New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

13 Oktober 2009

Mee Kuah Hidangan Buat Kawan2 Anak2...

Assalamualaikum....

Dua tiga hari sudah Kak Teh bagitau 4 orang kawan baiknya dari SMKA(P) Al Mashoor nak datang beraya.  Saya kata nak jamu apa Kak Teh? Kuih raya pun dah habis.

Baba menyampuk buat mee kuah. Maka hari ini terhasillah menu mee kuah untuk jamuan kawan2 Kak Teh. Kelmarin saya pelawa Kak Cik untuk ajak kawan2 dia datang juga. Sekali dia bawa sampai 8 orang.

Nasib baik beli mee lebih semalam. Saya buat puding jeli koktel sikit untuk mereka.

Alhamdulillah, mereka semua dah balik sebentar tadi. Datang serentak, baliknya pun sekali semua.

ini bukan mee kuah buatan saya, ambil dari encik google

terima kasih pada sahabat yang menjadi guru saya membuat mee kuah

15 ulasan:

wardah berkata...

wow! shedapnya mama..ni mcm mee bandungkan??? hmmm terliur saya.

wardah berkata...

wow shedapnya mama!hmm terliur saya...ni mcm mee bandung ker???

a kl citizen berkata...

assalamualaikum

patutlah terbau mee kuah sampai kat keramat kuala lumpur ni

maiyah berkata...

sdp tu mama.. sy dah lama tak makan mee2 nih, maklum ler slera skrg dah lari

MaMa MoDeN berkata...

salam wardah,
yer lebih kurang macam mee bandung cuma selalunya mama buat tak boh ramuan kacang tanah&udang kering. Suami & anak2 tak berapa suka boh benda2 tu tapi semalam mama teringin mee bandung johor so utk mama punya mama boh le kacang tu.

famili di utara ni slalunya klu buat mee kuah dlm kuantiti yg byk depa lbih suka tuang atas mee jer kuah tu tapi mama masak smula bahan2 campuran & mee dgn kuah. jadi macam makan mee kat kedai ler...

depa main oder jer, mama mee kuah 1!

MaMa MoDeN berkata...

salam cikgu,
wah! yer ker terbau smpai kolumpo nu? sori ler cikgu jauh sgt nak ngantor nyer...

MaMa MoDeN berkata...

salam pn maiyah,
anak2, suami memang suka mee kuah ni.. tak apalah, nanti klu ada selera boleh makan..

harap puan sihat, kuatkan smngat dlm mniti khidupan mdatang..

insan_marhaen berkata...

bila pulak nak buat mee kari? favourite aku tuuu... kalau makan tu sampai kuahnya pun habis licin.

MaMa MoDeN berkata...

salam insan marhaen,
alamak! kari2 ni saya tak berapa pandai.. bila masak kari, anak2 saya kata " mama, lebih baik mama masak masak lemak atau asam pedas, lagi umm dari mama masak kari"..

tapi pernah lah juga buat mee kari ni, utk keluarga makan boleh lah kot, utk jamu kat tetamu tak brapa sesuai rasanya... tak terror..

rupanya saya masih orang JOHOR, walau dah tukar alamat mykad..

siti murni berkata...

time2 camni tgk gambar pun dah terliur...:-)

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Salam,

Cikgu mengidam mee kuah juga tu.

Teringat petang tadi. Selesai Perhimpunan Agung kawan-kawan pakat ajak makan Nasi Beriani di Jalan TAR. Kenyang sampai malam.

MaMa MoDeN berkata...

salam PUPP,
Wah! bkampung d PWTC yer, selamat bermesyuarat... smoga mencapai apa yg dihajatkan..

mama dgr ucapan perasmian Presiden pagi tadi, nampak penuh semangat!

Nasi beriani? sedap tu...
masa ngandung anak ke 7, 3 thn lepas mama mngidam nasi beriani gam batu pahat, tgh sarat balik juga nak makan smpai kena tahan wad di hosp batu pahat. tapi lani dah sng nak makan nasi beriani gam, kat sungai petani kat area rumah baru mama ada kedai jual nasi briani gam batu pahat. tuan kedai tu mmg asal sana, cakap piau lagi jawa batu pahat... rasanya mmg ummmmp...

Terima kasih. Tak pernah lagi merasa beriani gam yang betul-betul sedap. Mungkin kena cari-cari di area SP sebab jauh nak ke BP.

Bila ketagihan nasi beriani selalu ke Campbell Street saja. Nasi beriani, ayam ros, kurma kambing dan sotong. :)