New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

27 Oktober 2009

Tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang.... Memori Tsunami 2004


Assalamualaikum.....

Jambatan yang baru dibina 2 minggu lalu runtuh ketika sekumpulan pelajar2 sekolah sedang mengadakan program disitu. 

Mangsa tragedi tersebut ialah murid-murid sekolah yang mengikuti Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang.

Perkhemahan itu bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Kejadian malang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk makan malam dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut. Lebih kurang 20 orang murid masih belum dapat dikesan. Sebahagian dari murid-murid tersebut ada yang selamat.

Diberitakan jambatan tersebut baru sahaja siap dibina dalam beberapa minggu lepas. Malangnya jambatan tersebut runtuh di mana tiangnya terbongkar dan runtuh.
TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG yang baru dibina runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar amat menyedihkan kerana 22 pelajar terjatuh ke dalam Sungai Kampar dan dihanyutkan air deras. Sehingga jam 3.30 pagi ini, tidak ada tanda pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 yang sedang mengikuti Kem 1 Malaysia itu ditemui. 

Kejadian berlaku ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan berkenaan untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.

Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.

Tiang binaan di sebelah SK Kuala Dipang terbongkah yang menjadi punca jambatan itu runtuh, sementara binaan di sebelah kawasan perkhemahan masih kukuh.

Seramai 298 pelajar dari 60 buah sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kinta Selatan mengambil bahagian dalam perkhemahan itu.
Macam2 yang didengar melalui perkhabaran2 di laman2 web. Ada pihak mengatakan kejadian berlaku kerana beberapa orang kanak2 melompat2 diatas jambatan menyebabkan jambatan runtuh. Ada juga yang mengatakan tiada senarai lengkap nama2 pelajar yang mengikuti kem 1 Malaysia tersebut.

Hakikatnya pelajar2 itu tidak boleh dipersalahkan, dah nama pun kanak2. Sepatutnya pihak penganjur harus mengambil langkah2 keselamatan yang ketat semasa kem. Urusetia2 kem perlu cukup untuk mengawal peserta2 yang telah diketahui, kanak2 memang agak agresif, susah dikawal.

Selain kejadian yang berlaku dianggap satu takdir, tetapi pihak2 berwajib perlu menyiasat mengapa jambatan yang baru 2 minggu siap dibina boelh runtuh dengan begitu mudah. Tak cukup dengan makmal runtuh, stadium runtuh, jejambat runtuh sekarang jambatan pula runtuh. Malah melibatkan nyawa kanak2 yang agak ramai.

Bila mendengar berita ini saya teringat semasa mengadakan Jambori Nisa' Pulau Pinang pada 25 & 26 Disember 2004. Ketika itu berlakunya kejadian tsunami yang melibatkan Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Ketika tsunami berlaku saya sedang menganjurkan Jambori bersama Nisa Pulau Pinang di Sungai Tukun Telok Bahang dengan membawa 100 perserta & lebih kurang 50 orang urusetia. 

jambori tsunami klik sini

Kepada keluarga2 mangsa diharapkan dapat bersabar menghadapi musibah yang berlaku. Salam takziah saya ucapkan.
keadaan sekitar tempat kejadian ihsan dari encik google



3 ulasan:

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Innalillah..sungguh menyedihkan..Moga keluarga2 yg terlibat menerima ujian dr Allah ini..

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

sedih dgn kejadian ini. Kami di sekolah pun jd fobia utk mengadakan aktiviti2 spt ini... semuga menjadi panduan dlm mengadakan aktiviti2 luar utk murid2 terutama di peringkat sek ren. tq singgah blog. alhamdulillah rezeki yg Allah berikan.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

tq singgah blog. alhamdulillah rezeki Allah berikan... kejadian ini semuga menjadi peringatan kpd kita apabila mengadakan program2 yg melibatkan murid2 sek ren.