New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

10 November 2009

Cinta Pertama....Benarkah Sukar Di Lupa!

Assalamualaikum.....

Benarkah cinta pertama sukar dilupakan bagi setiap insan yang melaluinya? Benarkah panahan cinta pertama dalam hidup seseorang memberi kesan yang besar dalam hidup sepanjang usianya.

Cinta pertama itu memang hebat, meskipun kebanyakkannya boleh dikira sebagai cinta buta, cinta monyet dan ada juga cinta yang tulus sejati yang berakhir kejinjang pelamin.

Benarkah tatkala seseorang itu disapa cinta pertama dia akan merasa sesuatu yang sukar untuk diungkapkan.  Bertuahnya jika cinta pertama ini berakhir di jinjang pelamin. Tetapi realitinya bukan selalu begitu. Kebiasaannya percintaan ini putus di tengah jalan atas pelbagai sebab.

Masing-masing kemudiannya meneruskan kehidupan mereka sehingga mendirikan rumah tangga dengan orang lain. Memori cinta pertama seakan sudah dilupakan. Sehinggalah kehidupan perkahwinan mula menjadi rutin. 

Waktu itu ingatan akan diganggu fantasi ghairah tentang cinta pertama. Terasa ingin untuk menjalin hubungan, sekurang-kurangnya untuk mendapat khabar tentang mantan kekasih itu. Akan timbul rasa bagaikan jiwa tersiksa kerana tidak dapat melepaskan ingatan terhadap seseorang yang pernah memberi kenangan cinta pertama.

Amat malang pula bagi pasangan yang telah hidup bersama melalui ijab & qabul dibandingkan tidak setanding dengan cinta pertama. Perbandingan secara fizikal, sahsiah atau sebagainya.

Hakikatnya cinta pertama itu tidak pernah mati tetapi ia tidak perlu dilayan. Cinta pertama itu sememangnya sesuatu yang menggamit perasaan, seronok dan mengasyikkan. Namun, jangan biarkan nostalgia cinta pertama merosakkan istana yang telah terbina selama ini. Yang sudah dilepaskan jangan dikenang.

 Kebahagiaan kini dalam kebersamaan dengan pasangan. Ikatan perkahwinan adalah satu hubungan intim dengan komitmen penuh. Percayalah hubungan intim dengan komitmen menghasilkan pertemanan penuh kasih yang lebih indah daripada ghairah kenangan silam yang mana akan meremukkan hati pasangan kita.

Hargailah pasangan kita sementara mereka ada. Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang sedang dikendong jatuh berciciran. 




11 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Cinta pertama - mungkin indah untuk dikenang. Namun andainya suratan jodoh bukan bersamanya, biarlah ia berlalu pergi. Usah diungkit kerana tiada lagi faedahnya untuk dilagukan. Hargailah apa yang kita ada saat ini, kerana waktu tak mungkin berputar kembali...

ZOOL@TOD berkata...

Cinta pertama saya kisah kebodohan saya (cinta membuta tuli). Saya tidak akan lupa cinta pertama saya. Saya sandarkan kisah itu sebagai ingatan supaya tidak bertindak sebodoh itu di masa hadapan.

Dan semestinya saya amat-amat menghargai pasangan saya sekarang. Alhamdulillah saya diketemukan dengan pasangan yang baik.

abu muaz berkata...

Maaf saya tiada pengalaman putus cinta.....kerana cinta pertama saya berakhir dengan perkahwinan.

MaMa MoDeN berkata...

salam kak cik,
bukan semua org yg punya cinta pertama yg tidak kesampaian akan melupakan cinta lama tu. Kadang2 kebaikan yg pasangan sekarang buat dibandingkan dgn cinta pertama.

tambahan lagi lah jika ditakdirkan cinta baru tidak nampak smpurna dimatanya.. sangat tidak adilkan, kak cik.

MaMa MoDeN berkata...

salam saudara zul,
hermmm tu cinta monyet tu..
syukurlah kerana menghargai cinta sekarang, cinta yg sejati yg punya ikatan suci. mama pasti wardah isteri yg layak diberi sepenuh cinta saudara padanya..

salam buat wardah

MaMa MoDeN berkata...

salam abu muaz,
saya pun tiada cinta pertama yg tak boleh dilupakan. Alhamdulillah cinta pertama saya juga berakhir dengan ikatan suci ijab & qabul, I'ALLAH ini cinta pertama & terakhir saya.

Maiyah berkata...

cnta pertama hnya kenangan je, sbbkan ia yg pertama jadi slalu jd ingatan tapi perasaan kalo dah jtuh cnta buat kali kedua ttp sama gak

bila dah cnta maknanya kita dah ikhlas menyayangi seseorang dan bukankah ia indah biarpun cnta yg kedua

Dan cnta pertama tu biarlah jd kenangan dan sejarah :)

zai berkata...

Salam June..

Zai sendiri pun dah lupa siapa cinta pertama zai kerana ingat cinta yang terakhir jer iaitu suami (harap2 yang pernah dikecewakan dulu tidak berdendam..). Mmg suatu waktu dulu nakal sikit..mudah sangat jatuh cinta dan berubah hati tapi last2 bertemu jodoh juga dengan suami walaupun pernah beberapa kali putus sebelum kawin)..hahaha rahsia dah banyak bocor ni.

..Dan sangat berharap jodoh kami akan berkekalan hingga kehujung nyawa kerana dialah perkara yang terbaik pernah berlaku didlm kehidupanku.

MaMa MoDeN berkata...

salam pn maiyah,
yer kdg2 cinta pertama tu menjadi kenangan terindah kot! hingga sukar dilupa sesetengah orang...

MaMa MoDeN berkata...

salam zai,
yer jun dulu pun sebelum kahwin walaupun umur muda sangat2 tapi ramai juga peminat. Tapi satu pun tak layan... maklumlah masa tu pikir budak lagi, akhirnya suami sekarang ni yg berjaya menyunting ketika usia baru setahun jagung. ALhamdulillah inilah cinta pertama & terakhir jun.

Walaupun masa tahu jun nak kahwin tu, dgr cerita ramai yg frust menonggeng sampai nak ugut bunuh2 diri...

mujurlah jun tiada cinta pertama yg putus ditengah jalan, so rasanya dapat mberi sepenuh cinta pada suami tanpa berbelah bahagi.. tidaklah rasanya mengecewakan hati org dgn kenangan silam....

Ummi Abdullah berkata...

mama moden...
cinta pertama ke cinta akhir ke semua tu hanya cinta sesama makhluk...yg penting bila kita cinta pada YANG HAKIKI...kita akan menghargai CINTA yang dianugerahkanNYA kepada kita...

Tak perlu kenang pada yang bukan milik kita (tak sempat jadi milik kita)..kenyataannya kita tak tahu benarkah bahagia bila bersamanya...