New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

07 Oktober 2009

Sabarlah Sayang,.. Tabahkan Hati! Allah Bersamamu

Assalamualaikum.....

" atas pengawasan doktor, hari ni waris2 tak dibenarkan melawat dik un, esok baru boleh.. apa yg menyedihkan semalam hanya maksu&paksu saja yg dia dok sebut, menyebabkan doktor bertanyakan siapa waris tersebut... mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.... "

SMS yang saya terima malam semalam begitu meruntun hati saya. Sepupu suami,  Mawardi yang anak2 saya semua panggil Paktam Wat yang memberitahu setiap perkembangan Dik Un. 

Ketika saya bertanya keadaan Dik Un ketika kali terakhir beliau berjumpa, Wat hanya memberitahu kali terakhir berjumpa jam 11 malam kelmarin dulu ( isnin ) sewaktu tiba di Hospital Alor Setar.

Hanya doktor yang bertemu ahli keluarga bertanya rekod penyakit yang dihadapi Dik Un. Sejak dibawa ke pengawasan doktor, tiada seorang pun dibenarkan melawat & berjumpa dengan Dik Un.

Saya tertanya2 bagaimanakah keadaan Dik Un didalam sana?? Selamatkah Dik Un?? Dik Un dirawat dengan baikkah?? Berkerjasama dengan baikkah Dik Un dengan doktor & jururawat??

Wat mengatakan, maklumat dari doktor memberitahu Dik Un asyik bertanyakan saya & paksunya. Dia meminta untuk berjumpa dengan kami. Dik Un memberitahu doktor dia mahu dok dengan kami. Dia minta kami datang ambil dia disana. Dik Un tak mahu lagi bersama keluarganya sendiri.

Duhai Anak! Apalah daya maksu untuk melihatmu disana. Walaupun hati maksu sentiasa memikirkan keadaanmu disana tetapi maksu tak berdaya untuk menziarahimu dengan segera. 

Hanya doa yang dapat maksu titipkan agar semuanya berjalan dengan baik. Maksu & Paksu akan cuba menziarahimu pada hujung minggu ni. Maksu harap ketika itu nanti keadaanmu sudah semakin baik.

YaAllah.. Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengasih...

Sembuhkanlah Mohd FathulNizat, damaikanlah hati & jiwanya. Tenangkanlah hati & fikirannya dari segala macam masalah yang yang melanda, bukakanlah pintu hatinya untuk menerima apa yang terjadi dengan rasa redha... YaAllah.. Hanya padaMu kami mohon rahmat & petunjuk... Amin Yarabbal Alamin...

Dik Un bersama dua anak dara saya

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Salam Jun,

rasa kakcik, Dik Un amat memerlukan perhatian dan kasih sayang. Mungkin dia merasa tersisih dan kehilangan. Kakcik doakan semoga Dik Un diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa dan dapat melalui hari-hari mendatang dengan lebih ceria. Begitu juga, semoga Jun dan suami dapat menghulurkan bantuan yang berterusan dalam usaha memulihkan Dik Un. Dia dalam kemurungan tu!

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Kami doakan beliau kembali sihat seperti sediakala.

MaMa MoDeN berkata...

Salam Kak Cik,
terima kasih atas nasihat kak cik tu.
mmg Dik Un punya ibu bapa yang agak tegas dgn anak2 mereka. saya jarang melihat mereka melawak, bermesra dgn anak2 tapi peliknya kalau dgn anak orang, anak2 kami misalnya nampak mesra pulak...

Dik Un satu2nya anak mereka yg memang rapat dgn kami..

semoga dia cepat smbuh...

MaMa MoDeN berkata...

Salam PUPP,
terima kasih atas sokongan & doa..
smoga doa sahabat2 akan cepat memulihkan beliau..

P/S: berkampung di Bagan Pinang ker? Mama Moden tak dapat p, harap smua pihak dapat berkempen dgn baik bagi memenangkan calon masing2..

Guru berkata...

assalammualaikum

semoga dik un segera disembuhkan oleh Allah

wardah berkata...

Salam,

Mama, mudah2an Din Un diberi ketabahan dan kesabaran dan cepat sembuh. Amin.

Ummi Abdullah berkata...

mak su...dik un sakit apa?