang asal. Pas sanggup memeluk kembali DAP yang terang-terang meninggalkan Pas walaupun sedar DAP meninggalkan Pas kerana waktu itu Pas tidak membawa untung politik pada DAP.
Menambah beban apabila banyak blog besar pro Pakatan seperti Penarik Beca dan Malaysia Waves menghina pemimpin sendiri dengan pelbagai hinaan dan cercaan yang tidak sanggup disebut.
Jika melayari komentar di Malaysian Insider pula terang-terang ada komentar mengutuk Presiden dan Timbalan Presiden Pas.
Terbayang bila pemimpin sendiri sanggup dihina dan difitnah sedemikian rupa tidak hairanlah banyak blog pembangkang menabur fitnah yang keterlaluan kepada pemimpin UMNO.
Salam Abu Muaz,
Sudah tiba masanya setiap ahli kembali kepada usrah& tarbiyah secara menyeluruh. Kembali kpd tujuan asal pejuangan...
Salam PUPP,
secara peribadi ahli akar umbi seperti mama ni, tambahan lagi sekarang tidak mendokong mana2 jawatan penting hanya berdoa rintangan&dugaan tidak mematahkan semangat juang. Pergolakan jika ada akan mematangkan kehidupan. I'ALLAH lawan tetap lawan!
Selebihnya serahkan pada Allah Yang MAha Mengetahui, manusia merancang Allah jua merancang tetapi perancangan ALlah adalah yang terbaik.. Wallahualam..
kepimpinan yg hebat :)
yg muda dihargai.... yg tua dihormati....
Catat Ulasan