New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

04 Ogos 2009

Relevankah Kasih Ibu Tetap Membawa ke Syurga?

Assalamualaikum.....

Sabtu lepas saya sekeluarga menonton drama Embun Terbakar di Astro Prima. Lakonan Jue Aziz, Zackry, Dramatis Wan Nor Azlin, Delimawati & Seniman Kuswadinata. 

Cerita berkisar sikap biadap seorang anak yang dibesarkan oleh seorang ibu yang kematian suami. Lantaran sianak yang bernama Ain, merasakan segala kejayaan, susah senang hidupnya selama ini adalah atas hasil usahanya sendiri maka dia merasakan tiada kepentingan peranan ibunya dalam kehidupannya.

Hingga Ain bertemu jodoh dengan suami yang kaya, anak Dato', Ain masih terus merasakan ibunya sebagai beban. Ain juga malu punya ibu seperti ibunya. Ain lebih menghargai, menyayangi ibu mertuanya dari ibu kandungnya sendiri.

Suami Ain pula sangat baik orangnya. Dia lebih menghormati ibu Ain lebih dari Ain sendiri. Yang membuat saya terharu, apabila Ain sendiri tidak langsung mengingati ibunya, suaminya pula yang tidak dapat tidur malam mengenangkan ibu mertuanya. Suami Ain yang kalut mengambil berat perihal ibu mertua lebih dari Ain sendiri.

Akhirnya Ain menerima azab akibat derhaka pada ibu kandungnya takkala Ain berada antara hidup & mati sewaktu mahu melahirkan anaknya. Bukan siksanya melahirkan tetapi Ain dibayangi azab2 sehingga Ain merasakan ibunyalah penolong, perangsang, pendokong kejayaannya selama ini. Ain mula menginsafi dosa2 pada ibu kandungnya selama ini. Dengan penuh ihsan, keinsafan Ain mengaku sikap biadapnya pada ibu kandung selama ini pada suaminya yang amat baik itu & meminta suaminya membawa ibu kandungnya untuk meminta maaf.

Namun hati seorang ibu, ibu Ain tidak pernah merasa kecil hati, menderhakakan Ain yang tidak menghormatinya selama ini. Dia hanya mahukan anaknya hidup bahagia. Akhirnya setelah mendapat kemaafan&keredhoan ibunya Ain dapat melahirkan anaknya. 

Tetapi saya tak puas hati, kerana diakhir cerita Ain meninggal setelah melahirkan. Untuk apa watak Ain dimatikan? Sepatutnya cerita berakhir dengan kebahagiaan Ain bersama suami&anaknya juga dia menebus dosa pada ibunya dengan menjaga ibunya dengan baik. Kalau kat India dah kena bakar panggung wayang sebab ending cerita yang sepatutnya happy, jadi sedih pulak.

Apa yang saya nak simpulkan adalah rupanya walaupun seorang isteri sudah berkahwin, hingga ada yang mengatakan syurga seorang lelaki sampai bila2 pun dibawah tapak kaki ibu, manakala syurga isteri dibawah tapak kaki suami. 

Tetapi berdasarkan cerita Embun Terbakar ini, seorang wanita bersuami tetap memerlukan keampunan seorang ibu. Ada juga yang bersuara dosa2 itu dilakukan sebelum perempuan itu berkahwin. Adakah maknanya seorang wanita bersuami tidak apa menderhaka pada ibu kandungnya? Tidak memperdulikan ibu kandungnya? Boleh bertindak seadanya sahaja pada seorang ibu?

Bukankah sepatutnya bila persoalan ditimbulkan, sepatutnya jawapannya adalah siapapun yang bergelar anak harus menghormati, menyayangi, mengambil berat pada siapapun yang bergelar ibu. Suami, isteri dimana2 boleh dicari ganti... bila2 pun boleh ditukar ganti.... tetapi seorang ibu? Itulah satu2nya ibu yang kita ada seumur hidup biar siapapun ibu kita itu.

Apapun, Berat Mata Memandang... Berat Lagi Bahu Memikul.

Bercakap Memang Amat Mudah Dari  Melaksanakan......




3 ulasan:

Miss Bieb berkata...

Mama,
Kasih ibu tiada tandingan..
Tiba2 teringat mak kat kampung..sedih~~

Maiyah berkata...

salam mama.. mmg relevan, walau dah bersuami kita wajib brtanggungjawab pada mak.. kalau kita abaikan tetap berdosa.. dan pasti Allah akan beri petunjuk dengan pelbagai cara kalau derhaka pada mak. Dah memang tanggungjawab umat Islam membantu sesama Islam tak kira sapa pun

MaMa MoDeN berkata...

Salam...

Alangkah indahnya andai setiap kata2 dapat dilaksanakan dgn mudah.

Takkan dapat berbakti dgn baik pada mak abah andainya bila nak menziarahi mereka kena ada sebab & alasan kan!

Semoga Allah ampunkan kesilapan & dosa2 pada mak abah yang tak terdaya nak mengelaknya....