New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

01 November 2009

Catatan Buat Sahabat

Assalamualaikum.....

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu Ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang sahabat.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya? Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? 


Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada imej solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah. 


Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi? 


Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. 


Maka jika mahu mendapatkan yang soleh & solehah, kurangkan sedikit agenda menCARI si soleh & solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh & solehah. Jika inginkan yang soleh & solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh & solehah.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. 


Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. 


Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.


Semoga menemui jalan penyelesaian, rujuklah Allah sebagai tempat mengadu yang paling selamat dalam segala hal....

4 ulasan:

a kl citizen berkata...

assalammualaikum mama,

sangat menarik dan tepat sekali... kita yang sudah berjumpa dengan teman bergelar suami ni memang faham bahawa kalau asik mencari memang tak akan berjumpa...

setuju dengan mama..

xiiinam berkata...

Assalamualaikum...
Salam ziarah mama Moden..

MaMa MoDeN berkata...

salam cikgu kl,
yer kita yg dah bjumpa dgn teman hidup sehidup semati ni pula kena terima diri pasangan seadanya.

Disamping memperbaiki diri menjadi diri sebaik Ali & Fatimah... jgn pula mharapkan pasangan kita je jadi baik tapi kita masih dok largha lagi...

Jgn terlalu byk meminta dr memberikan! ( peringatan utk diri sendiri sebenarnya )

MaMa MoDeN berkata...

Waalaikumusalam cikgu,
Terima kasih menziarahi mama moden.. semoga ukhwah antara kita walau dialam maya akan terjalin dengan mesra...

Salam juga buat keluarga cikgu yer...