25 Jun 2009
Hari Jualan Koperasi SMKA (p) ALMASHOOR
24 Jun 2009
Selamat Menyambut Bulan Rejab
SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB Pada 24 jun 2009 (Hari Rabu).
Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........
Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
22 Jun 2009
Sempena Memperingati 7 Tahun Pemergian Al Marhum Ustaz Fadhil Noor
klip video kisah Mujahid Ulung
Kisah Mujahid Ulung klik sini & klik sini
klip video ucapan akhir Almarhum di Muktamar PAS, Kelantan tahun 2002
Kronologi Kemangkatan Allahyarham
- 10.30 malam- Berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.
- 1.30 pagi - Keadaan Allahyarham dapat distabilkan.
- 7.00 pagi - Berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.
- 10.30 pagi - Berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.
- 11.30 pagi - Jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.
- 12.30 petang - Jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.
- 12.45 petang - Jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.
- 1.45 petang - Rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.
- 2.30 petang - Jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.
- 2.55 petang - Jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.
- 3.15 petang - Maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.
- 4.40 petang - Memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.
- 6.00 petang - Jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.
- 7.00 petang - Dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.
- 7.45 malam - Selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.
- 8.30 malam - Maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.
- 9.15 malam - Jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.
- 9.30 malam - Jenazah selamat dikebumikan.
- 10.00 malam - Upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.
- 10.30 malam - Rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham.
- 11.00 malam - Rakyat keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada yang melalui itu.
21 Jun 2009
Sempena Hari Bapa.....
Apabila menatap akhbar, sedarlah kita hari ini 21 Jun adalah Hari Bapa. Disiarkan beberapa kisah anak dan bapa. Ada sebuah rencana, disertakan gambar seorang bapa dipeluk dua anak gadisnya sekali gus. Kedua-duanya tidak bertudung, berpakaian santai.
Ada rencana pula memberitahu apa hadiah yang boleh diberi kepada si bapa, umpamanya meraikannya dengan majlis makan tengah hari dan menghadiahkannya gajet seperti telefon bimbit, komputer riba dan kamera. Malah ada pihak kreatif mengkomersialkan Hari Bapa menawarkan sandwic dan pelbagai juadah lain di restoran mereka.
Sebuah rencana bermula dengan ayat, 'Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya'. Membaca ungkapan ini, melayanglah ingatan penulis akan tazkirah sebelum Jumaat dan khutbah di masjid ketika solat Jumaat hari ini (19 Jun). Kedua-dua majlis ini memperkatakan perkara yang sama - Hari Bapa - dengan penceramah menekankan akan tanggungjawab bapa kepada anak manakala khatib membawa persoalan solat.
Kata penceramah, anak adalah harta (aset) paling bernilai bagi seorang bapa. Ada sebuah hadis menyebut apabila mati seseorang anak Adam (manusia) maka ada tiga perkara yang masih boleh memberi manfaat kepadanya.
Pertama adalah sedekah jariah; kedua ilmu yang bermanfaat dan ketiga anak soleh yang mendoakan orang tuanya. Penceramah berhujah, adakah anak yang kita kasihi sekarang ini, akan mendatangkan manfaat kepada kita apabila kita berada di alam kubur (barzakh) dan alam seterusnya?
Muhasabah (koreksi)lah diri, apakah benar kita sudah menyediakan anak-anak untuk memikul amanah yang berat itu? Sebagai permulaan, eloklah ditanya soalan ini.
Apakah nanti apabila aku mati, anak-anak itu dapat menguruskan jenazahku iaitu memandi, mengkafan, menyembahyang dan menguburkan diriku? Atau adakah mereka akan duduk jauh-jauh, bersembang-sembang di bawah rimbunan pokok di halaman rumah dan menyerahkan semua urusan menyempurnakan aku kepada tok bilal, pak imam dan sebagainya?
Anak yang dapat menolong kita adalah anak-anak yang soleh. Namun semasa hidup ini adakah kita sudah menyediakan anak-anak kita untuk menjadi orang soleh dan solehah?
Tataplah muka surat akhbar yang mengkisahkan si anak dan bapa; jarang benar ditemui si bapa yang meluahkan kebimbangannya akan perangai si anak; hampir semuanya nampak ceria saja, antara lain menunjukkan si bapa bangga bergambar di sisi si anak yang tidak menutup aurat dengan sempurna, atau si anak menjadi seorang artis berjaya.
Adalah biasa untuk kita temui sebuah keluarga, si bapa berkopiah haji, si ibu bertudung litup tetapi si anak daranya selama saja berjeans ketat dan berbaju pendek. Terlalu biasa melihat remaja bertudung, tetapi mendedahkan lengan dan bentuk badannya dengan pakaian terlalu ketat. Adakah pak haji dan mak aji ini fikir dia saja nak masuk syurga; anak-anak lantak kau oranglah.
Ini antara penampilan luaran, yang dapat disaksikan umum, tetapi bagaimana bab lain seperti penyempurnaan Rukun Islam seperti bab sembahyang? Perkara inilah ditekankan oleh khatib dalam khutbah Jumaatnya.
Sebagai bapa yang diraikan sempena Hari Bapa, apakah sudah dibereskan tugas bapa yang wajib memastikan seluruh ahli keluarganya menunaikan solat? Usahlah ketawa tersengih-sengih bergambar dengan si anak, berbangga sudah membesarkan mereka menjadi penyanyi, pelakon, pramugari, guru, jurutera dan profesion hebat-hebat lain, tetapi persoalan menyempurnakan Rukun Islam seperti solat tidak beres?
Perlu disedari betapa banyak orang sekarang sudah meninggalkan solat lima waktu. Secara automatik anak yang tidak solat terkeluar daripada senarai anak soleh. Jadi apakah yang kita boleh harapkan daripada mereka? Adakah kita bangga jika mereka menitipkan wang RM100 atau RM200 sebulan kepada kita sebagai mengenang jasa kita sebagai seorang ayah sedangkan mereka tidak sembahyang?
Inilah kerunsingan yang perlu kita fikirkan sempena Hari Bapa ini. Runsing akan masa depan anak-anak aku ini, bolehkah mereka menjadi anak soleh yang akan mendoakan aku apabila aku masuk dalam kubur nanti. Bukanlah pada Hari Bapa ini kita kita disibukkan oleh runsing aku nak dapat hadiah apa, aku nak dibawa ke restoran mana atau aku akan dikelilingi anak-anak dara aku sedangkan mereka gemar mendedahkan aurat mereka dan tak sembahyang pun!
Bertanyalah secara jujur, berjayakah atau sudah berusaha keraskah kita mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh? Tentunya, kita akan berasa malu, kita gagal menjadi seorang bapa yang baik, yang mengikuti perintah Allah SWT sepenuhnya. Kepada-Nya kita mohon keampunan, bertaubat bersungguh-sungguh kerana gagal menjadi bapa yang baik sebagai dikehendaki-Nya.
Selain seorang bapa, kita sebenarnya adalah juga seorang anak. Adakah kita seorang anak yang termasuk dalam golongan soleh yang dapat menolong orang tua kita di alam ini atau di alam sana?
Akuilah kita gagal menjadi seorang anak yang baik dan juga seorang bapa yang baik. Kepada-Nya kita mengadu, Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, datuk moyang dan zuriat-zuriat kami dan sekalian Muslimin dan Musliman kerana kegagalan kami ....
sumber : harakah
Selamat Hari Bapa
20 Jun 2009
Selamat Ulangtahun....
Adik Nanie & suami ketika majlis kahwin adik di Kelantan

anak2 Adik Nanie, Abby & Hawa
lagi cerita Adik Nanie : Rindunya...
Kopi oh! Kopi... Untuk Bacaan Suami Isteri SAHAJA!
Kopi Merangsang Daya Seks....
Penggemar kopi akan mendapat tenaga berganda di samping terangsang kearah itu selepas minum minuman itu, menurut kajian itu lagi.
Mungkin atas alasan itulah, banyak pasangan di Arab Saudi yang sanggup bercerai berai kerana kopi. Negara itu juga pada satu ketika dulu membenarkan para isteri meminta cerai jika suami tidak membenarkan mereka minum kopi.
Walaupun ada kajian yang mengatakan kopi turut menyebabkan barah & pengecutan, penemuan terbaru ini tentunya merupakan khabar gembira buat penggemarnya.
Malahan di Amerika pada tahun 1977, kopi menjadi barangan paling berharga sehingga mendorong pihak berwajib mengenakan hukuman berat kepada penyeludup bahan itu.
Peliknya penyeludup marijuana dikenakan 15 tahun penjara sedangkan penyeludup kopi hukuman yang dikenakan lebih tinggi.
19 Jun 2009
Kopi oh! Kopi.....
Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.
16 Jun 2009
Satu Kemajuan & Kejayaan....
Satu perkembangan yang semakin positif buat buah hati pengarang jantung, sikecil saya ini sewaktu aktiviti menggunting rambutnya seminggu yang lalu.
Tiada lagi aksi riba meriba....
Tiada lagi aksi menangis....
Yang ada aksi2 gembira & ceria seperti gambar2 dibawah
Tahniah Mohamad Adnin Firdaus
masalahnya yang dibelakang tu, guntingnya sorang
pengiringnya sampai 8 orang...
ayoyo, kata ane situkang gunting
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Alfatihah.....
Assalamualaikum.....Pidato dan karyanya sangat membina dan mendidik ummah Al Marhum adalah ulama' bertaraf dunia yang mempunyai saham perjuangan yang cukup besar dan luas .
Alfatihah.....
13 Jun 2009
Selamat Pengantin Baru
Assalamualaikum.....
Belum terlewat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat saudara angkat saya dari Telok Bahang, Justina & suaminya.
Justina telah melangsungkan perkahwinannya pada 31 Mei 2009 yang lalu di Dewan MPPP Telok Bahang.
Semasa menetap di Telok Bahang kami sekeluarga agak rapat dengan Justina sekeluarga, lebih2 lagi pada adiknya Jusnita. Jusnita juga telah mendirikan rumahtangga kira2 setahun yang lalu. Saya doakan Jusnita cepat2 timang anak.
Selamat Pengantin Baru buat Justina & suami, Cik Ju doakan Tina aman bahgia, sejahtera selalu hingga akhir hayat.
Salam Takziah
12 Jun 2009
Dedikasi Buat Kakakku.....
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 38 buat Atam saya Hamidah Kassim, pada hari ini 12 Jun 2009. Dengan ingatan tulus ikhlas dari saya semoga atam akan sihat sejahtera selalu bersama anak2nya.
Atam bersama anak2 dimajlis kahwin adik saya di Kelantan
11 Jun 2009
Hargai Semasa Ada.....
Sudah Setengah Tahun.....
Mengenang Ustaz Fadhil Noor
Muktamar Tahunan PAS Ke-55 yang baru berlangsung ketika kita mengingati tujuh tahun pemergian bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadzil Muhamad Noor, pemimpin besar gerakan Islam abad ini di rantau ini. Justru itu, langkah wajarnya dalam Muktamar ini kita merenung kembali kepimpinan cemerlang Almarhum Ustaz Fadzil untuk diteladani.
Beliau berkelulusan Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti terkenal yang melahirkan demikian ramai Ulama' di seluruh dunia. Bagaimanapun Almarhum Ustaz Fadzil bukan sekedar muncul sebagai Ulama', tetapi juga sebagai ahli politik Islam kontemporeri.
Almarhum mahukan PAS terus menduduki pentas perdana dalam politik nasional, seperti yang telah dilonjakkan parti ini di tengah-tengah persada politik tanah air. Tentu banyak risikonya, banyak rintangan dan hambatan, namun begitulah yang mampu kita baca pemikirannya.
Oleh itu dalam suasana semasa atau selepas Muktamar yang meriah dan berwarna warni itu mari kita mengenang dan mengamati kepimpinan teladan yang diserlahkan oleh Almarhum. Pergerakan, kepimpinan dan hala tuju PAS sedang diperhatikan sungguh-sungguh oleh banyak pihak - dari kalangan kawan dan lawan, dari kalangan Islam dan bukan Islam serta mereka yang mencuba menaruh harapan kepada PAS untuk memimpin negara ini keluar dari kemelut politik, ekonomi, moral, pendidikan dan sebagainya.
Saya sendiri secara peribadi amat mengkagumi Almarhum, walaupun diperingkat awal suami mengkempen saya menjadi ahli PAS sekitar tahun 95-97 lebih kurang, saya seperti memperolok2kan kepimpinan Almarhum.
Tetapi akhirnya setelah saya dibukakan hati untuk terlibat secara langsung dalam PAS, YaAllah... terlalu banyak kebaikan, kemuliaan yang saya lihat dalam diri ALmarhum. Beberapa kali bertembung dengan Almarhum semasa Muktamar ataupun program walaupun tidak berbual secara langsung tetapi saya akui Almarhum pemimpin PAS yang tiada galang gantinya.
Dalam ucapan penggulunggan Almarhum ketika muktamar akhirnya ketika itu, Almarhum bercakap secara tidak formal. Dan seolah Almarhum tidak mahu berhenti bercakap walaupun sudah banyak kali mengucapkan kalam terakhir, hingga Almarhum berkata sememangnya kita amat sayang untuk meninggalkan orang2 yang kita sayang diakhir muktamar ini. Rupanya Almarhum bukan sahaja meninggalkan muktamar terakhirnya di Putik itu, tetapi Almarhum telah meninggalkan seluruh ahli2 PAS seluruh Malaysia yang masih memerlukan pimpinannya.
Saya bersyukur dapat menziarahi jenazahnya ketika itu. Walaupun lautan manusia yang berada dipersekitaran daerah pengkebumian Almarhum, berduyun2 manusia berjalan kaki berkilometer meninggalkan kenderaan yang tersangkut tapi Alhamdulillah kereta kami dapat bergerak terus keperkarangan madrasah.
Kini sudah 7 tahun Almarhum meninggalkan perjuangannya didunia, sudah pastilah dengan segala kebaikannya, mudah2an Allah menempatkan Almarhum dikalangan para solihin.....
06 Jun 2009
Tahniah Saf Kepimpinan PAS Pusat Sessi 2009/2011

Dengan kemenangan Ustaz Nasarudin Md Isa mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, tidak bermakna Dato' Husam Musa & Abang Mat Sabu tidak layak. Tentu ada hikmahnya, Allah belum mentakdirkan dua pimpinan ini untuk jawatan tersebut.
Kemenangan Dato' Mahfus Omar, Salehudin Ayub & Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man melengkapkan gandingan mantap saf kepimpinan untuk sepenggal akan datang.
Tahniah pada Presiden, Timbalan Presiden, Naib2 Presiden & juga AJK yang telah dipilih perwakilan. Harap dapat menjalankan amanah yang telah diberi oleh ALlah. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Rakyat bawahan memerhati contoh tauladan pimpinan.
TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!
05 Jun 2009
Memberi & Menerima... Seadanya!
Curang!
Iman yang dipupuk dengan budaya agama dan ilmu. Bacalah tafsir al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW untuk mendapat sentuhan pertama yang menghidupkan hati. Letakkan ilmu sebagai mercu kekuatan peribadi anda dan keluarga.
Jangan menganggur dan membuang masa. Semua kejahatan berpunca dari sesaat yang dihabiskan kerana tidak mengingat Allah SWR. Ikutilah sunnah Rasulullah dalam beribadat, bekerja dan berakhlak
Jangan malu belajar ilmu seks untuk memuaskan pasangan kerana ia adalah ilmu yang halal untuk jalan yang halal.Inilah benteng hati yang menjanjikan kesucian dan menolak gejala curang dalam perkahwinan.Renung-renungkan!
Selamat Bermuktamar

Selamat Bermuktamar Kepada Semua Perwakilan
Nasi Ambang Pulau Pinang
04 Jun 2009
Nostalgia 4 Jun Dalam Kenangan.....
Kenangan mesra yang akan bersemadi dilubuk hati seumur hidup. Pasangan ini telah menghiasi rumahtangganya dengan kelembutan, dipagari dengan keimanan, dibumbungi dengan ketaqwaan dan dilindungi dengan keikhlasan.
Kasih & sayang merupakan tunggak kemesraan. Sejarah yang tercipta tidak akan luput selagi hayat dikandung badan. Segalanya akan disemadikan dilubuk hati yang paling dalam. Ianya akan kekal tersemat disitu walau apapun yang telah terjadi & akan terjadi.
03 Jun 2009
Selamat Bermuktamar
Selamat bermuktamar kepada Parti Islam Semelaysia. Muktamar kali ini adalah muktamar yang ke 55. Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi peringkat PAS Pusat & Dewan2.
Dewan Muslimat PAS Pusat akan bersidang pada 4 Jun 2009 jam 8 pagi bertempat di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam. Muktamar kali ini adalah muktamar ke 49 bagi Dewan Muslimat. Perasmian akan dilakukan oleh YB Ustaz Nasarudin Md Isa, Timbalan Presiden PAS.
Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan bersidang pada 4 Jun 2009 di Dewan Dato Haji Fadhil Noor, Taman Melewar. Muktamar kali ke 50 Dewan Pemuda telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Ustaz Nasarudin Md Isa pada 3 Jun 2009 jam 9 malam ditempat yang sama. Muktamar penuh Dewan Pemuda akan bermula jam 8 pagi.
Dewan Ulama' PAS Pusat pula akan bermuktamar pada jam 8 pagi, 4 Jun 2009 bertempat di Auditorium Muzium Shah Alam. Dewan Ulama' akan bersidang bagi kali ke48.
Manakala Muktamar penuh akan bermula pada 5 hingga 7 Jun 2009, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.
Syabas & tahniah diucapkan kepada calon2 yang telah menang tanpa bertanding bagi jawatan2 yang telah dipertandingkan. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh komitmen.
Kepada Perwakilan selamat membuat pilihan dengan bijak, walau siapapun yang akan terpilih, pasti wala' akan diberikan.
Selamat bermuktamar kepada seluruh para pejuang Islam...
01 Jun 2009
KuRasa DiriKu Begitu Berharga
Assalamualaikum.....
Semasa saya aktif dalam jemaah dahulu, bertemu dengan pimpinan2 diperingkat tertinggi samada pimpinan muslimat ataupun pimpinan muslimin adalah perkara biasa. Boleh dikatakan saban minggu saya akan bertemu dengan pimpinan bila ada program2 yang diadakan samada diperingkat Kawasan, Negeri ataupun Pusat.
Pada awalnya dahulu saya rasa agak malu bila berhadapan dengan mereka. Rasa diri amat kerdil, bagai langit dengan bumi ataupun bagai enggang & pipit bila bersama mereka.
Semasa pertama kali saya dipilih sebagai Perwakilan ke Muktamar Pusat mewakili Dewan Muslimat, saya rasa begitu teruja walaupun agak takut.
Semasa mesyuarat diadakan diantara perwakilan, saya bermesyuarat bukan dengan calang2 orang. Antara yang berhadapan dengan saya di meja mesyuarat adalah Ustazah Hajah Jamilah Ibarahim yang ketika itu menjadi Ketua Muslimat Pusat, Dr Lo'Lo' Dato' ghazali, Dr Mariah Mahmud, Dr Halimah Ali, Ustazah Kalthom Osman, Ustazah Azizah Khatib Mat, Ustazah Siti Zailah, Puan Mastura Mohamad & ramai lagi yang bergelar Ustazah & Dr.
YaAllah! Berada dikalangan mereka ketika itu rasa diri saya amat kerdil sekali. Saya hanya mengambil tempat disudut2 bilik mesyuarat itu. Tapi seluruh badan saya menjadi semakin sejuk bila mereka yang punya nama besar itu memanggil saya dengan amat mesra supaya duduk dekat dengan mereka.
Hati saya bertambah kecut pabila semasa kami sedang bermesyuarat, tiba2 Yang Berbahagia Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak iaitu isteri Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat masuk kebilik mesyuarat. Selesai mesyuarat, semasa sedang mereka bersembang2, saya memang tak tahu nak buat apa ketika itu. Tetapi isteri Tuan Guru dengan selamba sambil bersembang dengan nama2 besar tadi turut menyapa saya bertanya khabar, berkenalan dan yang paling saya terharu beliau hanya membahasakan dirinya " Kak Yah" sahaja.
Dan lewat dinihari tadi, saya semakin terharu, teruja bila membuka blog Dr Halimah Ali, ADUN Selat Kelang yang juga Exco Selangor merangkap Exco Dewan Muslimat Pusat, bilamana saya melihat blog kerdil saya dipautkan dilaman blognya.
Bagi orang lain mungkin ini perkara biasa, tapi bagi saya ianya amat berharga. Membuat saya semakin rindukan sahabat2 lama saya.
Entah Dr masih ingat saya atau tidak yang mungkin hanya dipandang sepintas lalu sahaja ketika waktu dulu, tambahan lagi setelah kejayaan yang dicapai sekarang.
Apapun itulah sifat pimpinan berjiwa Islam yang berjuang atas dasar Islam. Tiada perbezaan jawatan antara mereka. Bila bergaul kita yang dibawah dilayan samarata. Cuma sebagai orang bawahan kita kenalah pandai membawa diri.
Terima kasih Dr Halimah, semoga Dr terus sukses dalam perjuangan......
ini blog dr halimah, yg saya bulatkan tu blog saya dipautan blognya
saya bersama sahabat2 seperjuangan peringkat negeri & pusat dalam satu program di Taman Melewar



