New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

07 Mei 2012

Hasil Dituai Setelah Benih Disemai...Tahniah Anakku


Assalamualaikum....

Catatan ini saya nukilkan dalam gerabak keretapi malam Senandung Langkawi dari Sg Petani ke Tanjung Malim...

22 tahun 1 bulan 4 hari yang lalu Dia saya lahirkan dengan kudrat & nyawa, dengan darah & airmata dalam usia yang amat muda. Dalam usia yang tidak tahu apa2 dalam soal berumahtangga apatah lagi dalam memelihara seorang bayi. Namun itulah takdir Allah, jika Allah berkehendakkan apa yang Allah mahukan, itulah yang terjadi.

Dia wujud dalam rahim saya hanya selepas sebulan saya disatukan dengan sebuah ikatan suci. Mengalami alahan yang melampau dari awal kandungan hinggalah masuk bulan ke empat. Apapun makanan tidak dapat saya jamah & nikmati, semuanya keluar semula sebaik masuk keperut. Dengan usia yang amat muda saya terlalu lemah menghadapi situasi itu tambahan lagi terpaksa berjauhan dengan suami yang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan.

Saat2 melahirkan Dia kedunia adalah saat2 indah yang saya rasakan ketika itu walaupun sakitnya Allah saja yang tahu. Satu Wad Hospital Bersalin Segamat saya gemparkan dengan jerit pekik saya. Katanya jeritan saya menahan kesakitan didengari di luar wad bersalin. Ramai yang bersimpati lantaran umur saya yang masih terlalu muda. Doktor & jururawat2 bersungguh2 menyabar & memberi kata2 semangat pada saya. Ada jururawat yang mengalirkan airmata melihat saya menanggung kesakitan. Katanya saya hanya sebaya anaknya, anaknya masih main pondok2, main masak2 & anak patung tapi saya sudah melalui proses melahirkan yang bertarung nyawa antara hidup & mati.

Nikmat anugerah Allah yang tidak terhingga, sebaik saja melihat wajah comel Dia, segala kesakitan yang saya rasai hilang serta merta. Airmata gembira saya alirkan, dalam sebak, dalam keletihan Dia saya dakap kepangkuan.

Sejak bayi saya akui dia amat rapat dengan Babanya. Tidurnya, makan minum, susunya, lampin bajunya semua ditangan Babanya. Sedari kecil Dia lebih rapat dengan Babanya. Mungkin kerana usia saya yang masih muda, saya tidak cekap dalam mengendalikan seorang bayi. Malah saya tidak pandaipun untuk menyusukan Dia dengan air susu saya seperti adik2nya yang lain.

Dari seorang bayi kecil yang kuat menangis jika kemahuannya lambat dituruti hinggalah alam kanak2, remaja & dewasa kini, saya akui kadangkala saya sebagai Mama yang mengandung & melahirkannya masih belum dapat benar2 menyelami kemahuan & kehendaknya. Itulah kekurangan yang amat saya rasai bersama Dia.

Saya tahu banyak perkara & cerita boleh dikongsinya bersama Babanya berbanding dengan saya. Saya tahu, Dia juga tahu hakikat yang Dia anak Baba...

Sebagai Mama sejak anak2 kecil saya berusaha untuk tidak menyimpan rasa hati pada anak2. Saya takut dengan rasa kecil hati itu hidup anak2 saya terbelenggu. Apapun yang anak2 lakukan saya berusaha untuk memahami apa adanya.

Dengan Dia begitu juga, kadang2 kata2 atau perbuatannya memang pedas! Sentapannya tidak mengira siapa. Kadang2 terdetik dihati saya, jahat sangatkah saya dimata Dia! Buruk sangatkah saya dimata Dia! Tiada satupunkah sempurna saya dimata Dia! Tiada satupunkah budi atau kebaikan saya yang boleh dipandang berbanding banyaknya keburukan & kelemahan saya dimata Dia!

Pernah satu saat lama saya mendiamkan diri dari berhubung dengannya untuk mengelak dari rasa kecil hati, terasa hati padanya. Fikir saya ketika itu, berdiam diri lebih baik daripada bercakap banyak hanya mengeruhkan keadaan.

Hinggalah satu ketika seorang mantan anak saudara meminta saya tidak menyimpan rasa kecil hati padanya. Katanya tindakan saya berdiam diri dari berhubung dengannya melambangkan saya berkecil hati padanya. Akibat itu mendatangkan situasi kurang senang dalam kehidupan Dia untuk dilalui.

Ya Allah! Memanglah saya Mama yang amat tidak sempurna. Mengapa kerana marahkah nyamuk, kelambu yang saya bakar!... Apapun Dia saya kandungkan dalam rahim saya... Dia saya lahirkan dengan darah, keringat, airmata malah nyawa saya...

Tiada siapa yang berhak menafikan kasih sayang saya pada Dia! Tiada satu kuasapun didunia ini yang dapat menafikan kasih sayang saya padanya. Jika diganti dengan sejuta lagi anak lain yg lahir dari rahim saya takkan sama dengan Dia. Dia tetap Dia!...

Walau apapun pandangannya pada saya, walau apapun tanggapan Dia pada saya, walau bagaimanapun penilaiannya pada saya... hakikatnya Dia tetap anak saya.. Saya tetap Mamanya... Jauh dilubuk hati saya, saya sentiasa tahu yang Dia juga sayangkan saya Mamanya.

Kini, jam 10.26 malam saya sendirian dalam perjalanan untuk merai hari yang amat bermakna tentunya dalam hidupnya. Kejayaannya mengenggam segulung Ijazah setelah bertungkus lumus berusaha sedari Dia mula menganal A B C hinggalah kejayaannya dipuncak menara gading.

Masih terdengar2 & terngiang2 ditelinga saya kata2 sumbang dari banyak pihak 22 tahun yang lalu sebaik Dia lahir ke dunia ini. Masih jelas suara2 yang mengatakan saya tidak akan mampu mendidik anak2 saya ke menara gading kerana saya tiada pelajaran tinggi yang boleh dibanggakan. Anak2 saya semuanya akan berkahwin awal macam saya, pelajaran mereka takkan sampai ketahap mana. Ada juga yang mengatakan anak2 saya semuanya akan dijaga oleh Tok2 mereka kerana usia saya yang muda tidak akan mampu saya menjaga anak2 saya ketika itu. Alhamdulillah, 7 anak2 saya semuanya kami besarkan sendiri tanpa bantuan keluarga saya atau Baba mereka.

Disebalik kata2 itu mungkin bertuahnya anak2 saya kerana mereka punyai Baba mereka sekarang. Mungkin sememangnya tidak banyak jasa2 saya dalam kejayaan pelajaran mereka kerana saya memang tidak punya apa. Namun jauh disudut hati saya, walau tiada siapa yang mengiktiraf sumbangan saya dalam kejayaan anak2, tetapi hakikatnya saya bangga dengan kejayaan setiap mereka. Disebalik kata2 sumbang mereka saya menanam satu tekad dalam hati. Saya akan pastikan anak2 saya berjaya dalam pelajaran dunia akhirat walaupun saya gagal dalam pelajaran lantaran jodoh yang tiba terlalu awal.

Mungkin hanya sedikit jasa2 saya dalam menentukan kejayaannya, namun saya tidak mahu melepaskan peluang yang penuh bermakna ini. Saya mahu menyaksikan Dia melangkah bergaya dalam pakaian jubah itu menaiki pentas untuk menerima segulung ijazah.

Anakku Nurul Ain Fathihah binti Mohd Roshidan, tiada apa yang dapat Mama hadiahkan buatmu esok. Hanya doa yang berpanjangan agar kejayaan akan terus menjadi milikmu walau apapun status mu nanti. Teruslah jadi anak yang baik yang menjadi kebanggaan keluarga. Jadilah Kakak yang penyayang buat adik2mu. Jadilah isteri yang solehah buat suamimu nanti. Jadilah Mak yang paling sempurna buat anak2mu nanti. Jadilah menantu yang paling disayangi mertuamu....

Mama sayang Tatah dunia akhirat....




sejak nak ke majlis konvo, beli bunga konvo untuk Dia termasuk dalam bajet selain tambang pergi balik

jambangan dari Baba

bergaya kenangan Ibu Kandung Suluh Budiman


senyuman manis semoga dapat menambat anak2 didik nanti

kucupan kasih dariku buat mu dihari kejayaan...


bersama Hero pujaan hati


Alhamdulillah.. walau tanpa Adik2, harapnya kehadiran Mama & Baba dapat menceriakan hari penuh bermakna ni...



4 ulasan:

Cikgu Waniey berkata...

Mama ke Tanjong Malim? Berapa lama di sini? Tahniah untuk Ain....saya mengenali anak Mama dari jauh.....

insan_marhaen berkata...

Ibu mana yang tidak kasih kepada anaknya. Tetapi anak belum tentu akan selalu mengenang ibunya terutama ketika gembira dan senang...

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
I'Allah IM apa yg penting mereka bjaya dalam hidup...kita sudah cuba mberi yg tbaik buat mereka sdaya upaya kita....

MaMa MoDeN berkata...

salam cg waniey,
mama baru smpai pagi ni, I'Allah lepas ain konvo mama balik sg petani smula....