New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

21 Disember 2008

"Biar papa asal bergaya??".....


Assalamualaikum....


Sewaktu berchating dengan seorang sahabat beliau memberitahu masalah kewangan keluarga yang amat meruncing setiap bulan. ermmmm puas saya berdebat, berbincang dengannya, antaranya melahirkan perasaan hairan bin ajaib dengan masalahnya. Manakan tidak beliau suami isteri bekerja yang saya percaya gaji mereka mencecah empat angka setiap bulan. Anak ada dua orang yang masih kecil dan belumpun bersekolah.

Saya ceritakan padanya sewaktu saya&suami mula2 menjejakkan kaki kealam rumahtangga hampir 20thn yang lalu suami saya hanya seorang guru sandaran. tiga bulan selepas kami berkahwin ALHAMDULILLAH dia dapat tawaran ke maktab perguruan ( Maktab Perguruan Kinta Ipoh&Taman Cempaka Sari tetap dalam ingatan). Dengan elaun hanya RM300 tulah kami hidup dengan amat berjimat cermat. Kebetulan rezeki kami menimang cahayamata awal, saya menumpang hidup bersama keluarga mertua di uatara tanah air sepanjang tempoh kehamilan (perlu diingat hidup bersama mertua yg saya bukan menantu pilihan ketika itu). Banyak batas kesabaran yang perlu saya perjuangkan ketika itu. Jauh dari suami, menjaga ayahanda mertua yang uzur (terima kasih yg tak terhingga buat allahyarham ayahanda hj hassan kerana walaupun kami tak pernah dapat berbicara sejak berjumpa lantaran keuzuran ayahanda tapi ayahanda amat memahami perasaan anakanda ketika itu), berhadapan dengan bonda mertua yang belum boleh dapat menrima kehadiran saya ketika itu (walau akhirnya saya dapat merasakan akhirnya saya amat diterima oleh bonda mertua saya walaupun mungkin bukan menantu kesayangan tapi saya bersyukur diakhir hayatnya saya dapat menabur sedikit bakti. semoga bonda tenang disana), jauh dari mak abah &keluarga yang jauh di selatan tanah air. (saya andaikan cinta kami ibarat cinta kutub utara kutub selatan). Tapi itulah hakikat yang harus saya lalui ketika itu. Tabah, sabar, tenang dgn dugaan yg datang demi kasih sayang pada suami yang sedang bertungkus lumus belajar.

Setelah kehadiran puteri sulung kami barulah saya dapat hidup bersama suami, sedangkan pengajiannya di maktab belumpun tamat. Saya berterima kasih padanya kerana sudi membawa kami hidup bersamanya ketika itu. Kerana bagi saya biarlah susah macamanapun asalkan bersama suami.


Pertama kali menjejakkan kaki kebandar Ipoh kami hanya mampu menyewa sebuah bilik berharga RM60 sahaja. Jasa seorang anggota tentera yg kami panggil abg khairi & isterinya kak yah takkan kami lupakan sampai bila2. Hampir tiga bulan kami menumpang dirumah mereka barulah kami mampu menyewa sebuah rumah berharga RM120 (asalnya RM150 tapi tuan rumah tu seorang india sudi menurunkan harga). Sebenarnya kebaikan tidak mengenal batas kaum&agama.
Kami juga pernah dibantu seorang jiran beragama hindu yg kaki botol bila kami keputusan duit diakhir bulan utk membeli susu buat puteri sulung. Kebetulan dia pun tak ada duit tapi dia sanggup ke koperasi tentera tempatnya bekerja dan berhutang membeli setin susu tepung buat puteri saya.


Saya ceritakan lagi padanya kehidupan kami ketika itu amatlah susah dan kami amat mengamalkan sikap berjimat cermat. Dengan elaun sebanyak itulah kami hidup selama 2 tahun di maktab. Setiap bulan kami akan pastikan bahan2 asas utk keluarga mencukupi utk sebulan, antaranya yg wajib disediakan sebaik terima elaun ialah susu anak, beras, kicap & stok telur. TELUR.... itulah menu wajib kami selama suami di maktab. Kari telur, masak lemak telur, telur masak kicap, telur masak sambal dan yg pastinya jika dah tak ada bahan2 utk diproses cukuplah sekadar telur goreng mata kerbau itupun kena had sebiji seorang setiap kali makan.
Sampai kadang2 bila dah tak ada apa langsung nak dimakan saya keluar mengutip daun2 kayu dikeliling rumah & taman untuk dibuat lauk. Sebab dah lali dengan lauk telur agak lama juga saya jadi muak dengan lauk itu selepas suami keluar maktab. Jika ada duit lebih dan teringin nak makan ayam saya hanya membeli tulang ayam yang isinya telah diambil utk dibaut dibuat sate utk dijadikan lauk......


Saya ceritakan lagi padanya sehabis maktab kehidupan kami agak senang sikit walaupun taklah sesenang mana tapi kami bersyukur kerana lebih senang sikit berbanding dimaktab dulu. Dengan gaji permulaan RM440 ketika itu kami memulakan kehidupan di bandar pulau pinang dengan anak dah dua orang ketika itu. Sewa rumah saja dah RM220. Suami hanya pakai motor jer waktu tu. Walaupun dah bergelar pekerja bukan lagi pelajar kami masih meneruskan amalan berjimat cermat sehingggalah sekarang dah tujuh anak. Seorang di IPT, tiga diperingkat menengah, seorang disekolah rendah, seorang di pra persekolahan, seorang masih kecil (dah tentu kena ada bajet susu&pampers, sekarang senang sikit jimat pampers, sikecil ni dah pandai p toilet utk buang air). Untuk mambantu suami berjimat saya pernah gunting plastik sampah yang hitam tu utk dijadikan plastik lapik lampin anak lelaki saya yg no dua tu...hai kenangan..kenangan.


Walau sekarang suami dah bergaji empat angka hakikatnya kewangan kami masih sama. Kami masih mengamalkan sikap berjimat cermat. Cuma agak senanglah dengan memiliki sebuah van dan sebiji kereta biasa jer, sesekali keluar makan2 dikedai, sesekali pergi bercuti, berBBQ di tepi pantai, sesekali menginap di hotel, berganti pakai saban tahun, boleh makan makanan yang sedap2, merasa masak siakap stim, terubuk bakar, tomyam campur, nasi daging, mi kuah, lontong aneka rasa, nasi ayam 3 rasa dan sebagainya.


saya, abang & nin sedang makan di Summit Hotel



kakak, kak cik ( kak tih dok ambik gambar ) turut serta masa di Summit Hotel ni



Sahabat saya terkedu dgn menghantar pic muka orang garu kepala tu pada saya bila sehabis saya bercerita. Dia kata "betul ker hangpa hidup macam tu??" Saya kata "betullah takkan saya nak tipu pulak". Saya katakan pada dia manalah tau cerita saya boleh dijadikan panduan....


Nak tau apa dia kata? dia kata " tentu tak boleh...." saya tanya "kenapa?" dia pulak bercerita.......


Sebaik bertunang, tunang dia kata selepas kahwin dia nak rumah yang diduduk samada sewa atau rumah sendiri perlu lengkap dengan perabot seperti sofa, set bilik tidur, kerusi meja makan, peti ais, mesin basuh, alatan dapor yg lengkap dan sebagainya. Kerana itu dia membeli sebuah rumah semi d sebelum berkahwin dengan bayaran bulanan hampir RM500 sebulan. Dia lengkapkan rumah tersebut dengan barang2 seperti tunang dia mahukan. Dah tentulah barang hutang di court mamoth dengan keseluruhan bayaran hampir RM1000 sebulan. Selepas kahwin masuk ler rumah baru dengan serba lengkap... saya kata "bagusler, beruntungkan isteri awak". Dia diam jer bila saya kata macamtu....


Dia bercerita lagi..... selepas kawin isteri dia minta dibelikan sebuah kereta utk kemudahan kesana kemari.... dia belikan dgn bayaran bulanan RM500 sebulan. Saya tanya "saper bayar" dia kata "akulah bayar"


Dia bercerita lagi selama perkahwinan mereka walaupun isterinya bekerja semua perbelanjaan rumah atau peribadi isterinya dia yang keluarkan. Saya kata memanglah tu tugas suami. Pernah dia keputusan duit minta isterinya tolong isterinya kata tu tanggungjawab suami.


Sahabat saya tu kata setiap bulan lepas gaji lawatan ke kedai emas dah jadi satu kewajiban bagi mereka. Isterinya shoping baju di butik. Rawatan spa setiap bulan. Setiap hari makan di restoran sebab isterinya masak ikut mood atau bila ada orang bertandang kerumah. Kesaloon seminggu 2x. heheheh nasib awaklah kawan nak isteri cantik memanglah kena berkorban.


Sebab tu kami buat kesimpulan masalah kewangan mereka takkan selesai walau gaji makin banyak. Sebab belanja keluarga mereka terlalu banyak berbanding dengan keluarga saya macam langit dengan bumi. Saya pula buatlah apa saja kerja sampingan membantu suami tapi tak pernah pun dapat kumpul duit di bank atau bawah bantal. Nak beli barang kemas jauh sekali. Semua pendapatan yang saya dapat saya gunakan untuk membantu suami, belanja anak2 jika suami keputusan kewangan. Bagi saya hidup berumahtangga perlu tolong menolong, susah sama susah, senang sama senang. Kami pernah susah satu ketika dulu sekarang bila senang sikit semoga kami dapat juga menikmatinya bersama.


Akhir chating kami dia kata "beruntung suami&anak2 awak, ada isteri&ibu seperti awak sanggup berkorban untuk keluarga". Saya kata pada dia " saya bina keluarga ni dengan keringat&airmata, bukan senang saya nak pertahankan rumahtangga saya dan saya memang akan buat apa sahaja demi kebahagiaan kami walau saya menjadi lilin membakar diri".



Tiada ulasan: