New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

29 Julai 2011

Akhirnya....Terima Kasih Rakan2 Sekerjaku...

Assalamualaikum....

Semenjak memulakan alam pekerjaan di Econsave, saya seronok dengan suasana baru alam pekerjaan saya. Memulakan karier sebagai seorang cashier memang amat menyeronokkan. Walaupun penat & letih tetapi demi sebuah kehidupan saya meneruskan bidang baru saya ini. Berbagai suka duka saya lalui bersama majikan & rakan2 sekerja.

Sehinggalah bermula 27 mei lepas atas arahan majikan saya bertukar department ke frozen department. Pada mulanya saya merasa agak penat berada disini, sampai satu tahap saya pernah berhasrat untuk berhenti tetapi bila difikirkan bukan senang nak cari kerja dalam keadaan umur saya sekarang, tambahan lagi saya tak pernah bekerja diluar sebelum ini.

Lagipun saya mulai seronok disini. Punya majikan yang baik, rakan2 sekerja yang memahami, bidang kerja yang amat serasi saya rasakan. Jika saya bertukar kerja lain belum tentu serasi dengan saya.

Masalah yang saya hadapi ialah bekerja dalam keadaan berdiri yang lama. Dengan berat badan yang begini besar dalam keadaan berdiri kaki saya tak mampu menanggung berat badan saya. Memang pinggang, kaki saya sentiasa merasa sakit, namun saya bertahan sahaja. Saya makan ubat urat yang diambil diklinik & sapu minyak panas untuk mengurangkan kesakitan yang saya alami.

Semakin lama saya semakin seronok berada di frozen. Semakin banyak perkara yang saya belajar. Sejak semakin cekap menimbang, saya semakin seronok berada dikaunter timbang. Walaupun bukan giliran shif saya bertugas dikaunter timbang, saya seboleh mungkin membantu rakan2 membuka kaunter timbang jika customer terlalu ramai.

Sehinggalah sejak seminggu ni sakit pinggang yang saya alami semakin menjadi2. Bila berbaring, tidur agak susah saya nak bergerak kekiri & kekanan. Bila nak bangun juga agak susah, kadangkala mengalir airmata saya menahan sakit. Namun saya gagahi juga.

Ketika bekerja juga saya turut alami rasa sakit itu terutama ketika mengangkat barang2 yang berat. Namun saya tak mahu manjakan keadaan itu. Saya anggap itu perkara biasa bila bekerja disini. Rakan2 yang lain boleh buat, mengapa saya tidak!!!

Kemuncak rasa sakit itu bermula sejak semalam. Semalam khamis saya rest. Sejak malam lagi saya sudah rasa semakin sakit, sakit sangat. Seharian saya memang tak kemana2, tapi saya berusaha berjalan2 merenggangkan urat sendi didalam rumah. Namun sehingga kemalam sakit itu masih berpanjangan. Bangun pagi tadi, memang terasa sakit sesungguhnya. Selepas solat subuh, saya gagahkan diri untuk mandi & bersiap ke tempat kerja. Saya nekad bulan ni, sepanjang ramadhan saya nak cuba kerja full. Selain memahami keadaan customer yang ramai, saya nak cari duit raya yang lebih. Kalau anak2 dapat beraya bersama saya nanti, saya nak sajikan hidangan yang istimewa2 sepanjang syawal yang mereka ada bersama saya.

Sebaik bersiap, saya meneruskan perjalanan ketempat kerja dalam keadaan pinggang yang masih sakit. Sekejap datang, sekejap pergi sakitnya. Saya sampai ditempat kerja dalam keadaan tak bermaya rasanya. Pergerakan yang perlahan.

Bermula jam 8 pagi, kami di frozen mula menyusun segala macam barang2 untuk didisplay sebelum customer mula masuk jam 9 pagi. Saya memang tidak lincah seperti selalu membantu Kak Letchumy & Kak Valli menyusun sayur2an. Saya sudah mula terasa sakit, sakit sangat tapi saya masih bertahan. Pada Kak Rozitah, Kak As , Kak Letchmy, Kak Valli saya maklumkan akan kesakitan yang saya alami. Mereka menyarankan saya keklinik ambil ubat. Pada Kak Ani, supervisor saya maklumkan minta surat untuk keklinik nantinya, tujuan saya hanya untuk ambil ubat dari doktor.

Sampai satu tahap saya tak mampu bergerak kemana2 lagi. Saya ambil keputusan untuk merepair daun bawang sebelum didisplay. Saya berada disitu agak lama juga. Hinggalah tiba2 saya terasa mahu tumbang. Saya berpaut pada rak daun bawang sambil memanggil Vasagi yang sedang memilih lada dihadapan saya. Ketika itu saya sudah tidak merasa apa2 lagi dipinggang hingga kekaki saya, sakit sakit yang amat sangat. Saya sudah menjerit kesakitan ketika itu sambil menangis semahu2nya. Semua rakan2 sekerja mengelilingi sambil memaut saya daripada jatuh.

Saya tidak sedar ketika mana saya sudah duduk diatas troli yang menolak barang2 difrozen beralaskan bakul sayur. Terima kasih pada Shasi yang menolak saya hingga keluar bersama supervisor Kak Ana yang memeluk saya. ambil menunggu surat keklinik disiapkan rasanya terlalu lama. Kak Ana & Kak Rozitah menghantar saya keklinik sambil diiringi ramai rakan2 sekerja dikeliling saya. Terasa azabnya nak bergerak masuk kekereta. Semakin sakit bila seluruh badan bergerak, namun semangat dari rakan2 yang meminta saya kuatkan diri, saya gagahi juga.

Sampai diklinik, doktor masih belum sampai. Pekerja klinik membawa saya berehat di bilik menunggu. Agak lama juga hingga saya terlelap menahan sakit. Saya kemudian diperiksa oleh doktor, doktor mengatakan ada kaitan dengan urat ataupun jika berkaitan dengan masalah tulang pinggang saya yang mungkin beralih & lama kelamaan ianya tidak mampu menampung badan saya. Doktor memberi saya suntikan menghilangkan rasa sakit sambil menyarankan saya kehospital untuk membuat rawatan lanjut.

Rasa sakit sedikit kurang tetapi, diganti dengan sakit suntikan pulak. Hampir setengah jam selepas disuntik, doktor memberi saya MC untuk hari ini.

Saya dihantar balik kerumah oleh Kak Ana & Kak Rozitah. Terima kasih buat semua rakan2 sekerja di frozen. Supervisor Kak Ana, Kak Ani, Wan. Juga rakan2 sekerja Kak Rozitah, Kak As, Kak Ju, Kak Letchmy, Kak Valli, Vasagi, Punesh, Prema & juga Shasi yang menolak saya hingga keluar tadi. Terima kasih juga pada rakan2 yang lain yang berada dikeliling saya tadi yang saya tidak perasan kehadiran mereka kerana menahan sakit.

Mujurlah saya gagahkan diri untuk ketempat kerja tadi, kalaulah saya tak pergi kerja tadi, mungkin kejadian tu berlaku dirumah ketika saya sendirian... Semoga Allah pulihkan kesakitan saya dengan lebih baik....






4 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Salam
Demi anak seorang ibu sanggup bersusah payah menanggung kesakitan. Semoga Allah menebus dengan memberi kegembiraan di hari mendatang. Terharu saya membacanya. saya dapat rasakan keperitan yang di tanggung oleh mama moden. Teguhkan iman. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

MaMa MoDeN berkata...

salam saudara budiman,
terima kasih
selamat menyambut ramadhan juga buat saudara budiman & isteri....
semoga ramadhan kali ini lebih baik dr yg sebelumnya...

insan_marhaen berkata...

MM,
Memang kekadang kita tidak boleh melayan sangat kesakitan yang dialami. Tetapi perlu juga bijak membaca kesakita yang bagaimana kerana bimbang sakit yang sedikit yang menjadi lebih serius.

Jagalah kesihatan ya. IM selalu doakan kesejahteraan, ketenangan dan kekuatan semangat MM dalam menjalani hari-hari yang mendatang.

InsyaAllah, selalulah dekatkan diri dengan Tuhan. Tuhan Maha Pengasih dan Mendengar!

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
I'Allah akan lebih berhati2 kemudian hari, akan curi masa buat rawatan lanjut di hoepital nanti... doakan MM selalu yer IM...