New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

31 Julai 2011

1 Ramadhan, Terawih Malam Pertama....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, akhirnya ramadhan datang juga. Syukur saya dapat menunaikan ibadah solat sunat terawih pada malam pertama ini. Memandangkan ahad shif morning, pukul 5 dah boleh balik.

Pukul 8 malam tadi leganya dapat telefon kakak dan adik untuk ucap selamat berpuasa. Sayu juga hati bila memikirkan aktiviti puasa mereka. Harapnya ada kenderaan nak ambik mereka ke Sungai Petani hujung minggu ni.

Tahun lepas kami berpuasa bertiga di KL. Tahun2 sebelumnya kami sekeluarga bersama2 menjamu sahur & berbuka. Tapi tahun ini saya benar2 sendiri. Semoga Allah tabahkan, kuatkan hati saya sepanjang ramadhan ini.

Saya tahu saya tak patut mengeluh atau mengenang kenangan lalu, tapi hakikatnya saya masih punya hati & perasaan. Saya masih punya ingatan untuk mengingati semu itu, lainlah kalau saya sudah hilang ingatan. Apapun saya hanya mengenang kenangan2 indah saya berpuasa bersama anak2. Mereka permata hati saya dunia akhirat..

Ya Allah, tunaikan permintaanku yang satu dibulan ramadhan ini. Tunaikan hajat ku untuk berpuasa bersama mereka hujung minggu ni. Amin....








Mama rindu & sayang kalian sangat2, jaga diri baik2 yer sayang. Semoga Allah lindungi anak2 mama....


5 ulasan:

insan_marhaen berkata...

Yelah... Tempat jatuh lagi di kenang. Inikan pula tempat menaburkan kasih sayang..

Muga hajat tercapai, insyaAllah!

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
I'Allah...amin
terima kasih IM

Ariff Budiman berkata...

Salam MM
Amin amin

Hadith Buraidah r.a., katanya: Rasululllah s.a.w. mendengar seseorang berdoa:
"Ya Allah,sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan aku bersaksi bahawa
Engkaulah Allah, tiada Tuhan selain Engkau,Yang Maha Esa, tempat meminta
segala sesuatu,yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan yang tiada
persamaan dengan sesuatupun"
(Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,At-Tirmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban;
Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar, hadith ini paling kuat sanadnya)

hrusli61 berkata...

Semoga dirahmati, diampuni dan bebas dari api neraka kelak. Agar berjaya dengan cemerlang dan beroleh Makam Taqwa.

Semoga anak-anak akan datang menziarahi ibunya kerap kali.

JH pula rindu kat Nana anak angkat yang dipelihara 6 tahun dan telah diambil kembali oleh ibu kandungnya dengan proses undang-undang.

NUR berkata...

Insya Allah.. Amin...