New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

09 Januari 2009

Apa Ada Pada Gelaran?......

Assalamualaikum....



Tempohari, semasa pendaftaran anak di Sek Men Keb Telok Bahang saya terjumpa semula ramai kawan2, jiran2 lama semasa saya menetap di Telok Bahang dulu. Agak lama saya menetap di perkampungan nelayan itu lebih dari enam tahun. Bermacam2 pengalaman suka duka pahit manis yang saya sekeluarga tempuhi bersama masyarakat kampung. Adat orang merantau bila jauh dari keluarga sendiri maka jiran2 terdekat, kawan2 lah yang menjadi saudara. Merekalah yang akan kita minta bantuan dulu jika ada hal2 sakit pening & kecemasan.


Selepas berhijrah dari Telok Bahang ke Tanjong Tokong bukan kami tidak lagi menjejakkan kaki kesana tapi kadang2 pemergian kami bila ada hal2 yang berkaitan yang mengambil masa sekejap cuma. Tapi setiap kali hari raya kami tidak melepaskan peluang menziarahi kenalan disana yang ada diantaranya telah menjadi seperti saudara sendiri.


Semasa bertemu dengan seorang kenalan lama di Sek Men Keb Telok Bahang baru2 ini beliau menegur saya " ustazah mengajaq dimana sekarang?". Saya menjawab " tak mengajaq, dok dirumah sahaja". Beliau bertanya lagi " ustaz ngajaq mana?" Saya jawab " Sek Keb Tanjong Tokong ".


Ramai juga kenalan & pelajar2 yang mendaftar ke tingkatan satu pada hari tersebut yang memanggil saya mama, hingga ada yang menoleh2 kearah kami. Agaknya mereka berkata " tua2nya anak dia ni atau ramainya anak dia ni yang sebaya ".


Hal diatas berlaku kerana saya pernah mengajar di sebuah Taman Bimbingan Kanak2 Islam di Telok Bahang dulu semasa tahun 1999 hingga 2002. Setelah tamat pengajian saya selama setahun di USM dalam pengajian Sijil Pra Sekolah saya membantu kawan mengajar kanak2 Tadika di Sek Agama Rakyat Telok Bahang. Kerana sedikit curahan ilmu saya yang tak seberapa itulah saya digelar ustazah.... ermmmm satu gelaran yang amat baik & mulia tapi tak berapa saya gemari kerana title itu terlalu besar untuk saya. Saya yang tidak berpendidikan tinggi, tidak berpengetahuan selayaknya sebagai seorang ustazah di panggil dengan gelaran itu, amat menyeramkan bulu roma. Amat berat.


Ramai yang memanggil saya mama pula kerana ketika mengajar kanak2 tadika tersebut saya juga mengajar dua anak saya yang turut mendaftar di Tadika tersebut. Bila anak2 memanggil saya mama maka kanak2 yang lain juga turut terikut2 memanggil saya mama & saya pula lebih suka mereka memanggil saya mama daripada dipanggil cikgu. Maka kekallah panggilan tersebut hingga merebak2 ke ibu bapa mereka memanggil saya mama. Sebab itulah sewaktu pendaftaran di SMKTB baru2 ini ramai yang memanggil saya dengan gelaran tersebut kerana ramai antara mereka sebaya dengan anak saya, Kak Tih.


Akibat dari gelaran ustazah & mama yang dipanggil pada saya ada kena mengena dengan suami saya juga. Mungkin menjadi satu kemestian agaknya pada sebilangan orang kalau suaminya ustaz isterinya mesti juga diandaikan seorang ustazah. Kalau suaminya cikgu maka isterinya juga mesti cikgu. Maka sebab suami saya ustaz tempias ustaznya terkena pada saya dengan dipanggil ustazah....


Walaupun suami saya seorang ustaz tapi ramai murid2nya khususnya di Sek Keb Tanjong Tokong ini mengenalinya sebagai ustaz baba. Gelaran ini bukan saja dikalangan murid2 tapi juga berjangkit kepada waris2 ibu bapa hingga ke tok2 murid2.


Saya pernah merasa termalu sedikit dengan insiden berikut.....


Semasa baru berpindah ke Tanjong Tokong dulu bila saya ke pasar ( market kata orang penang) seorang nenek bertanya siapa saya, dok tang mana, anak saper..... Saya katalah isteri Ustaz Roshidan, mengajar di Sek Keb Tanjong Tokong. Puaslah bersoal jawab dengan nenek tu & beberapa lagi makcik2 & kakak2 yang ada di pasar tersebut akhirnya dengan muka selamba nenek tu kata " oooooo habaqlah isteri Ustaz Baba, habaq isteri Ustaz Roshidan mana nak kenai ". Tu dia aih sampai macam tu sekali, kesian mak & ayah mertua saya beri nama sedap2 kat suami saya tapi tak diiktiraf. Sejak haritu saya lebih suka juga membahasakan suami saya dengan gelaran baba saja di Tanjong Tokong ni. Tapi kalau berdua tetap saya panggil abang.


Rupa2nya gelaran tersebut bukan sahaja dikalangan murid2, ibu bapa, tok2 murid2 sahaja tapi merebak hingga ke guru2 di Sek Keb Tanjong Tokong ni. Maka sampai hari ini kekallah suami saya dengan panggilan Ustaz Baba.


Pernah juga anak2 saya memberitahu saya bahawa cikgu2 mereka di Sekolah mengatakan yang saya ni cikgu atau ustazah. Mungkin mereka melihat dari penampilan saya, cara saya bercakap atau ntahlah saya pun sendiri tak tau dari segi apa saya di anggap begitu sehingga setiap kali hadir ke mesyuarat agung Sekolah anak2 saya, saya akan dilantik sebagai AJK. Mereka kata mesti lantik orang yang pandai cakap. Sebab tu ramai ibu bapa tak mau bercakap di mesyuarat takut dilantik jadi AJK. Saya pula tak boleh tak bercakap kalau ada benda yang nak dicakap sebab bagi saya pada mesyuarat agunglah medan yang sesuai untuk bersuara bukannya di kedai kopi atau di market.

Hingga sekarang semua Sekolah anak saya, saya pegang jawatan dalam PIBG. Di Maktab Mahmud Bandar Baharu sebagai AJK bersama2 dengan suami saya, Di Sek Keb Tanjong Tokong sebagai AJK dah lima tahun berturut2, baru2 ni dalam majlis pemuafakatan Pra Sekolah saya dilantik juga sebagai Timb Pengerusi 111, hehehehe dok sebaris dengan PK HEM & PK Pentadbiran Sekolah tu... Yang lawaknya tu semasa pemilihan, waris yang cadangkan nama saya tu kata " saya cadangkan bini ustaz baba jadi timb pengerusi 111 ". ish! ish! ish! tak patut sungguh, selalu dok sembang ngan dia rupanya dia tak tau nama saya rupanya. Ingat ya, hadirin yang cadangkan nama saya jangan kata saya gila pangkat pula. Sebenarnya saya lebih suka jadi hadirin mesyuarat daripada jadi AJK yang hanya dok didepan tak boleh bercakap dalam mesyuarat. Jadi hadirin kita boleh dengan bebasnya bersuara tapi jadi AJK ok juga kita boleh sama2 menyumbang pendapat, sumbangan dan sebagainya.

Oleh itu apa ya pentingnya nama, gelaran, panggilan orang pada diri kita???

Tiada ulasan: