Assalamualaikum.....
Saya percaya masih banyak lagi kalangan rakyat Malaysia yang berbangsa melayu, Islam masih meraikan kemeriahan syawal dengan rumah2 terbuka atau 'open house'.
Makalumlah puasakan sebulan, maka raya pun sebulan lah. Setiap hari teruatamanya hujung minggu jadual kita padat dari tengahari, membawa ke petang hinggalah kemalam. Aktiviti diisi dengan majlis2 rumah terbuka jiran2, sahabat handai & teman sekampung.
Tidak masuk lagi dengan majlis2 kenduri kahwin. Baguslah juga, selain dapat merapatkan ukhwah, jimat juga bajet dapur selepas raya.
Kadang2 kita dihidang dengan seribu satu macam menu diatas meja. Sampai tak tahu nak makan yang mana satu.
Bagi saya , walaupun ramai yang bertanya 'open house' kami tahun ni, bertanyakan lontong asli dari Johor, bagi saya tanpa anak2 yang cukup bilangannya dirumah agak tidak seronok mengadakan makan2. Sebab itulah kami telah mengadakan jamuan BBQ dirumah pada raya pertama. Selain meraikan anak2, khususnya yang akan menyambung pengajian selepas cuti raya, tetamu kami malam tu hanya saudara mara terdekat & sahabat2 yang kebetulan tidak balik kampung seperti kami yang sama2 meraikan jamuan malam tersebut.
Buat sahabat2 yang lain, jiran2 serta tetamu2 yang ingin bertandang, rumah kami sentiasa bersedia menerima tetamu bila2 masa pun. Kalau nak juga 'open house'., I'ALLAH lain tahun. Kadang2 kalau semua anak2 saya ada dirumah tak raya pun kami buat makan2. Kalau ada kesempatan memang kami akan mengundang kawan2 datang kerumah bila buat jamuan macam tu.
Raya kita dah nak habis, mari kita bagi peluang pula pada rakyat Malaysia yang dari kaum india pula untuk meraikan deepavali pada 17 oktober nanti. Kepada sahabat2 dari kalangan kaum india, happy deepavali saya ucapkan.
Happy Deepavali....
3 ulasan:
Salam June..
pelik kan? masuk je 1 Syawal, raya bagaikan tak habis.. sampai dah habis syawal pun, masih ada yang 'terlajak' buat jamuan hari raya!
sambung raya..... tart nanas tukar maruku la pulak.... hehehe
salam cikgu,
tak apa kita boleh raikan deepavali sbb ianya perayaan budaya tak salah saya. tak mlibatkan agama sperti thaipusam..
maruku mmg sdapkankan, lbih sdap bbanding tat nenas..
Catat Ulasan