New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

07 Januari 2009

Dari Sek Men Keb Telok Bahang ke Sek Men Keb Agama (P) Al-Mashoor



Assalamualaikum....



semoga menjadi anak solehah, berjaya dunia & akhirat



ALHAMDULILLAH... semalam sewaktu balik dari sekolah suamiku bersorak gembira sambil menunjukkan sekeping surat tawaran kemasukan ke SMKA(P) Al-Mashoor untuk kak tih yang baru dua hari mendaftarkan diri ke SMKTB (KAA). Semalam juga hari yang sibuk hingga ke petang. Selesai membelek surat tawaran kami berdua bergegas ke SMKA(P) Al-Mashoor untuk bertanya maklumat lanjut berkaitan surat tawaran tersebut berikutan kelewatan surat tersebut sampai ketangan kami. Ustazah Che Maznah yang merupakan PKHEM memaklumkan tawaran masih diterima cuma tiada penempatan asrama yang disediakan kerana penuh.



kak tih & kawan2 di sek keb tanjong tokong bergaya dengan uniform pengawas


Selepas mengisi beberapa borang kami bergegas pula ke SMKTB untuk memaklumkan pada kak tih. Seperti yang saya duga penerimaan kak tih 50-50. Antara nak berhijrah atau tidak. Maklumlah walau baru dua hari berkampung di SMKTB tapi dari maklumat kawan2 yang turut sama di perjumpaan kami semalam, kak tih antara pelajar tingkatan satu yang familiar, popular & disukai ramai samada antara kawan2 sama orentasi atau pun dikalangan pelajar senior.




bersama kawan2 di hari terakhir persekolahan



Pada mulanya agak sukar kami memujuk & memotivate kan dia untuk berhijrah ke SMKA(P) Al-Mashoor kerana sekolah baru ini "JAUH LEBIH" baik dari sekolah yang dia belajar sekarang. Sungguhpun kak tih berada di kelas terpilih (KAA : Kelas Aliran Agama) tapi status sekolah yang bercampur dengan pelajar aliran biasa membuatkan risiko sosial yang tinggi. Amat sayang sekolah yang cantik, bangunan baru yang yang serba lengkap prasarananya, bangunan asrama yang amat selesa disediakan untuk pelajar2nya tapi tidak digunakan dengan sebaiknya oleh pelajar2. Sedangkan pelajar2 yang baik akademiknya, sahsiahnya hanya menghuni bangunan yang sempit & terhad samada di sekolah atau asrama seperti SMKA(P) Al-Mashoor ini. Mungkin mentaliti masyarakat kampung, campurtangan orang2 politik yang terlalu membela anak2 jika mereka membuat kesalahan menjadi punca SMKTB yang begitu indah prasarananya sedikit tercemar.


Berbalik kepada kak tih yang kami harapkan dia akan menerima penghijrahan yang baik untuk masa depannya. Setelah dipujuk bertentang mata hanya dengan babanya akhirnya pujukan kami berjaya walaupun saya kasihan juga melihat airmatanya yang berlinang dan matanya yang merah. Mungkin kalau surat tawaran sampai awal ketangan kami dan dia belumpun berkampung di SMKTB keadaannya tidak sesedih ini untuk meninggalkan kawan2 yang baru dikenalinya. Sabarlah sayang.... kejayaan memerlukan pengobanan. Masa depan mu akan lebih baik di sekolah baru ini. Lihatlah tata mu, dimana dia berada sekarang. Tata mu yang sekarang berada di UPSI adalah produk SMKA(P) Al-Mashoor. Mama & baba berharap dengan penghijrahan ini perjalanan akademikmu juga semudah perjalanan yang dilalui oleh tata.


Dan pagi ini setelah selesai pengurusan keluar sekolah & asrama di SMKTB dia melangkahkan kaki ke sekolah baru. Semoga bumi bertuah SMKA(P) Al-Mashoor menjadi nadi kesinambungan perjalanan masa depan kak tih. Saya juga berharap kak tih dapat membahagikan masa dengan sempurna dalam menelaah pelajaran. Maklumlah dia tidak tinggal di asrama jadi dia sendiri perlu atur masa belajar.



kami sekeluarga sewaktu bercuti di cameron highland


Selamat Berhijrah.......



Tiada ulasan: