Assalamualaikum....
Alhamdulillah, kelmarin 11 Febuari 2009 genap usia blog kesayangan saya dua bulan. Rasanya sudah banyak suka duka coretan yang saya catatkan didalam blog ini. Melalui pengalaman baru catatan di alam maya ini saya dapat meluaskan pandangan, pengetahuan dengan lebih jauh. Selain mendapat kenalan saya juga dapat meneroka ke blog2 sahabat maya yang lain. Melalui pembacaan blog2 ini kadang2 kita dapat lebih mengetahui asam garam kehidupan. Kadang kita merasakan hidup kita tak seindah mana tapi bila difikirkan ada lagi kehidupan orang lain yang tak seindah hidup kita. Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita ada.......
SEKADAR SATU PERKONGSIAN.....
Bila Suami Rajin Menolong Isteri.
Sidai Kain, Memasak, Jaga Anak, Si Suami Dituduh Takutkan Isteri.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi, Suami Itu Lelaki Yang Ringan Tulang.
Kasihan Pada Tugas Isteri Yang Menimbun.
Tidak Ada Salahnya.
Tanda Si Suami Sayangkan Isteri.
Bila Perempuan Diam Membisu.
Walau Dipukul, Didera Suami Bertalu-Talu.
Tidak Mahu Melapor Pada Pihak Tertentu.
Ramai Yang Geram Dan Memanggilnya Perempuan Bodoh, Dungu.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi Cinta Masih Terhimpun.
Tanda Si Suami Sayangkan Isteri.
Bila Perempuan Diam Membisu.
Walau Dipukul, Didera Suami Bertalu-Talu.
Tidak Mahu Melapor Pada Pihak Tertentu.
Ramai Yang Geram Dan Memanggilnya Perempuan Bodoh, Dungu.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi Cinta Masih Terhimpun.
Takut Hilang Tempat Bergantung.
Tak Mahu Anak-Anak Kehilangan Bapa.
Berat Mata Memandang, Lagi Berat Bahu Yang Memikulnya.
Hanya Yang Terkena, Tahu Rasanya.
Tak Mahu Anak-Anak Kehilangan Bapa.
Berat Mata Memandang, Lagi Berat Bahu Yang Memikulnya.
Hanya Yang Terkena, Tahu Rasanya.
Bila Cinta Tak Kesampaian
Orang Ketiga Jadi Tuduhan.
Atau Kononnya Rupa Dan Harta Jadi Taruhan Pada Ini Zaman.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi, Dia Bukan Yang Terbaik Untuk Kita.
Ingatlah, Allah Hanya Akan Memberi Yang Terbaik Untuk HambaNya.
Atau Kononnya Rupa Dan Harta Jadi Taruhan Pada Ini Zaman.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi, Dia Bukan Yang Terbaik Untuk Kita.
Ingatlah, Allah Hanya Akan Memberi Yang Terbaik Untuk HambaNya.
Bila Umur Sudah Lanjut Tapi Masih Belum Berumahtangga,
Pelbagai Tohmahan Diterima.
Terlalu Memilih, Sampai Ke Tualah Tak Laku Jawabnya.
Lebih Dahsyat Bila Digelar Suka Sesama Jantina.
Nauzubillah.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi Amanah Besar Di Bahu Terbeban.
Tak Mahu Menyusahkan Pasangan.
Ingatlah Jika Tiba Jodohnya, Tiada Siapa Dapat Menghalang.
Jodoh Adalah Rahsia Tuhan.
Bila Si Dara Bersuamikan Lelaki Tua, Kaya.
Dikata Pandang Pada Harta. Hanya Duit Di Matanya.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi, Perkahwinan Itu Bersandarkan Pada Cinta.
Harta Umpama Bonus Sahaja.
Bila Anak Tak Mahu Ke Sekolah,
Ibu Bapa Akan Memarahi.
Kononnya Anak Itu Pemalas Dan Sukar Dinasihati.
Mulalah Diungkit Keturunan Siapa Perangai Anak Warisi.
Tak Pasal-Pasal Bergaduh Laki Bini.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi, Anak Takut Hendak Ke Sekolah Kerana Ada Rakan Yang Membuli.
Atau Sebenarnya Ada Masalah Kesihatan.
Jadikan Anak Sebagai Kawan
Paksaan Bukan Penyelesaian
Bila Ada Kenderaan Memecut Dengan Laju Dan Memotong Tanpa Isyarat.
Nampaknya Berbakullah Kata Maki Akan Diterima.
Walau Tidak Di Mulut Tapi Di Hati Pasti Mengata.
“Ingat Ini Jalan Mak Bapak Mereka.”
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi Si Pemandu Dalam Kecemasan.
Tak Berniat Hendak Bertindak Sedemikian.
Bukankah Lebih Baik Kita Doakan Keselamatan.
Bila Orang Kaya Kedekut Nak Berbelanja.
Apatah Lagi Nak Bersedekah Dan Menderma.
Mulalah Dicop Tangkai Jering Atau Hj Bakhil.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi Dia Ada Menderma Tapi Tidak Dikhabarkan.
Atau Boleh Jadi Rumah Dan Kereta Sahaja Besar,
Tapi Hutang Keliling Pinggang.
Bukankah Lagi Besar Periuk Lagi Besar Keraknya??
Bila Ada Yang Memerhati, Senyum-Senyum.
Dikata Orang Itu Suka Pada Kita.
Ataupun Orang Itu Gila.
Jangan Cepat Menghukum!!
Boleh Jadi Salahnya Pada Kita.
Kemungkinan Zip Seluar Terbuka
Atau Maskara Meleleh Sampai Ke Mata.
Nak Ditegur Takut Jatuh Air Muka.
Jadinya Bagi Signal Mata.
Semoga Fahamlah Hendaknya.
Apa Yang Kita Lihat Tidak Semestinya Benar.
Apa Yang Kita Dengar Tidak Semestinya Betul.
Yang Benar Tetap Akan Benar.
Yang Salah Tetap Akan Salah.
OLEH ITU JANGAN CEPAT MENGHUKUM....
2 ulasan:
Salam...wah! best entry ni...jangan cepat menghukum...Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yg lalu Us Mustafa Masyhur (tlhpun meninggal dunia)ada mninggalkann satu karya yg bertajuk: 'Nahnu Du'at wala Qudah' sbg ingatan kpd para pendakwah,"kita adalah Dai (pendakwah), bukan penghukum"...Dai kena banyak bersabar utk mendidik, dr menghukum =)
dedikasi buat adik-adikku
angah, k.uda, k.teh, k.chik, kakak, adik nin...
Kakak akan balik
tak pernah lupa
sayang adik
Tak mengapa dik
Jangan bimbang
Ibu ada
Ayah ada
Keperitan pasti ada penawarnya
Insyaallah
sama-sama doakan
Dari jauh kakak menangis
kerna rindu
padamu
Tapi
Adik harus mengerti
ada tugas
Ada kerja
Tak semudah seperti adik fikirkan
Tunggu
Kakak akan kembali
Bila kakak mahu pulang
Tiap kali itu disuarakan
di sudut hati
Kakak menangis
Mengenang nasibmu
Apakan daya
Pasti ada hikmah disebaliknya
Suatu hari nanti
Kau akan mengerti
Ayah ,ibu dan kakak
Sentiasa mendoakan
Kesihatan
Kesejahteraan
Selalu
Kadang-kadang bingung
Buntu
risaunya ayah dan ibu
Namun
gagahkan jua diri
Redha kehendak Illahi
Itu ujian
Adik sayang
Hanya mati tiada penawarnya
Teruskan senyum
Kuatkan semangat
Insyaallah
Senyummu memberi harapan
yang tinggi
Semoga bahagia
Di samping ibu
Jumpa lagi..
Catat Ulasan