New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

12 Oktober 2009

Ada Yang Tersentap? Adakah Saya Menyentap!

Assalamualaikum.....

Saya agak terkejut apabila menerima satu komentar dalam salah satu post saya yang seolah2 memarahi saya kerana mengutuk keluarga suami saya. Saya dikatakan menggunakan blog kerdil saya ini untuk mengutuk2 keluarga sendiri. Saya dikatakan mengata2 kakak ipar saya. Malah saya juga dikatakan hanya orang asing dalam keluarga itu.

Sememangnya dalam penulisan blog saya ini, saya banyak menceritakan kisah2 suka duka saya sebagai seorang wanita, anak, isteri, ibu, menantu, ipar, biras & juga sebagai ibu saudara. Malah saya juga sudah punya ramai cucu saudara sekarang, yang menaikkan pangkat saya menjadi seorang tok.

Saya mengharapkan kisah2 saya akan menjadi pedoman, iktibar buat orang lain.

Hakikat berkahwin tanpa restu keluarga mertua.

Hakikat menjadi isteri yang bukan menantu pilihan.

Hakikat membawa diri dalam keluarga yang dikatakan punya segala2nya. Punya didikan, latar belakang agama & juga mungkin kemewahan yang melebihi keluarga sendiri.

Hakikat saya perlu mengorban masa cuti, masa raya bersama ibu bapa sendiri demi memenangi hati keluarga mertua.

Hakikat saya perlu menangis sendirian didalam bilik air, dalam bilik malah ditepi batas bendang bila dimarahi, disindir2 keluarga mertua.

Hakikat saya perlu merelakan diri menjaga ayah mertua yang uzur, lumpuh sewaktu sarat mengandung anak sulung dalam usia yang amat muda.

Hakikat saya perlu meninggalkan anak seusia 3&4 tahun bersendirian dirumah kerana menjaga ibu mertua yang uzur di hospital.

Hakikat saya perlu berulangalik ke kampung berganti giliran bila ibu mertua terlantar di hospital dikampung pula.

Hakikat saya berkorban segalanya demi menjaga, mempertahankan rumahtangga yang saya bina dengan keringat, airmata, kata2 nista orang demi suami&anak2 yang saya sayang tanpa ada galang gantinya.

Hakikat2 duka itu takkan dapat dihilangkan dari minda & fikiran saya. Takkan dapat dihilangkan dari kotak fikiran saya.

Mengapa saya menceritakan kisah itu? Mengapa saya mengungkit semua itu?

Kerana saya mahu sesiapa yang berada ditempat saya akan mendapat sedikit petunjuk. Semoga kisah2 saya akan menjadi iktibar kepada sesiapa yang mengalami apa yang saya alami selama 20 tahun ini.

Apa iktibarnya?

SABAR... SABAR.... SABAR!

Sabar, banyak nikmatnya. Banyak hikmahnya. Memang sabar perlukan banyak pengorbanan. Tetapi bila nikmat sabar itu kita perolehi, segala jerih payah, susah duka kita selama ini akan menjadi amat manis.

Mungkin penghantar komen itu orang yang saya kenal. Tapi tak berani menonjolkan diri. Mungkin dia tidak terbuka hatinya membaca dengan lebih jelas apa kisah sebenarnya sekarang....

Sekarang, secara jujurnya saya sudah merasa nikmat kasih sayang berada dalam keluarga besar suami saya. Saya merasa amat disayangi oleh mertua ( Allahyarham & Allahyarhamah.. Alfatihah ). Amat disayangi oleh kakak2 ipar & biras2 saya, disayangi oleh anak2 saudara suami saya.

Pendapat saya didengari, kehadiran saya dirai. Saya akan jadi teruja bila dapat berkumpul bersama mereka. Hari berkumpul bersama mereka amat saya nanti2kan.

Tetapi saya dianggap hanya ORANG ASING oleh penghantar komen itu...

ORANG ASING?!!!

Saya yang sama2 bersengkang mata menjaga mak & ayah mereka yang uzur dikatakan ORANG ASING!

Saya yang membasuh berak kencing mak & ayah mereka dikatakan ORANG ASING!

Saya yang menyuap makan mak ayah mereka semasa sakit dikatakan ORANG ASING!

Saya yang kalut membantu kenduri kendara keluarga mereka dikatakan ORANG ASING!

Saya yang sanggup berbalah dengan suami bila suami berlengah2 nak balik, saya yang beria2 hanya nak balik meraikan kenduri kendara keluarga mereka, dikatakan ORANG ASING!

Saya yang sanggup melupakan kemeriahan raya bersama mak abah & keluarga sendiri selama 20 tahun ini semata2 memenuhi kehendak bersama keluarga mereka dikatakan ORANG ASING!

Saya yang berebut2 nak balik ziarahi sakit pening, kematian ahli keluarga, saudara mara mereka dikatakan ORANG ASING!

Saya yang sering mempertahankan, membela, menyejukkan hati suami bila suami merungut tak puas hati pada adik beradik, dikatakan ORANG ASING!

Saya yang mencurahkan airmata, merasa sedih.. pilu, turut sakit hati bila mendengar luahan anak2 saudara suami yang sedang ditimpa masalah, dikatakan ORANG ASING!

Saya yang mendakap pilu ahli keluarga mereka yang mahu dibawa polis kerana dikatakan tidak sihat, dikatakan ORANG ASING!

Saya yang disebut2 oleh ahli keluarga mereka ketika sakit dihospital, ketika kehadiran saya diharap2kan, dikatakan ORANG ASING!

Jika penghantar komen itu salah seorang ahli keluarga ini mungkin dia sendiri tak pernah melakukan apa yang sudah saya lakukan pada keluarga besar ini. Mungkin dirinya sendiri tak pernah berkorban seperti saya.

Mungkin ada kisah2 saya, yang menceritakan serba sedikit sikap2 ahli keluarga ini, mungkin juga ada saya terkata kakak2 ipar saya. Tapi itu memang hakikatnya kadang2 sikap mereka memang begitu. Cuma sikap semasa mereka sudah menyayangi saya & sikap semasa saya tidak disayangi tentulah berbeza. Jika dulu saya hanya menerima segala kata2 mereka pada saya samada secara baik atau kasar tetapi sekarang saya sudah boleh melawan balik sikit2, kadang2 dalam nada gurauan & sindiran.

Jika anak2 mereka sendiri merungut itu ini tentang mereka, apakah halnya?

Jika mendengar luahan hati anak2 mereka memang menakutkan. Kadang2 air yang tenang kita lihat jangan kita sangka tiada buaya didalamnya. Kadang2 kita merasa tidak percaya, tapi bagi saya yang sudah melaluinya selama lebih 20 tahun saya memahaminya.

Saya memang berharap kisah2 saya ini dibaca oleh keluarga suami saya. Saya memang berharap mereka tahu rasa hati saya tentang mereka ketika mereka tidak menerima saya dengan baik dahulu hinggalah mereka menerima saya denga baik sekarang.

Saya memang ingin mereka tahu, saya amat menyayangi keluarga besar mereka ini sekarang. Saya memang amat bahagia berada dalam keluarga besar ini. Namun, hakikat yang perlu dihadapi dalam setiap kebahagiaan, kesempurnaan tentulah ada cacat cela mereka dimana2. Kita tak sempurna, walau dimata orang kita nampak amat sempurna.

Walau apapun, mereka inilah keluarga besar saya sekarang walaupun setelah sudah lebih 20 tahun saya masih dianggap ORANG ASING! Keluarga inilah yang akan saya sertai I'ALLAH sehingga akhir hayat saya. Untuk bersama keluarga sendiri entahkan bila. Untuk merasa kemeriahan, kemesraan, keindahan bersama mak, abah, saudara2 kandung sendiri entahkan bila. Entahkan dapat saya lalui lagi entahkan tidak.

Walau masam, walau manis, walau pahit saya akan tetap bersama keluarga besar ini dalam setiap kali hari raya, setiap ada kenduri kendara waima jika ada kematian.

Buat Kak Teh Siti Saudah & suaminya Abang Hashim juga anak2anda tersayang Yusro&suaminya Wan juga yang amat Maksu sayangi Adik Huda....

Buat Kak Cik Jah & Allahyarham Abang Bakar juga anak2anda Fairuz, Fariza & suaminya Ramli juga anak2, Faridah & suaminya Asri serta anak2, Fadilah & suaminya Ehsan, Fadzli & isterinya Azimah serta anak mereka Auni, Farhana, juga pengantin baru Fadzlina & suaminya Zamer....

Buat Kak Wa & suaminya Abang Dahlan juga anak2anda yang saya sayang&rindukan sentiasa, Hanim & suaminya Norimi serta anak2 mereka Wafa & Wafi, Haris & isterinya Aemy & anak mereka Aira....

Buat Kak Asiah & suaminya Bang Hasan juga anak2anda Nasir & isterinya Siti serta anak2 mereka, Hidayah & suaminya Shah juga Nazri....

Buat Kak Salmah & suaminya Bang Man juga anak2anda Allahyarham Firdaus, Syukri, Afifah, Awatif & Alia....

Buat Bang Die & isterinya Kak Fauziah juga anak2anda Fatahi & isteri barunya Yanti, Fikri & isterinya Yati, Allahyarham Fahmi, Fathul & Siti Fatimah....

Buat Kak Midah & suaminya Bang Azmi juga anak2anda Amir, Ali, Amni, Arif & Amjad....

Maafkanlah adik kalian ini... maafkanlah maksu kalian ini... maafkanlah toksu kalian ini, andainya ada tingkah laku, kelakuan, kata2 yang menyinggung hati selama diri ini berada dalam keluarga besar kalian.

Maafkanlah jika ada salah silap dimana2, sesungguhnya diri ini begitu menyayangi kalian, mungkin tiada tolok bandingnya. Mungkin keadaan semasa kita bersama tak dapat dirasai bersama keluarga sendiri lantaran jarak yang begitu jauh, lantaran terlalu susah untuk berjumpa mereka waima setahun sekali pun payah. Hanya bersama keluarga besar kalianlah dapat diri ini menumpang kasih sayang & kemesraan.

Andai diri ini tidak kalian maktubkan sebagai ahli keluarga kalian tidak mengapa, cuma izinkan diri ini menumpang sedikit rasa bahagia kalian walau hanya sebagai ORANG ASING!

7 ulasan:

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Salam,

Terima kasih atas penghargaan. Ukhuwah Islamiyah pasti terjalin sesama saudara seagama. Takkan putus hanya kerana beza pandangan politik. Lagipun kita semua 1Kiblat kan. :)

Berkenaan rasa tidak senang pihak tertentu daripada keluarga sebelah sana tu dugaan untuk mama dan keluarga. Mungkin satu hari nanti tuhan akan buka hati mereka untuk melihat perkara yang benar.

Setiap kesabaran yang telah ditunjukkan pasti tuhan balas dengan kebaikan dan kesejahteraan untuk keluarga mama, terutamanya kepada anak-anak.

Kalau balik ke Permatang Pauh tanyalah orang situ kenal tak Ketua Pemuda. :)

Pemuda UMNO Permatang Pauh mendoakan agar mama dan keluarga terus berbahagia dan sejahtera.

MaMa MoDeN berkata...

salam PUPP,
Amin....

kakcikseroja berkata...

Salam June...

buka hidup tanpa ranjau dan duri..
jangankan ipar duai, adik beradik kandung pun belum tentu tidak berlaga angin dengan kita. Teruskanlah KESABARAN yang selama ini dipupuk, dibaja dan disuburkan. Dia Maha Tahu tiap sesuatu.. dan Dia juga tak pernah leka... Dia sebaik2 tempat mengadu.

MaMa MoDeN berkata...

salam PUPP,
Alhamdulillah..sekarang ni mereka semua sudah menerima mama. Cuma kadang2 ada sikit rasa kurang senang tu, biasalah.. sedangkan lidah lagi tergigit kan. sesama adik beradik kandung pun belum tentu tiada perselisihan inikan pula dgn ipar duai.
Alhamdulillah mama akan terus harungi jalan yg mama pilih ini bersama suami&anak2 dgn penuh kesabaran..

MaMa MoDeN berkata...

salam kak cik,
I'ALLAH selagi hayat dikandung badan, SABAR itulah kata2 keramat yg akan terus june pertahankan...

Alhamdulillah mereka sekarang memang telah menerima, menyayangi June dgn baik cuma kdg2 biasalah kak cik kdg2 ada sikit rasa tak puas hati dimana2...

Tanpa Nama berkata...

takpa maksu...apa pon maksu cakap tu ada betul

hehe. ali tau cita pasai family kita. mama rajin ckp....

:P

fahuda.ude_8 berkata...

sedangkan lidah lagi tergigit...
apa pulak adik beradik sanak saudara...

semua kisah suka duka tu mematangkan diri dan jiwa kita kan m.su...

adik syg m.su...
always understand me...tqvm...