New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Julai 2013

Selautan kasih, Segunung Sayang.... Tiada Ungkapan!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi hayat untuk terus bernukilan disini. MaMa MoDeN masih bernadi namun bagaikan menyepi... Apapun halaman ini tidak pernah saya tinggalkan sepi tak berpenghuni. Berbagai cerita yg boleh dikongsi namun kepetahan menulis bagaikan termati. Terima kasih pada yg masih sudi menanti untuk terus menatapi apa yg dihati. Doa & ingatan kalian kan terus bersemi dilubuk hati samada Blog MaMa MoDeN masih dilakari atau pun terbiar sepi.....

Sedar tak sedar putaran masa terlalu cepat berlalu. Siang berganti malam, sesaat bertukar minit jam & hari bersilih ganti bulan ketahun. Setiap dugaan, ujian, cabaran dalam hidup silih berganti bagaikan tiada henti. Ada suka, bertukar duka. Datang gembira bertukar sengsara. Namun segalanya harus saya lalui & hadapi dengan semangat membara dijiwa. Rebah atau tersungkur saya perlu gagahkan diri untuk terus bangun, bertatih, berjalan & terus berlari.....

Ketika saya nekad membuat keputusan drastik 2 tahun 4 bulan yang lalu untuk meleraikan segala ikatan antara saya & dia saya tahu ramai yang menyalahkan saya sepenuhnya. Saya dihentam dari berbagai sudut samaada dari orang2 yang dekat dengan saya atau yg hanya memandang dari kejauhan. Ramai juga yang meminta saya bersabar dengan apa yg berlaku asalkan ikatan itu jangan dileraikan!

Apapun mereka hanya memandang dari luar... dari kejauhan. Yang melalui & merasainya saya sendiri, dia juga anak2. Saya tak mau keadaan serabut dalam ikatan itu berterusan tanpa perubahan yg baik.

Apapun segalanya sudah berlalu. Kami sudah ada hidup masing2. 

Hari ini setelah 2 tahun 4 bulan berlalu saya bersyukur. Amat bersyukur. Apa yg amat saya takutkan ketika keputusan itu saya ambil hanyalah satu. Saya jauh dari anak2, khususnya dua yg kecil itu. Saya amat takut saya hilang kasih sayang & ingatan mereka pada saya. Itu yg amat saya takutkan terjadi walaupun saya bagaikan tak kisah berjauhan dari anak2 sedangkan masa saya 24jam selama 21 tahun 9 bulan hanya bersama mereka.

Alhamdulillah masa demi masa apa yg saya takutkan tidak berlaku! Ini yg saya rasa... Tidak langsung berlaku. Malah saya semakin merasakan ikatan kasih sayang saya bersama anak2 semakin kukuh walaupun kami jarang berjumpa. Dapat bersama setiap hujung minggu sekali seminggu itu sudah cukup baik sebenarnya bagi saya.

Anak2 masih berkongsi rasa mereka pada saya. Kami masih boleh berbual, berborak bersama hingga larut malam macam dulu setiap kali berjumpa. Saya masih boleh masakkan makanan kesukaaan mereka seperti dulu. Saya masih dapat mendakap mereka dengan penuh kasih sayang seperti dulu. Apa yg saya rasa mereka tidak pernah melupakan saya dari ingatan mereka.

Kadang2 saya tak mau menamatkan status solo saya kerana mereka. Saya selesa dengan keadaan ini kerana bila2 masa saja saya dapat bersama mereka tanpa kekangan. Saya amat takut bila satu saat mereka memerlukan saya ketika baba mereka tiada disisi mereka saya juga tiada kerana tanggungjawab baru saya pada jodoh saya. Saya tau, selepas perpisahan dgn hak jagaan anak2 dibawah bekas suami, mungkin saya hanya malukut ditepi gantang dalam mengambil bahagian dalam menentukan hala tuju anak2. Adanya saya tidak menambah, tiada juga tiada mengurangkan pun. 

Tapi saya mahu juga menjadi sesuatu buat mereka walau hanya dihujung kuku. Setiap saat saya menantikan peluang untuk bersama mereka walaupun hanya sebentar cuma. Tak kisahlah walaupun saya terpaksa menjadi bidan terjun disaat2 akhir. Dengan peluang yg ada saya akan cuba memberi yg terbaik mengikut kemampuan saya. Saya mahu mereka rasa ' Alhamdulillah masa baba tak ada ni, nasib baik mama ada!'.... cukuplah walau sekadar itu.

Orang boleh berkata apapun tentang saya terhadap mereka. Melepaskan mereka sepnuhnya bawah jagaan baba mereka adalah tindakan yg terbaik yg saya mampu lakukan dalam keadaan saya tak punya apa2. Walau apapun yg terjadi antara kami jauh disudut hati saya dia tetap ayah terbaik untuk anak2 saya sejak permata pertama kami lahir hinggalah sibongsu kami. Saya selalu berdoa, walau dia sentiasa ada kehidupan baru saya tak putus2 berdoa dia akan tetap jadi ayah terbaik buat anak2 saya sampai bila2.


3 ulasan:

insan marhaen berkata...

Selamat Hari Raya dari IM juga. Muga Allah berkati hidup kita!

Hidup ini memang bagai lautan. kekadang ombak atang di luar jangkaan.

Apapun, laut tetap ada pantai. Satu hari nanti kita akan terdampar jua!

Kakcik berkata...

Hanya ibu yang faham perasaan seorang ibu...

Salam Syawal, Jun. :)

insan marhaen berkata...

Hari esok adalah ketentuan Allah.

Hari ini kita laluilah dengan positif, waras dan lapang dada.

Kalau IM pun jika ditakdirkan akan solo, IM akan teruskan juga kerana semasa begini kita boleh tumpukan pada amal ibadah dalam sisa usia yang tinggal sedikit.

Cukuplah sekali berkongsi hidup. Dah tertunai tanggungjawap! Apa sangatlah dunia ini...