New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

11 Oktober 2009

Tahniah BN... Rakyat Bagan Pinang Sudah Memilih!

Assalamualaikum.....

Tahniah Tan Sri Isa Samad diatas kemenangan besar PRK N31 DUN Bagan Pinang. Kelebihan beliau yang pernah menjadi MB Negeri Sembilan selama 22 tahun merupakan satu kelebihan menjadi faktor kemenangan selain bertanding ditempat sendiri yang merupakan kubu UMNO / BN.

Semoga Tan Sri Isa Samad dapat memenuhi kehendak rakyat Bagan Pinang. Adalah diharapkan beliau dapat mencurah bakti kepada seluruh rakyat Bagan Pinang tanpa memilih fahaman politik.

Kepada Saudara Zulkifli Omar, tewas bertanding pilihanraya bukan bermakna tamatnya perjuangan. Tahniah kepada beliau & juga seluruh pimpinan serta petugas2 yang bertungkus lumus melakukan tugas dengan penuh komitmen tanpa mendapat habuan dunia, namun I'ALLAH akan ada ganjaran disisi Allah nanti.

Pihak PAS & Pakatan Rakyat harus membuat muhasabah & lebih giat berganding bahu memastikan sokongan rakyat terus memihak kepada Pakatan Rakyat khususnya di Negeri2 Selatan yang masih merupakan kubu kuat BN.

Tahniah... Selamat menjalankan tugas, YB baru Bagan Pinang.

8 ulasan:

Insan Marhaen berkata...

Betul juga kata penulis dalam Harakah hari ini. Menang selalu bimbang akan timbul kesombongan. Muga kekalahan ini mengandungi hikmahnya yang tersendiri.

MaMa MoDeN berkata...

salam insan marhaen,
yer ada hikmah disebalik tewas d bagan pinang. PAS selain parti politik juga adalah badan dakwah. kmenangan atau belum menang adalah anugerah Allah. Allah lebih tahu apa yg baik utk PAS, jika Allah belum mentakdirkan utk menang maka takkan menang.

tentu masih ada byk lagi kekurangan dimana2 yg perlu diperbaiki samada oleh pimpinan, ahli2 akar umbi atau petugas2.

saya tertarik dgn tulisan oleh salah satu bloggers ini :

ISA Samad mesti dijadikan pemimpin mereka walau siapa dia Isa Samad. Itulah hakikat yang mesti kita terima di Bagan Pinang. Memang PAS tidak rugi apa-apa kerana PAS bertanding untuk merampas kerusi Dun Bagan Pinang. Umno nampaknya mendapat bantuan pernafasan walaupun tidak diketahui selama mana bantuan pernafasan itu boleh menyelamatkan Umno.

Walaupun PAS tidak rugi atau kehilangan kerusi, tetapi kekalahan ini sedikit sebanyak mengecewakan kita. Kita kecewa kerana gagal meyakinkan pengundi untuk melakukan perubahan di Bagan Pinang. Usaha kita sepanjang berkempen di sana seperti tidak dialu-alukan oleh penduduk Bagan Pinang. Justeru itu, berlakulah berbagai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi sesama kita umat Islam dan berbangsa Melayu. Jelas dan terbukti, majoriti pengundi-pengundi di Bagan Pinang tetap menganggap rasuah politik bukan satu jenayah. Dan, sememangnya mereka layak bersama Umno/Bn sekiranya berfikiran sedemikian.

MaMa MoDeN berkata...

sambungan

Kenapa PAS tewas? Banyak faktor untuk mengulas perkara ini. Tapi yang utamanya ialah pengundi tetap memilih calon yang mereka lebih kenal rapat walau apa pun rekod yang ada pada calon tersebut. Mesti diakui, calon PAS masih jauh dihati pengundi di Bagan Pinang kerana mereka tidak pernah melihat calon tersebut sebelum ini. Mengapa kita lebih yakin dengan pemilihan Zulkefli yang didatangkan jauh dari luar Port Dickson? Mungkin kita tiada tokoh tempatan di Bagan Pinang atau kita tidak memasyarakatkan penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Maka, PAS terlalu asing bagi mereka.

Ada yang berpendapat bahawa isu-isu yang berlaku di Selangor terutamanya banyak mempengaruhi undi dari kaum Cina dan India di Bagan Pinang. Kelantangan beberapa pemimpin PAS di Selangor mengkritik kerajaan PR Selangor secara terbuka khususnya berkaitan penjualan arak dan juga isu Selcat. Terdapat juga pemimpin PAS yang sengaja tidak memahami isu pemindahan kuil Hindu di Selangor. Mereka dengan lantang ingin menyuarakan kononnya mereka memperjuangkan Islam. Isu-isu ini bukan sedikit mengguris hati dan perasaan kaum Cina dan India, apatah lagi media kerajaan sentiasa mencari ruang untuk menunjukkan PAS di Selangor bermasalah dengan kepimpinan kerajaan PR Selangor. Seorang pemimpin besar PAS di Selangor pernah berkata beliau menentang pendekatan siasatan terbuka oleh Selcat semata-mata untuk menyelamatkan maruah orang Melayu. Inikah perjuangan kita? Apa beza kita dengan Umno/Bn?

Seribu janji oleh pemimpin Umno juga membutakan mata pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka ingin sekali berada di sebuah bandar baru yang mewah dan megah yang diberi nama `Bandar Tentera Darat'. Selepas ini mereka akan berangan berada di sebuah bandar yang moden, pesat dan bandarnya tidak lagi akan sepi selepas jam 7 malam. Bagi anggota-anggota tentera yang begitu banyak mengundi Isa Samad tentunya selepas ini akan sibuk membeli kasut Futsal dan seluar renang. Mereka juga akan berhutang dengan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) untuk membeli komputer peribadi kerana mereka tidak lama lagi akan dapat akses internet dengan menggunakan Wifi. Inilah yang mereka mahukan dan ini tentunya tidak dapat dijanjikan oleh calon PAS.

Permainan media pencacai tentunya seronok kerana mainan mereka kali ini berjaya memperdaya pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Di tempat lain, media berupa akhbar Utusan Meloya ini tiada tempat langsung selain dari dijadikan alas pengalas punggung sewaktu mendengar ceramah pemimpin-pemimpin PR. Tetapi di Bagan Pinang, akhbar ini adalah kitab utama mereka selain dari berguru dengan TV tiga suku.

PAS pastinya selepas ini membuat post mortem di atas kegagalan merampas kerusi Dun Bagan Pinang. Faktor-faktor di atas mungkin tidak disenaraikan sebagai kemungkinan kita tewas. Mungkin ada faktor lain yang boleh PAS rumuskan sebagai punca kekalahan. PAS semestinya tidak bersendirian di dalam mencari sebab kekalahan ini kerana PAS berada bersama PR.

Walau apa pun sebabnya, kita sedikit pening memikirkan bagaimana undi kaum Cina dan India kembali kepada Bn walaupun di dalam kemelut berpanjangan MCA dan MIC. Saya melihat kemenangan ini bukan kerana kekuatan Umno tetapi kerana kelemahan kita sendiri di dalam beberapa perkara. Kesimpulannya bagi saya, PAS di Bagan Pinang dilihat tidak efisyen untuk melakukan perubahan. Pendek kata, PAS gagal merakyatkan penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Mereka tidak kenal siapa calon PAS.

marilah kita sama2 muhasabah diri dlm menuju & mengekalkan kemenangan.

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Salam buat Mama,

Politik zaman sekarang adalah politik setempat (localized politik). Sebab itu suasana di Bagan Pinang mirip kepada Permatang Pauh. Bagan Pinang sinonim dengan Tan Sri Isa. Permatang Pauh sinonim dengan DS Anwar.

Katalah apa pun pada mereka, orang tetap akan pilih mereka.

Sama juga dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Sebab itu orang UMNO di Kelantan kerap mengakui,selagi hayat dikandung badan sukar untuk BN merampas negeri tersebut.

Penyajak Dinsman dan MSO dah beri amaran pada Pas Kelantan. Kalau tak bersedia untuk kembali zuhud seperti Tuan Guru, bersedialah menerima kenyataan UMNO akan merampas Kelantan. Petanda awal dah kelihatan bila wakil Kelantan langsung tidak dipandang ketika memilih kepimpinan Jemaah di Muktamar Pas yang lalu.

Harap tulisan saya tak tersasul dengan tajuk posting ni. Tan Sri Isa jangan lupa berkhidmat untuk rakyat.

maiyah berkata...

mrk lebih memilih pembangunan, moga perjuangan Pas akan terus kuat krn ada sokongan yg kuat sebenarnya dari rakyat

MaMa MoDeN berkata...

salam PUPP,
yer, kadangkala sebagai pemimpin wlu diperingkat manapun jika tak betul2 muhasabah diri takut terlalai. PAS selain parti politik wadahnya adalah sbgai badan dakwah.

I'ALLAH PAS takkan takut pd kekalahan, kami selalu redha & anggap bila tak menang maknanya Allah belum mentakdirkan kemenangan krn mungkin PAS belum bsedia memikul tanggungjawab kemenangan.

Bila menang pula maknanya Allah mahu stiap pimpinan/wakil yg dilantik betul2 memikul amanah rakyat.

sama2 kita tunggu&lihat, biar keadaan yg menentukan. disamping masing2 usaha kearah kemenangan, yg pasti harus mendapat keredhaan Allah. Yg selebihnya biarkan rakyat menentukan..

P/S : entah mengapa mama moden berharap ukhwah antara blog mama moden & Pemuda UMNO P.Pauh ni terjalin penuh hikmah walau kita berlainan fahaman. Harap berlainan fahaman politik tidak mjarakkan ukhwah antara kita yer....

LAWAN TETAP LAWAN!

MaMa MoDeN berkata...

salam pn maiyah,
I'ALLAH.. Amin..

PAS bukan kalah di BAgan Pinang, cuma belum menang...

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!

Luth Textile berkata...

Tahniah Tan Sri, harap yang lepas tu lepas dan yang akan datang ni terus maju jaya.