New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

20 Oktober 2009

AWAS! AMARAN....

Assalamualaikum.....

Nasihat Buat Suami Dan Isteri Poligami 

Sejak saya mengupas mengenai hukum hakam poligami, ramai para isteri yang bermadu menghubungi saya menyatakan mereka tidak tahu menahu tetang hukum itu. Masing-masing menyatakan terjerat dik nafsu sendiri. Tidak kurang juga yang mengakui sering tertipu kerana kepentingan tertentu.

Ramai juga mengakui tiga bulan pertama atau setahun pertama mereka hidup bahagia. Hal ini kerana Isteri pertama suaminya tidak tahu dia ada isteri lain. Setelah semua rahsia terbongkar, suaminya terpaksa lebih banyak di rumah isteri pertama. Ada yang menyedihkan, isteri baru hanya boleh bertemu suaminya di pejabat dalam kadar sejam sahaja.

Suami tak kala berada di rumah isteri pertama, tidak bahagia kerana terpaksa bermain perasaan. Walaupun ada dua isteri tetapi hidupnya seperti tiada isteri. Masa untuk berseronoh suka sebagai suami isteri sudah tidak ada. Suami tidak boleh keluar ke rumah isteri lain kerana dikawal keinginannya.

Ada isteri yang mengadu kepada saya, sudah lama dia tidak bersama suaminya, nafkah tidak diberi kerana dia ada pendapatan sendiri. Isteri ini reda dalam keadaan terpaksa. Apalah indahnya poligami sebegini. Saya bersimpati kepada mereka walaupun kalau mereka reda diberi pahala oleh Allah. Saya juga bersimpati kepada suami walaupun mereka terpaksa menempah neraka di dunia dan neraka akhirat.

Saya tidak mampu menasihati para isteri ini kecuali bersabar dengan keadaan itu. Tapi yang paling penting seharusnya saya menasihati suami namun kerana suami tidak pernah meminta nasihat apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan mereka.

Sebenarnya kalau mengikut ilmu perkahwinan, seharusnya isteri berani memohon taklik atau fasah daripada suaminya. Tetapi apa yang saya dapat maklum balas daripada mereka, mereka masih mahu bersabar. Mungkin mereka tidak sanggup menjadi janda. Saya hormati kehendak mereka, tetapi kalau keadaan itu berterusan, nasihat saya, segeralah mohon taklik atau fasakh.

Sebenarnya tidak hina seseorang itu menjadi janda atas sikap suami yang begitu. Cuma yang saya bimbangkan kalau status perkahwinan mereka tidak sah kerana tidak didaftarkan di Malaysia. Kalau ini yang terjadi, dia tidak boleh dilindungi oleh undang-undang Islam di sini. Inilah yang tidak seharusnya berlaku.

Belajar daripada pengalaman ini, saya menyeru kepada semua wanita Islam di negara ini berhati-hati dengan tawaran poligami. Bukan saya menghalang anda berpoligami tetapi pilihan suami yang benar-benar beriman dan bertakwa amat sukar pada zaman ini. Ketahuilah mereka yang beriman dan bertakwa sahaja yang boleh menyelamatkan isterinya walaupun seramai empat orang.

Pada masa yang sama, saya menyeru kepada para suami yang ada niat untuk berkahwin lagi, belajarlah dahulu ilmu fiqah terutama dalam soal poligami. Setelah itu tanyalah kepada diri, untuk apa berpoligami, adakah untuk mendapat nikmat berkeluarga atau apa? Kalau untuk dapat nikmatnya, jangan belajar menipu isteri pertama untuk membolehkah berkahwin. Juga jangan tipu isteri kedua kerana takut isteri pertama. Tapi takutlah kepada Allah, kerana dosa yang anda lakukan akan dihukum di dunia lagi sebelum di humbankan ke dalam neraka.

ihsan dari blog  Fikrah Islamiah



4 ulasan:

hentian berkata...

rasa sedih bila membaca suami yang tidak ada full responsibilty terhadap isteri dan keluarganya sendiri....

MaMa MoDeN berkata...

salam insan marhaen,
saya stuju...
saya juga bkn anti poligami, bnda tu dibenarkan dlm Islam knapa kita nak halanh tp suami2 kna pkkan, knapa kaum isteri mlarang suami mereka kahwin lagi.camna nak kahwin lain..


kalau kahwin lebih jer ikut sunah, tapi pkara lain tak ikut sunah, camna nak benarkan.

isteri sorang pun makan minum, pakai seadanya camna nak kahwin lain

tu yg jadi bila kahwin anak tunggang langgang jadinya..

Kakcik Seroja berkata...

Salam June...

kakcik belum ada kekuatan untuk bermadu dan dimadukan! :)

MaMa MoDeN berkata...

salam kak cik,
hehehehe mana ada dlm dunia ni wanita yg sanggup bermadu & dimadukan kak cik...

kalau ada mmg wanita tu layak mdapat 'payung emas'.. tapi mesti benar2 ikhlas kan kak cik!

june pun belum sanggup bermadu & dimadukan, walau tidak menentang poligami tapi berdoa siang malam agar pkara tu tak tjadi...

dulu2 mmg slalu cakap kat suami, benarkan dia kahwin lain klu jumpa yg lebih baik dr june, tp skrg ni dah jarang utarakan pkara tu...

tak tahu knpa adakah sbab smakin tamak dgn kasih sayang atau sbab dah tua takut khilangan kasih sayang....

tapi sntiasa bsedia zahir, batin, mental andai pkara itu tjadi, bkn apa tak mahulah pula krana lelaki kita jadi tak ketahuan, meroyan pulak nanti kalau2 suami kahwin lagi... maklumlah cinta tak boleh dipaksa2 kan kak cik!

sama2lah kita berdoa agar suami kita tak mengintai2 org lain & suami kita tak diintai2 wanita lain...