Assalamualaikum.....
Sekali lagi pagi 6 Ogos, kami sekeluarga balik ke Kampung di Kedah menziarahi jenazah mak saudara suami saya yang meninggal petang kelmarin, 5 Ogos 2009.
Alfatihah buat Mak Lang Piah, semoga rohnya dicucuri rahmat.
Apa yang agak saya kesalkan, adalah berita kematiannya yang amat lewat kami terima. Suami saya hanya dihubungi oleh Kakaknya jam 9 pagi tadi, sedangkan Allahyarhamah telah meninggal sejak petang kelmarin.
Kerana lewat mendapat berita, kami tidak sempat melihat jenazah untuk kali terakhir kerana jenazah dikebumikan pada jam 11 pagi. Sebaik kami sampai jam 12 tengahari jenazah sudah selamat dikebumikan, kami hanya menziarahi pusaranya sahaja.
Allahyarham meninggal kerana sakit tua. Sejak sakit sudah 3, 4 kali kami balik menziarahinya. Allahyarham adalah kakak kepada mak suami saya.
Allahyarham Lang Piah juga antara insan2 yang banyak memberi kata2 perangsang, nasihat kepada saya sewaktu menghadapi kerenah keluarga mertua diawal perkahwinan dahulu.
Selepas mak mertua saya meninggal, bila kami kerumah Lang Piah menziarahinya, dia pasti mengalirkan airmata. Mungkin sedih kerana walaupun mak sudah tiada kami masih tetap menziarahinya hingga ketika dia sakit.
Alfatihah......
2 ulasan:
Innalillahiwainnaillahirojiun - Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan roh para solehin - Amin..
Innalillahiwainnailaihirajiu'n.
Setiap sesuatu yang hidup pasti akan merasai mati.
Al-Fatihah
Catat Ulasan