New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

14 Februari 2009

Valentine Day???

Assalamualaikum....


MUSLIM HARAM SAMBUT HARI VALENTINE


Hari ni pasti seluruh remaja ( mungkin juga yang bukan remaja ) akan teruja menyambut Hari Valentine ini yang kononnya sebagai hari memperingati kekasih. Mereka kata tahun ini lebih meriah disambut kerana jatuhnya pada hari Sabtu, dimana esok Ahad jadi sambutan siang hari boleh membawa kemalam hari. Mereka akan menempah hotel untuk meneruskan hasrat suci bersama kekasih masing2. Itu mungkin bagi pasangan bukan Islam.


Hari "kasih sayang" yang diraikan oleh orang2 barat atau lebih tepat lagi orang2 beragama Kristian pada tahun2 terakhir ini disebut sebagai "Valentine Day". ia amat popular dan merebak di seluruh pelosok dunia terutamanya Negara Islam Hadhari Malaysia yang tercinta ini.


Orang Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyambut Hari Kekasih ini sama seperti yang disambut oleh orang2 Kristian ini. Larangan ini berdasarkan ia ada unsur2 tradisi agama Kristian. Pasangan Islam dilarang berbuat demikian kerana mereka tidak boleh berdua-duaan dalam untuk menyatakan cinta antara satu sama lain apatah lagi yang bukan lagi pasangan suami isteri yang sah.


Hari Valentine menjanjikan berbagai-bagai hiburan bermula dari disko/kelab2 malam, hotel2, organisasi2 mahupun kelompok kcil, ramai yang mahu berlumba2 menawarkan acara untuk meraikan Hari Valentine. Dengan dukungan pengaruh media massa, media elektronik sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan2 promosi sambutan Hari Valentine. Dan yang lebih parah bila orang Islam ini akan turut dihidangkan dengan arak.


Seperti di Pulau Pinang ini walaupun memang lebih ramai masyarakat bukan Islam yang menakluki bumi Pulau Pinang ini tetapi dari pengamatan saya dan saya percaya anak2 remaja melayu yang tentunya Islam telah awal2 lagi membuat persiapan rapi untuk Hari Valentine ini. Semalam, ketika saya ke sebuah hotel di Tanjung Bungah untuk mengambil tawaran boucher percuma untuk sebuah percutian selama tiga hari dua malam, saya lihat ramai remaja yang membuat tempahan dihotel tersebut tanpa segan silu pada saya yang berada disitu ( saya menafsirkan yang positif mereka sudah bernikah dan mungkin merancang honeymoon disitu p/s: post saya sebelum ini jangan cepat menghukum ).


Dalam perjalanan pulang, ditepi2 jalan penuh dengan gerai2 segera yang didirikan sebagai jualan hadiah2 Hari Valentine, seperti bunga yang beraneka rupa digubah cantik, coklat dan gula2 yang dihias cantik dan berbagai hadiah lagi yang bila di lihat sekali imbas memang cantik. Dan sekali pandang yang ramainya digerai2 tersebut adalah remaja melayu. Yang bertudungpun ramai..... ( hai risaunya saya bila memikirkan saya juga ramai anak2 yang sedang meningkat remaja )....


Saya ada membaca majalah mastika keluaran bulan lepas tak salah saya tentang Hari Valentine ni, antaranya tentang sejarah Hari Valentine ditempat2 atau Negara lain. Tetapi di Malaysia ini adalah diakhir sambutan Hari Valentine ini dalam masa sembilan bulan dari sambutannya maka di seluruh Hospital seluruh Malaysia akan ramai kelahiran bayi2 tidak sah taraf yang terhasil dari hari Valentine.


Sejarah Hari Valentine yang juga dikenali sebagai Hari Santo Valentine, hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari yang memperingati Santo Velentine pada 14 febuari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri, menghantar kad valentine, menderma, menghadiahkan gula2 dan sebagainya. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua2nya syahid Kristian awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucher pada zaman pertengahan tinggi apabila mekarnya tradisi cinta asmara.


Saya rasa Kerajaan Islam Hadhari Malaysia harus melakukan sesuatu tentang Hari Valentine ni. Kalau Majlis Fatwa boleh mengharamkan Yoga kepada penganut Islam kenapa mereka tidak mengkaji juga tentang pengharaman Hari Valentine ini kepada umat Islam di Malaysia???


Kepada adik2, anak2, serta semua umat muslim di Malaysia ini JANGANLAH sesuka hati menyambut Hari Valentine ini. Kerana bagi kita umat Islam kasih sayang ada dimana2 dan bila2 masa sahaja asalkan kasih sayang itu diberi hanya kepada yang berhak menerimanya.......




kasih sayang yang ikhlas boleh disambut bila2 dan dimana sahaja

p/s: ayang sayang abang selalu...

Tiada ulasan: