New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

13 Jun 2009

Salam Takziah


Assalamualaikum.....

Pelakon terkenal Shukery Hashim (55) telah meninggal dunia di Hospital UKM Cheras jam 1 tengahari pada 10 Jun 2009 yang lalu akibat penyakit kanser pankreas.

Salam takziah kepada isteri Allahyarham Puan Fatimah Mohd Desa, semoga dia boleh bersabar dan tenang menghadapi ujian ini. Allah sayangkannya lalu mengambilnya di saat ini.

Allah selalu mengingatkan umatnya bahawa setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan mati. Jadi beruntunglah mereka yang sudah bersedia ke arah itu. Taubat daripada dosa itulah antara persiapan yang harus diberi keutamaan dalam hidup.

Saya pernah terserempak dengan Allahyarham sekitar tahun 1996 di Bangi ketika kami sekeluarga menikmati satey kajang Haji Samuri disitu.

Tapi malu nak dapatkan Allahyarham untuk ambil autograf, hanya saling pandang memandang jer...

Nampaknya industri lakonan kehilangan seorang lagi pelakon yang berbakat.


Semoga rohnya di cucuri rahmat...


Alfatihah..........


2 ulasan:

zai berkata...

salam mama moden, sy mmg minat dgn arwah shukrey hashim ni, klu berlakon cite lawak mmg real..moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

ZOOL@TOD berkata...

Saya baru je tahu pemergian Allahyarham melalui blog ini.

Beliau antara pelakon yang hebat, cuma kerap diberi watak sampingan namun wataknya hidup dan berkesan. Walaupun tanpa anugerah beliau tetap hebat.

Al-Fatihah