New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

03 Februari 2009

Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga, Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa....

Assalamualaikum....



Seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak, tetapi sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Walau apapun jasa, budi, penghargaan, pengorbanan yang diberi seorang anak kepada ibunya takkan dapat membalas walau sebesar zarah jasa & pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Jasa ibu membawa ke Syurga, jasa ayah sepanjang masa.

Sudah tiga hari ibu mertua kakak ipar saya dimasukkan ke wad c5 Hospital Pulau Pinang. Beliau nampak dalam keadaan amat uzur berbanding keadaannya sewaktu kali terakhir saya bertemu dengan beliau tahun lalu. Dalam usia 80tahun beliau memang kelihatan sihat & cergas. Lincah sahaja pergerakannya, tapi semalam sewaktu menziarahi beliau memang jelas terpancar keuzuran yang beliau hadapi. Khabarnya beliau kekurangan darah & air. Dua botol darah & lebih lima botol air telah dimasukkan kebadan beliau bagi memulihkan tenaga dalam badan.


Beliau berasal dari Kedah tetapi kerana tiada sesiapa disana agaknya yang boleh menjaga beliau, maka beliau dimasukkan ke HPP kerana seorang lagi anak beliau berada di Pulau Pinang. Seorang lagi anaknya ( suami kakak ipar saya ) berada di Kuala Lumpur. Kakak ipar saya telah balik menziarahi mertuanya tetapi bergegas kembali semula ke KL lantaran ada kerja menanti.


Apa yang saya simpatikan pada mertua kakak ipar saya, adalah dalam keadaannya yang terlalu uzur, tidak boleh berjalan & memakai lampin pakai buang tetapi tiada siapa yang meneman beliau di Hospital baik malam mahupun siang. Beliau hanya diziarahi anak menantu hanya diwaktu melawat. Selain waktu itu beliau hanya ditemani jururawat2 di wad berkenaan. Ialah, walaupun saya akui jururawat2 di Hospital Pulau Pinang adalah jururawat terbaik pernah saya kenali ( melalui pengalaman berkampung di HPP pada tahun 2003 menjaga mertua saya ) tapi layanan orang lain tentu tak sama dengan layanan anak sendiri dalam keadaan keuzuran yang begitu.


Tapi mertua kakak ipar saya ni baik orangnya, dia tak kisahpun tidak ditemani mungkin dia faham keadaan anak menantu yang sibuk dengan tugas seharian. Suami ada bercadang saya menemani beliau tetapi nampak tak manis pula sebab anak menantunya ada di sini. Apa yang kami mampu lakukan adalah menziarahi beliau sekerap yang mungkin. Kerana kami agak rapat juga dengan mertua kakak ipar saya ni.


Bila menziarahi beliau saya teringat sewaktu menjaga mertua saya dahulu. Allahyarhamah mertua saya dimasukkan ke HPP pada 2003 kerana membuat rawatan batu karang secara lazer, kerana rawatan itu hanya terdapat di HPP Allahyarhamah dimasukkan disini. Kerana kami sekeluarga yang berada di sini, maka tanggungjawab menjaganya terletak dibahu kami sepenuhnya. Lantaran suami bekerja maka tugas tersebut tergalas dibahu saya sepenuhnya.


Saya nekad meninggalkan dua anak saya yang ketika itu berusia 5 & 6 tahun dirumah sepanjang suami saya & anak yang lain ke sekolah. Suami saya menempah lauk dari kenalan yang berniaga warung untuk makan tengahari anak2. Seminggu rawatan yang Allahyarhamah terima, seminggulah saya berkampung di Hospital, balik kerumah hanya untuk bersalin pakaian tupun bila suami datang menggantikan saya sebentar untuk saya balik. Masa tu kami menetap di Telok Bahang, agak jauh juga dari Hospital tidak macam sekarang dekat sikit.


Masa itu saya tidak terfikir pun untuk bergilir2 dengan saudara yang lain untuk menjaga Allahyarhamah, sebab bila Allahyarhamah dimasukkan ke Hospital di Kedah ( selain batu karang Allahyarhamah juga diserang kegagalan ginjal ) saya juga akan turut balik ke Kedah untuk menjaga Allahyarhamah secara bergilir, selalunya bila saya ada ( selalunya ada ) shif saya dah tentu waktu malam sepanjang Allahyarhamah berada diwad. Tetapi bila Allahyarhamah dimasukkan di HPP siapapun yang ramai2 di Kampung tu tak teringat nak datang membantu kami. Saya pun tak teringat nak minta bantuan mereka ketika itu, yang ada dalam fikiran saya & suami adalah memberi khidmat terbaik. Sebab itulah saya agak terkilan bila selepas kematian Allahyarhamah ada suara2 sumbang yang mengatakan kami tidak menjaga Allahyarhamah dengan baik. Walaupun saya merasakan, suara2 sumbang yang berkata begitu sekalipun tidak pernah bermalam di Hospital, tidak pernahpun menyalin lampin pakai buang yang dicemari najis. Biarlah... kami berbudi tidak minta di nilai manusia, semoga ALLAH sahaja yang menilainya. Semoga Allahyarhamah damai, tenang di sana. Alfatihah.


Kadang2 saya terfikir dengan khidmat yang saya berikan pada mertua, agaknya dapatkah saya berbakti pada mak abah saya sendiri bila mereka tidak sihat nanti?? Lantaran kejauhan utara selatan, memang susah saya nak balik menziarahi mereka. Hanya doa yang berpanjangan dari saya mereka akan sihat selalu.


Kepada mertua kakak ipar saya, semoga beliau cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa semula.






mertua kakak ipar saya, yang kami panggil Tok Dah semasa sihat


anak2 saya agak rapat dengan Tok Dah setiap kali berjumpa


1 ulasan:

Unknown berkata...

Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga.....

Kundi... sejenis biji, kekacang yang warnanya berbintit2 merah... sebab tu disebut kurik

Kendi... sejenis cerek yg digunakan utk memasak air, dan yg seangkatan dgnnye....

*****************
Salam... maaf le yeee pasal ulasan kat atas tu.... (masih terdengar2 ayat tu masa berguru dgn Prof. Nik Safiah Karim) ko tanya CkLah, dia boleh bagi ulasan lagi panjang... hehehe