New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

06 Julai 2009

Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai

Assalamualaikum.....


Selamat Mengundi kepada semua penduduk Manek Urai. Selepas proses penamaan calon pagi tadi, PRK N41 akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS & BN.

 BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Status mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

Selamat Mengundi kepada semua pengundi N41 Manek Urai. Buatlah pilihan yang bijak demi kesejahteraan Agama, Bangsa & Negara.

Kepada petugas2 Pilihanraya, selamat bertugas diucapkan....



Tiada ulasan: