New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

13 Julai 2009

Jadilah Resmi Padi, Semakin Tunduk Semakin Berisi....

Assalamualaikum.....



Esok penamat perang PRK N41 Manek Urai antara BN & PAS. Setelah seminggu bertungkus lumus berkempen bagi memenangkan calon Parti masing2, esok adalah kemuncak segala penat lelah para petugas kedua2 pihak akan berakhir.


Samada PAS @ BN yang berjaya esok adalah penentunya. Selamat mengundi kepada semua penduduk Manek Urai. Buatlah pilihan yang bijak.



Dalam keadaan gawat2 ni, saya tak berniat pun untuk menjengah2 kesana. Biarlah sahabat2 yang lebih berkemampuan mencurah bakti.


Saya hanya meninjau2 maklumat2 & berita2 terkini melalui pelbagai saluran yang ada. Maklumat dihujung jari telunjuk. Klik sahaja mana2 laman web kita akan tahu segala macam maklumat yang dipaparkan tanpa perlu ke Manek Urai. Cuma mungkin suasana kemeriahannya tak dapat kita rasakan dengan sebenar2nya.


Apa yang ingin saya kongsikan di post saya kali ini adalah sekadar sedikit teguran & peringatan kepada sesiapa yang terlibat khususnya PAS yang bersama dengan kepimpinan Ulama'. BN biasalah... UMNO khususnya yang merupakan parti tunjang BN merasakan kerajaan adalah parti, parti adalah kerajaan. Sebab itulah mereka sewenang2nya menggunakan hak milik kerajaan yang turut dipunyai oleh semua ahli berlainan fahaman politik yang turut membayar cukai.


Mungkin apa yang berlaku tanpa disedari pihak yang terlibat atau sesiapa yang berada disekelilingnya.


Saya melihat setiap kali Pilihanraya samaada Umum atau Pilihan Raya Kecil, masalah yang berlaku adalah menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Yang mana perkara ini selalunya banyak digunakan oleh Parti yang memerintah.


Mereka seolah2 tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu ataupun pura2 tidak tahu untuk membezakan yang mana jentera parti & yang mana jentera kerajaan. Hak milik kerajaan digunakan semahu2nya untuk berkempen. Amat tidak adil pula jika sumber itu tidak pula boleh digunakan sama oleh pihak lawan. Itu perkara biasa.


PERINGATAN KECIL buat pimpinan Ulama' yang saya sayangi : Tanpa disedari dipihak kita juga kadangkala melakukan salah guna jentera kerajaan ni.


Sekadar beberapa contoh kecil, seperti yang berlaku di Kedah setelah PR memerintah .


PASTI yang berada dibawah Dewan Pemuda PAS pernah mengadakan Karnival di Sri Mentaloon tidak lama dahulu. Saya tak pasti Karnival sukan atau Ihtifal. Sedangkan kita semua tahu PASTI adalah hak milik Parti sedangkan Sri Mentaloon, kediaman rasmi MB adalah hak milik rakyat Kedah yang berbagai fahaman politik. Bagi pendapat saya yang kerdil ini tidak sepatutnya majlis Parti diadakan di Sri Mentaloon tetapi tidak menjadi hal jika ia diadakan di kediaman peribadi MB.


Begitu juga kes yang terbaru diadakan di Sri Mentaloon adalah mesyuarat badan Perhubungan Pas Kedah. Mereka bermesyuarat di kediaman rasmi hak milik kerajaan sedangkan bangunan parti ada tersergam indah di Kota Sarang Semut. Mengapa tidak mengadakan mesyuarat parti disana?


Perkara ini walaupun kecil malah pihak yg berkenaan mungkin tidak perasan pun kejadian ini. Tetapi INGAT rakyat bawahan memandang setiap perbuatan & perkataan kita khususnya pimpinan.


Itu belum lagi perkara lain hak milik kerajaan yang digunakan untuk program2 parti seperti kereta kerajaan & sebagainya. Kereta kerajaan yang dikhususkan untuk kerja2 memberi khidmat pada rakyat yang berbilang fahaman digunakan untuk program2 parti seperti ceramah, mesyuarat & sebagainya.


Sepatutnya bila hadir ke program kepartian pimpinan mesti menggunakan harta benda milik sendiri. Kereta kerajaan harus ditinggalkan. Begitu juga title sebagai pegawai kerajaan mesti ditinggalkan sebaliknya mesti hanya menggunakan title kepartian.


Hadir merasmikan program kerajaan WAJIB menggunakan jawatan seperti MB atau Exco kerajaan negeri. Tetapi hadir merasmikan mesyuarat2 atau ceramah WAJIB pula menggunakan jawatan dalam parti seperti Presiden, Timb, Naib, AJK & sebagainya.


Teguran ini hanya sekadar teguran. Terpulanglah nak diguna pakai atau tidak. Tetapi kita harus ingat nak mencapai kemenangan adalah susah tetapi mempertahankan kemenangan lagilah susah.


Rakyat sentiasa memerhati tindak tanduk kita sebagai pimpinan. Tidak salah mengecap sedikit nikmat kemenangan tetapi biar berpada2. Musuh pula sentiasa akan mengorek setiap apa yang tidak kita lakukan, tambahan lagilah jika ada sesuatu yang kurang betul dilakukan.

3 ulasan:

Shifu67 berkata...

Saya melihat setiap kali Pilihanraya samaada Umum atau Pilihan Raya Kecil, masalah yang berlaku adalah menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Yang mana perkara ini selalunya banyak digunakan oleh Parti yang memerintah.

... patut la banyak kenderaan berlogokan kijang kat manik urai.... kerajaan yang memerintah kelantan le tu kan mama..... :)

maiyah berkata...

selamat mengundi.. PAS PAS PAS

Din Binjai berkata...

Asslammualaikum Kak Ju...tkasih sudi layari blog saya kecil yg baru tak sampai sebulan lagi. Alhamdulillah 10 hari saya monitor blog guna web-stat, kelmarin saja 1644 pelawat, rekod paling tinggi. 10 hari juga sudah 5374 pelawat. rekod ini tidak boleh lihat dalam blog tp cukup detail hanya boleh dilihat oleh owner blog. Saya pun gawat juga sbb tu tak p manek urai. apa yg kak ju utarakan memang benar dan memang tak boleh kita salah gunakan harta kerajaan utk tujuan parti. cakap salah tak cakap pun salah. kita kena bpegang pada hadith Nabi, Sabda Nabi jika anak aku Siti Fatimah mencuri, nescaya aku sendiri akan potong tangannya". Tapi ada sesetengah pmpinan kita yg bila menang mudah lupa daratan. Kita lah yg berperanan menegurnya. macam kes Fairus, saya dah guna saluran dalaman parti, tp akhirnya saya pula difitnah macam2. berani kerana benar. takut kerana salah. kita boleh gunakan emel utk bincang pkara2 yang bermanfaat.. dijaabadi@gmail.com atau dinbinjai_kepalabatas@yahoo.com semoga Allah merhmati dan memberkati kita semua..amin..