New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

04 Jun 2009

Nostalgia 4 Jun Dalam Kenangan.....

Assalamualaikum.....
Hari ini 20 tahun yang lalu........

Segalanya bermula tanggal 3 Jun 1989. Sebuah sejarah telah tercipta buat sepasang insan dan bergelar suami isteri tepat jam 10 malam 3 Jun 1989. Pada 4 Jun 1989 pasangan ini menjadi Raja Sehari diatas pelamin. Kemeriahan, keindahan kenangan yang masih segar diingatan walau 20 tahun telah berlalu dimakan waktu.


Kenangan mesra yang akan bersemadi dilubuk hati seumur hidup. Pasangan ini telah menghiasi rumahtangganya dengan kelembutan, dipagari dengan keimanan, dibumbungi dengan ketaqwaan dan dilindungi dengan keikhlasan.


Kasih & sayang merupakan tunggak kemesraan. Sejarah yang tercipta tidak akan luput selagi hayat dikandung badan. Segalanya akan disemadikan dilubuk hati yang paling dalam. Ianya akan kekal tersemat disitu walau apapun yang telah terjadi & akan terjadi.


Doa & harapan pada Yang Maha Esa, semoga kebahagiaan akan kekal sehingga ke akhir hayat. Hanya maut yang akan dapat memisahkan kasih sayang yang dibina selama 20 tahun ini....






4 ulasan:

amirafatin berkata...

amin..

moga berbahagia

srikandi_kasih berkata...

~ semoga sentiasa bahagia
~ semoga berjaya di dunia dan akhirat..

Tanpa Nama berkata...

Sudah la. Usah di kenang sejarah silam. Teruskan kehidupan. Nampak macam Mama Moden masih mengharapkannya. Biarkan dia dengan dunia dia. Jangan di ganggu

MaMa MoDeN berkata...

salam tanpa nama..
I'ALlah akan ttp ingat tarikh tu tp sbagai kenangan silam, mana mungkin saya lupa hari bsejarah tu sbb saya masih punya ingatan & memori, lainlah klu saya sudah hilang ingatan. tapi skdar ingatan utk sbuah kenangan, bukan lagi utk dirai... kalau 'sidia' tak beria2 mngucapkan selamat & masih mahu meraikan saya pun sudah lupa hari ini harinya, walau tahu hari ni 4 jun... I'Allah saya tidak mengharapkannya lagi, saya juga tidak pernah mengganggunya lagi... Allah lebih tahu saper mgganggu saper...

p/s : kalau tanpa nama ni isterinya ataupun tukang risik atau tali barut isterinya, smpaikan salam saya pd PEREMPUAN tu saya tak bminat lagi pada suami dia, bukan saya yg patut dia risau & khuatirkan utk jd saingan dia tp wanita2 lain yg berada dikeliling suaminya... pantau2 lah selalu dimana & kemana suaminya pergi...