New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

12 Julai 2009

Ku Izinkan Dia Pergi.....




Assalamualaikum....


Alhamdulillah, akhirnya Angah dapat juga tawaran ke Universiti setelah menanti beberapa ketika. Keadaan dirumah agak kelam kabut sejak menjelang malam jumaat baru ni.


Seusai saya balik dari pasar petang di Batu Lancang untuk persiapan memasak makanan untuk Mesyuarat AJK PIBG SMKA(P) ALMASHOOR keesokan harinya, suami saya sedang menunggu dikaki tangga sambil berkata " kalut eh ".


Rupa2nya kekalutan itu berpunca dari berita yang baru dilihat di Internet.


Alhamdulillah, rupanya Angah ditawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Iman, Terengganu Kampus KUSZA (UDM) dalam kos Diploma Pengajian Islam Syariah selama 3 tahun.


Kenapa kalut?? Yer la, mana tak kalut. Dah malam ni... Hari pendaftaran 12 Julai 2009. Nun jauh di Terengganu nu.... Kenapalah dah lewat baru kami tau yang keputusan rayuan ke IPTA diketahui hari ni? Sedangkan suratkhabar sudah berada di depan pintu sejak awal pagi lagi.


Persoalannya... macamana nak hantar Angah ke sana? Dahlah tengah2 bulan! Terkejut tergempar pulak! Masa suntuk! Mana nak cari belanja untuk segala macam persiapan&perbelanjaan. Dahlah baru minggu lepas hantar Tata ke UPSI Tanjong Malim! ....Kami bukan orang senang yang RM berkepuk di bank atau bawah bantal. ah sudah.. pening! pening!


Akhirnya setelah keputusan diambil, Angah yang sedang menyambung belajar tingkatan 6 di SMKA ALMASHOOR LELAKI, mahu menerima tawaran ini. Kebetulan sejak seminggu Angah merungut tak boleh nak ikut pelajaran tingkatan 6. Saya cuba memujuk agar dia bersabar setiap kali dia meluahkan rungutan, mujurlah tawaran ini datang.

Semalaman kami bertungkus lumus menyiapkan dokumen2 yang perlu diselesaikan. Keesokannya hari berlalu begitu pantas rasanya. Membuat pemeriksaan kesihatan, mencari tiket bas ke Kuala Terengganu, pengesahan segala macam borang. Mujurlah ada Pengetua SMKA(P) ALMASHOOR untuk mengesahkan borang2 kemasukan Angah. Terima kasih Ustazah Solehah Awang. Mujur juga pembayaran boleh dibuat dengan wang tunai masa pendaftaran nanti, kalau tak mana nak cari BIMB malam2 ni?


Perkara yang paling penting adalah kewangan... Mujurlah ada insan2 yang sudi membantu. Segala lubang&peluang yang ada kami keluarkan, kami korek & gali. I'ALAH demi pelajaran anak2 kami sanggup bergolok bergadai. Kerana tiada harta benda & kemewahan, pelajaran lah yang akan kami tinggalkan pada anak2. Setelah ditolak yuran pendaftaran RM450, selebihnya cukuplah untuk belanja Angah sementara ini.

Demi menjimatkan kewangan yang ada, saya dengan berat hati melepaskan Angah berseorangan melalui perjalanan yang jauh untuk mendaftarkan diri hari ini. Bajet perjalanan dengan kenderaan sendiri lebih baik kami gunakan untuk yuran pendaftaran & perbelanjaan Angah disana. Demi menyedapkan hati juga saya berkata ah! tak apa, anak lelaki!


Persiapan yang amat ala kadar dari soal pakaian, barangan peribadi & sebagainya. Angah bawa apa yang ada saja untuk sementara. Sepanjang saya & kak uda membantu menyiapkan barang2 dia, memang rasa sedih sangat. Amat ala kadar & serba kekurangan. Tapi saya cuba menyembunyikan rasa sedih itu.


Dengan persiapan yang ala kadar itulah Angah berangkat menuju destinasi jam 9 malam tadi dengan Bas Cepat Express. Bermulanya perjalanan Angah di Stesen Bas Sungai Nibong. Hanya di situ saja yang mampu kami hantar perjalanan baru Angah sebagai Mahasiswa. Akhirnya kesedihan & keharuan saya tumpah juga di Stesen Bas Sungai Nibong. Maafkan mama anakku, mama tak mampu menghantar kamu ke destinasi seterusnya! Pandai2lah kamu menjaga diri, membawa diri bermula saat ini hingga 3 tahun mendatang...



p/s : Masih terngiang2 ditelinga saya sewaktu kami sekeluarga menghantar Tata mendaftar di UPSI Tanjong Malim, tahun lepas. Angah dengan selamba mengatakan pada kami, bila dia masuk mana2 nanti tak payah hantar ramai2. Lepas hantar terus balik, tak payah melepak lama2. Nah! tertunai juga hasrat dia.....



8 ulasan:

Guru berkata...

sedih juga membaca entri ini..

moga Allah memudahkan segala urusan Angah...

MaMa MoDeN berkata...

salam cikgu,
thanks atas doa.

saya masih rasa sedih sampai sekarang. saya masih belum mampu menelefon dia sejak dia pergi semalam. hati masih sebak. hanya baba dia jer bertanya khabar urusan dia disana seharian tadi.

saya amat gembira dia dpt tawaran ni, amat gembira.

saya sebak kerana tak dapat hantar dia ke kampus & hanya dapat menyediakan psiapan yg amat ala kadar je pd dia. serba kekurangan saya rasakan....

walau saya ramai anak2 perempuan tapi hakikatnya angah yg agak rapat dengan saya berbanding anak2 perempuan saya sedari kecil, tu yg rasa sebak sangat.

apapun terima kasih atas doa & ingatan. tlg doakan anak2 saya bjaya. doa seorang cikgu selalunya makbul....

azlanlin berkata...

Tahniah, tertunai jua hasrat anak2 dan orangtuanya. Alhamdulillah.

Bila ke Tanjong Malim, sudi2lah ke rumah saya...

ain fathihah fhm berkata...

waa, syahdu

angah berkata...

salam...mama..tlis abih aih smua....huhuh...satgi jenoh plak kwn2 blog mama nak amik angah wat menantu..heheh

MaMa MoDeN berkata...

salam angah,
apa kabar? takapalah kalau depa nak buat menantu asalkan angah berkenan...

amboi! belajar ler dulu smpai habis baru pikir pasal menantu menanti ni...

angah aktifkanlah blog tu, citer pkembangan angah kat sana, lepas juga rindu.

angah tau tak, masa angah tel tadi adik dengar suara angah terus dia syebik muka nak nangis....

ok, angah jaga diri elok2 ok...
belajar rajin2...

oh ya, pesan kat kawan2 roomate kalau2 angah demam nak buat camna...

Kakcik Seroja berkata...

Terharu kakcik baca catatan ini.. semua ibubapa mahukan kejayaan anak-anak mereka. Buat Angah, belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kejayaan dalam genggaman.. Bonda (kakcikseroja) turut mendoakan kejayaan angah... insyaAllah..

Nurul Amal berkata...

sayu nyaa

huhu

=')