New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

08 Julai 2009

Tip Berguna Untuk Wanita

Assalamualaikum.....

Saya bukan anti poligami, tetapi sekadar berkongsi maklumat agar poligami yang diinginkan benar2 mengikut syariat & landasan yang telah ditetapkan.


Poligami yang akan diberkati oleh Allah adalah poligami yang tidak berdasarkan nafsu duniawi semata2.


Asas2 & niat melaksanakan poligami itu sendiri haruslah ikhlas, jujur sejak dari mula. Tiada penipuan walau dimana2 pihak.


Disini saya ingin kongsi tip2 buat adik2 atau anak2 perempuan diluar sana yang mungkin akan atau sedang dijerat oleh lelaki buaya darat yang telah bertitle suami orang.


TAPI AWAS tidak semua ciri2 ini mewakili sikap2 suami orang yang buaya darat, ada juga yang bersikap poyo tanpa mempamerkan ciri2 yang dinyatakan.

Sedikit tip untuk wanita mana tahu rupanya anda 'ter'bercinta dengan suami orang.

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.


7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.


Wahai wanita2 kaum sejenis saya, berhati2lah dalam memilih jodoh. Madu memang manis jika betul2 dinikmati tetapi akan menjadi pahit bak hempedu jika tidak dihayati.


Elakkanlah bercinta dengan suami orang seboleh yang mungkin, tetapi jika sudah ditakdirkan ( takdir yang tidak boleh dielak) layarilah & payungilah mahligai poligami itu dengan sebenarnya.


Pandai2lah membawa diri bahawa diri anda hadir kemudian, jangan jadi seperti kaduk naik junjung atau seperti sikudung mendapat cincin.


Berkongsilah dengan makna sebenar2nya berkongsi. Jangan dirampas serta digugat kasih sayang suami isteri serta anak & ayah.


Buat insan2 lelaki yang dihormati yang bergelar suami orang, hati2lah dalam memelihara cinta yang sedia ada jika anda terlintas mencari cinta baru.


Jangan disingkir isteri yang setia hanya kerana anda mencari cinta baru yang tidak pasti. Walau apapun kekurangan isteri anda, kenanglah sedikit jasa&pengorbanannya selama hidup dalam susah mahupun senang bersama anda.


Tambahan lagi jika isteri anda telah melahirkan zuriat anda sebagai penyambung keturunan. Sesungguhnya pengorbanan isteri anda melahirkan zuriat2 anda tiada tolok bandingnya. Tiada apapun didunia ini yang dapat membalas jasanya bertarung nyawa melahirkan anak2 anda. Nyawanya ibarat telur dihujung tanduk ketika itu. Bertarung nyawa separuh hidup manakala separuh lagi menuju kematian.


Janganlah hendaknya kerana kesilapan sebesar hama yang dilakukan membuat anda begitu mudah menjadikan alasan bermain cinta.


Gunalah sebaik2nya 9 akal, 1 nafsu yang Allah kurniakan kepada anda untuk perkara kebaikan. Bimbinglah & payungilah isteri anda yang cuma ada 1 akal berbanding 9 nafsu yang dikurniakan padanya.


Selamat Berbahagia Kepada Semua Pasangan Suami Isteri Samada Semasa Susah Mahupun Senang. Kepada Yang Berpoligami, Berkongsi Kasih Sayang & Kehidupan, Layarilah Kehidupan Kalian Dengan Penuh Tawakal Kepada ALLAH.




4 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

Ada rakan membuat kenyataan sebegini, "Jangan percaya janji/ kata-kata orang yang mempunyai isteri lebih dari satu. Hanya orang yang benar-benar pandai menipu atau orang yang benar-benar bodoh yang akan beristeri lebih dari satu".

Ye ke????? Wallahhua'lam.

MaMa MoDeN berkata...

salam zool
Wallahhualam, hanya ALLAH mengetahui.

Tapi sebagai lelaki bgelar suami anda sendiri ada jawapannyakan?

tapi katanya lelaki normal pasti akan ada keinginan punya isteri lebih dr satu...ermm yer ker?

suami budiman, yg setia pada satu isteri tak normal ker?

tak normal dr segi apa? mental?? fizikal?? nafsu nafsi?? entahlah hanya jauhari mengenal manikam.

lelaki yg baik pasti takut dgn tjawab pada anak isteri jika tak tertunai.

isteri satu pun belum tentu ttunai tjawabkan, apatah lagi lebih. nanti yg dikejar tak dapat yg dikendong bciciran...

maiyah berkata...

Dalam Islam memang tiada larangan tapi tujuan org lelaki zaman sekarang kawin bukan sebab nafsu tapi bukan semua

xiiinam berkata...

....ketulusan dan keluhuran...



Kunci kerukunan suami dan isteri...