New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

20 Mac 2009

Terima Kasih Anak2ku....






Assalamualaikum....


SEKADAR RENUNGAN.... Hanya kerak nasi untuk MAK...


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya dikampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.


Aku minta untuk membantu,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.


Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng, bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka.


Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya: 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab 'mak belum makan apalagi tu!'Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng,nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya.


Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'.


Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila ku lihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untukdimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..


YA RABBI, Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.





Catatan saya....


Memang sedih cerita diatas. Tapi hakikatnya memang begitulah realiti seorang perempuan bergelar ibu, mama, umi, mak, mummy atau apa sahaja gelaran.


Seorang mak akan buat apa saja demi anak2nya. Sanggup membakar diri menjadi lilin menerangi anak2nya.


Seorang mak akan berkorban apa saja demi anak2nya.


Walaupun mereka tidak meminta balasan atas apa yang dilakukan tapi hakikatnya jasa mereka perlu kita kenang.


Baru2 ni saya diserang sakit kerongkong yang paling teruk saya rasakan. Sakitnya bermula sepulangnya saya dari Hospital menjaga kakak dan berpanjangan hingga kerumah kenduri kakak ipar saya.


Kemuncak azab yang saya tanggung pada hari kenduri hingga saya tak mampu lagi menelan makanan.


Sepanjang perjalanan balik ke Penang memang saya tak mampu lagi berbuat apa2. Badan dah rasa seram sejuk menahan kesakitan. Tekak & leher dah kembang semacam. Menelan air liur terasa seperti menelan sebiji buah durian ( pernah ke telan durian??)


Saya tidur sepanjang perjalanan Kulim-Penang, mujurlah ada Kak Uda, Kak Tih & Kak Cik meneman baba memandu dan menengokkan Kakak & Nin.


Sampai dirumah saya dah tak ketahuan apa. Masa bila saya menanggalkan baju kenduri & berselimut dikatil. Barang2 suami&anak2 yang punggah naik kerumah. Saya betul2 tak ketahuan.....


Tiba2 saya perasan saya menjerit, menangis, meraung kesakitan...entah pukul berapa.


Bila saya sedar, saya perhatikan Kak Uda & Kak Tih berada disisi saya sambil mengusap kepala & badan saya yang kepanasan.


Mereka mengambilkan panadol untuk saya dan akhirnya saya zzzzzzzzzzzzz


Dua hari saya berkeadaan begitu walau telah dibawa ke Klinik oleh sang kekasih ( pinjam perkataan rasa sayang ).


Akhirnya dengan bekalan antibiotik, panadol olah Pusat Kesihatan Kecil, ALHAMDULILLAH saya sembuh sepenuhnya dua hari lepas.


Nikmat makan kembali semula, kalau tidak apa yang ditelan semuanya rasa tak kena.


Yang penting saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat anak2 & suami yang menjaga saya dengan baik sepanjang ketidakupayaan saya selama beberapa hari ni. Saya betul2 rasa dihargai & dipeduli....


Terima Kasih Sayang....................






2 ulasan:

Unknown berkata...

kalau mak demam lelama.... ada la yg kena makan kerak nasi ni... :)

Tanpa Nama berkata...

Kasih ibu sepanjang hayat. kasih ayah sepanjang jalan.